Showing posts with label wan azizah. Show all posts
Showing posts with label wan azizah. Show all posts

Video - Azizah: "Kalau Kita Simpati Dengan Pesawat Yang Jatuh Kenapa Tak Bersimpati Dengan Anwar?"

Dasyat sungguh penangan politik Datuk Seri Wan Azizah ni, sampai boleh beliau samakan malah lebih membesarkan simpati kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding penumpang pesawat MH370 yang hilang.

Bersimpati kepada seorang yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana kesalahan meliwat ? Bukankah perbuatan meliwat itu perbuatan keji yang WAJIB dikutuk ? Sedangkan bersimpati kepada penumpang pesawat MH370 itu adalah menjadi kewajipan kepada semua insan, kerana tragedi malang yang menimpa mereka bukannya mereka yang pinta, sebaliknya penyakit nafsu luar tabie Anwar adalah penyakit yang beliau sendiri cari demi kesedapan kepuasan nafsu songsangnya.

Sangat tidak patut untuk rakyat bersimpati kepada penjenayah liwat seperti Anwar, atau apakah kita lihat negara-negara luar bersimpati dalam kes liwat Anwar ini ?. Berapa biji kapal dan pesawat canggih Amerika, Australia, China, Jepun dll telah dihantar ke Malaysia untuk membantu Anwar kerana simpati?
Jika setiap tuduhan atau pendakwaan yang dibuat dimahkamah masing-masing mengatakan ianya konspirasi atau ketidakadilan, huru-haralah negara ini !!! Semua orang tak nak mengaku salah walaupun BUKTI kukuh tanpa sebarang keraguan dan menuntut keadilan seperti Anwar ! Bayangkanlah apa yang akan berlaku kepada negara!!!

Kalau semua pembunuh, perompak, peragut, penyamun, perogol, peliwat macam Anwar dll mengatakan hukuman yang dijatuhkan keatas mereka adalah konspirasi, seterusnya menuntut keadilan, apakah rakyat akan bersetuju dan bersimpati dengan tuntutan itu ?

Kalaupun kita nak bersimpati semasa perbicaraan atau sebelum penghakiman dibuat, oklah, sebab ketika itu masih samar-samar lagi, ini bila dah cukup bukti dan mahkamah dah jatuhkan hukuman, takder maknanya nak bersimpati bagai.

Sama juga macam kes Ketua Puteri Umno Perlis, Zuraidah Zainal Abidin dan seorang ahli perniagaan yang sedang menghadapi tuduhan khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah, apakah penyokong pembangkang bersetuju untuk mengatakan kes itu juga satu konspirasi ?

Kes ini melibatkan Ketua Puteri Umno Negeri, sepatutnya jika UmnoBN yang dikatakan berkuasa mengcampuri sistem kehakiman, penguatkuasaan, tak payahlah bawa kes ni, tutup kes jerlah, ini boleh menjejaskan nama baik parti... Tak gitu ke macai ?

Sama juga dengan kes ini, Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini memerintahkan tiga anggota polis membela diri atas tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia pada November 2012.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan 9 Mei ini untuk membela diri.

Koperal Nik Sin Mat Lazim, 34, Konstabel Remy Anak Dana, 26, dan Konstabel Syahiran Romli, 22, dituduh merogol seorang wanita warga Indonesia di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di Butterworth antara jam 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012.

Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 377(C) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kenapalah polis tangkap polis, menjejaskan nama baik polis jer, macam mana orang nak percaya dengan polis lagi kalau polis pun perangai macam ni, sepatutnya polis tak perlulah tangkap polis, tutup kes jerlah ! Tak gitu ke macai ?

Adakah semua ini konspirasi  ? Atau yang lain tu betul, bukan konspirasi, yang konspirasi hanya kes Anwar jer ? Bawa-bawalah berfikir !!! Anda Mampu Mengubahnya.

