Showing posts with label tantawi. Show all posts
Showing posts with label tantawi. Show all posts

Panas !!! Tantawi 'Warning' Karpal Serta Sanggah Pandangan Mahfuz

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi sekali lagi cuba untuk bangkit dengan mendakwa Karpal Singh "semakin keterlaluan" kerana cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.

Entah apa yang tidak kena dengan Ketua Pemuda Pas itu apabila dilihat lantang menyelar Karpal, namun kebiasaannya pendirian beliau itu tidak kekal lama dengan hanya Karpal perlu 'berdehem' sahaja, dan akan menukar pendiriannya dengan serta merta, bagi pemimpin Pas yang lain pula akan menganggap itu hanyalah 'pendapat peribadi'.

Tegas Nasruddin, pendekatan Karpal itu akan menjejaskan sokongan orang Islam terhadap Pas kerana ianya akan dilihat seolah-olah pemimpin Pas 'bacul' dan tunduk terhadap DAP, dan bakal berdepan dengan kemarahan umat Islam.

"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," menerusi Twitter malam tadi.

Terdahulu, isu tersebut turut diulas oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berpendapat ianya hanyalah perkara peribadi diantara dua pemimpin itu dan tidak akan menjejaskan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Mahfuz yang senantiasa membela DAP turut yakin Karpal tidak akan meneruskan hasrat mengambil tindakan perundangan kerana menganggap ia hanya akan membuka ruang kepada parti pesaing mereka untuk membuat provokasi dan mengambil kesempatan.

"Saya fikir Karpal tidak akan bawa kes ini ke mahkamah. Mungkin, ketika beliau bercakap (pada Jumaat lalu) dalam keadaan emosi... saya yakin beliau tidak akan membawa kes, tindakan yang hanya akan membuka ruang kepada musuh untuk membuat provokasi dan mengambil kesempatan menimbulkan kemarahan rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...