Semalam gua tanya Pengerusi BMB, ada tak peruntukkan jentera maya PRK Kajang untuk sukarelawan ? Tapi diam tak berjawab, gua dengar dia dapat peruntukkan 200k, terfikir jugak adakah badak ni pun penyonglap ? Tapi no hal lah !!! Disebabkan gua sokong UmnoBN, internet gua TM bagi free, semua free !!! hahahaha free, free, free !!! BODOH punya pengerusi BMB !!!

Simpati Azizah - Kes Liwat Anwar Lubang Ekzos Saiful Jentik Berdenting Kata Chegu Bard

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Puteri Umno mengingatkan pengundi Kajang supaya tidak terpedaya dengan bilboard yang memaparkan foto calon PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.

Muhyiddin berkata sebagaimana gambar itu menunjukkan Wan Azizah menagih simpati, tetapi kes liwat II membabitkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada kena mengena dengan BN.

"Mereka kata sebab MH370 cerita tu lebih besar dari (cerita) Datuk Seri Anwar jadi nasib dia tak terbela. Itu sebab (gambar) Datuk Seri Wan Azizah berdoa. Itu tak ada masalah, kita setuju dan kita simpati.

"Dia diberi peluang di mahkamah jadi pertahankanlah di mahkamah. Di luar ni rakyat bukan hakim. Kenapa nak tuduh kita? Beritahu kakak-kakak semua jangan percaya.

"Jangan fikir tengok gambar alahai, guna sentimen, konon tunjuk kezaliman (BN). Itu keputusan mahkamah," katanya.

Itulah yang sepatutnya rakyat tahu, kalau setakat duk dengar temberang pemimpin pembangkang memang selamanya akan meletakkan rasa simpati yang tidak bertempat, sedang nasib sendiri belum tentu terbela, nasib peliwat pula yang nak dipertahankan.

Yang memutuskan Anwar bersalah kerana meliwat ni bukannya UmnoBN, tapi ia diputuskan oleh mahkamah,  Anwar bukannya ditangkap dibawah ISA atau dihukum tanpa bicara, malah diberi peluang membela diri dan menggunakan khidmat peguambela yang dilantik oleh beliau sendiri.

Bukankah Anwar ni hebat berpidato ? Kenapa tak guna kehebatan itu didalam mahkamah ? Disini rakyat mesti faham dimana pidato Anwar dikhayalak umum itu hanyalah dongeng dan cerita rekaan semata-mata tanpa sebarang sokongan bukti yang kukuh.

Didalam mahkamah Anwar tak boleh nak kelentong sembarangan, semua peguam dan hakim ni golongan cerdik yang hanya menerima setiap  dakwaan itu berserta dengan bukti-bukti yang kukuh, setakat cakap jer mahkamah tak terimapakai, kerana semua orang pun boleh cakap, tapi perlulah bersandarkan kepada bukti yang konkrit.

Apa bukti konkrit dalam kes liwat Anwar ni ? Bukti konkrit itu adalah air mani Anwar berada didalam dubur mangsanya yaitu Saiful dan disahkan menerusi ujian DNA. Bagaimana air mani Anwar itu boleh berada didalam dubur Saiful kalau Anwar tidak meliwat Saiful ? Persoalan ini gagal dijawab oleh Anwar dan peguamnya Karpal. Kerana memang tidak ada jawapan lain kepada persoalan itu selain Anwar meliwat.

Tapi tidak adil kalau anda hanya mendengar penjelasan isu dari sebelah pihak, walaupun penjelasan itu adalah penghakiman yang dibuat oleh mahkamah, apa pula isu yang dibangkitkan oleh pembangkang  ? Pembangkang berdalilkan kata-kata tanpa bukti atau lebih tepat lagi disebut sebagai temberang mendakwa mahkamah tidak adil, tuduhan liwat adalah konspirasi UmnoBN.

Menurut Che Gu Bard, "Saudara, benda asas yang kita berpegang... laporan perubatan menyatakan saudara, lubang ekzos itu elok tak berusik jentik berdenting lagi bunyinya... Yang saya faham, yang kawan-kawan faham, lepas peristiwa ni kita cari google liwat tu apa ? Liwat tu mesti dekat ekzos tu lah, dah ekzos tak bocor nak liwat lubang mana ?"

Amboiii!!! Sekali dengar cerdik dan mantop jer asas yang dipegang oleh Chegu Bard ni, mahu tak mantop kalau bercakap sorang-sorang tanpa disoal balas, cakap macam tu dekat budak sekolah rendah mungkinlah budak sekolah percaya, tapi kalau mahkamah.... jauh panggang dari api.

Kalau benar lubang ekzos masih berdenting, ada laporan perubatan bagai, namun mahkamah sengaja tak pakai bukti itu kerana ia satu konspirasi!!! 
Buktikan!!! 
Bariskan barisan peguam yang bernaung dibawah majlis peguam dan bangkit menyatakan ketidakadillan itu supaya sistem kehakiman dapat diperbetulkan, biar rakyat tahu bahawa pengamal undang-undang turut memprotes ketidakadillan sistem mahkamah terhadap perbicaraan keatas kes liwat Anwar Ibrahim.

Biar rakyat tahu bahawa bukan Anwar dan Azizah saja yang menagih simpati dan menuntut keadilan itu, malah majlis peguam juga senada dengan mereka, lagipun majlis peguam ni ok dengan mereka, langsung tiada kaitan dengan UmnoBN. Ada brannnnnnnnnnnnn???

Malangnya, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong dalam kenyataanya semalam antara lain berkata hukuman terhadap Anwar itu tidak wajar kerana perbuatan itu dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang yang sudah dewasa.

Christopher mendakwa bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan itu meletakkan liwat hanya diguna pakai sekiranya perbuatan itu atas dasar secara paksaan dan dalam kes Anwar, ia berlaku atas dasar kerelaan mangsa. Selanjutnya klik Mstar Online.

Menerusi kenyataan Presiden Majlis Peguam, bahagian mana yang anda tak jelas ??? Anda Mampu Mengubahnya.

Bila air mani bertukar menjadi air mata, meliwat pun mula bertukar menjadi suka sama suka

Krisis Lahad Datu, Anwar Makin Panik, Terpaksa Azizah Pertahankannya

KUALA LUMPUR - Situasi 'kalut ribut' Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas dakwaan beliau 'mendalangi' pencerobohan ke atas Lahad Datu kian tampak ketara dan memungkinkan memang ada sesuatu disebaliknya.

Kalut ribut Anwar itu sehingga memaksa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankannya, kenapa Anwar beggitu kalut ribut dan takut ?

Azizah yang sering dijadikan alat oleh Anwar dalam meraih simpati rakyat bagaimanapun menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa itu.

Menurutnya, apa yang dilaporkan media tempatan juga dengan secara jelas menyebut nama suaminya itu sebagai orang bertanggungjawab, adalah sama sekali tidak wajar.

“Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar.

“Laporan itu hanya menyatakan pembangkang, di Sabah ada beberapa pembangkang seperti The Star dan lain-lain. Jadi saya boleh katakan ia tidak menunjukkan kaitan dengan Anwar,” katanya ditemui pada Program Nasihat dan Rawatan secara percuma anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di Apartmen Pantai Indah Fasa 2, Pantai Dalam di sini, hari ini.

Bila Anwar Kata 'Azizah Darling...', Wan Azizah Tersipu-Sipu Hatta Ramli Termuntah - Video

Politik menagih ehsan untuk di santap oleh rakyat sudah terjangka setelah Pakatan Rakyat gagal didalam projek negara berkebajikan yang terlampau tidak relevan, sedangkan Kerajaan BN langsung tidak terpengaruh untuk bertindak menabur lebihan janji mengatasi janji PR sebaliknya berpaksi diatas realiti.

Diatas sebab itu plan 'C' digunakan oleh PR diseluruh negara termasuk di negeri-negeri yang mereka kuasai, sekaligus cara tagihan ini juga mampu membersihkan persepsi dana George Soros kepada PR, salahsatunya sebagaimana yang terdapat pada klip video dibawah dan seterusnya anda akan dapat lihat dari masa ke semasa menerusi perancangan-perancangan yang dibuat oleh mereka. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Ehsan Bro Minaq Jinggo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...