'POLITIK MESTI BIJAK' KHAS BUAT RAKYAT KELANTAN - PART 1

Dalam suasana politik dewasa ini seharusnya rakyat juga mempunyai strategi dalam memilih sesuatu parti bagi membenarkan ianya berkuasa. Jika parti sahaja yang mempunyai strategi dan rakyat sebaliknya ini bermakna rakyat disuatu kawasan itu belum matang lagi dalam berpolitik.

Secara ringkasnya ingin GK sentuh mengenai politik taksub, kerana taksub bersoraklah kita, bertegang uratlah kita, 'bertetak takil lah' kita dan bermusuhanlah kita. Hasil dari itu apa untungnya kita didunia dan juga diakhirat, sedangkan didalam satu hadis ada menyebut " Tidak akan masuk syurga seseorang kamu itu selagimana ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri ".

Banyak lagi hadis yang menyebut mengenai persaudaraan itu, walaubagaimanapun selepas pilihanraya kita tetap ditakuk yang lama tanpa sebarang perubahan dan keuntungan didunia mahupun akhirat. Kita sebenarnya seringkali dibayangi dengan mitos dan momokan segelintir pemimpin yang rakus ingin berkuasa.

Sedangkan parti yang kita sokong secara taksub itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada kita, dan keadaan itu boleh diibaratkan sebagai menang sorak kampung tergadai. Nikmat yang sepatutnya boleh dikecapi oleh anak cucu kita hanyalah sekadar manifesto pilihanraya semata-mata. Apakah kita suka dijadikan barang mainan pilihanraya ?

Mengimbas kembali satu keputusan pilihanraya di kawasan bandar yaitu Parlimen Kota Bharu pada tahun 2004, dimana ketiga-tiga DUN dimenangi oleh PAS manakala Parlimen pula dimenangi oleh Barisan Nasional. Melalui keputusan tersebut dapat kita rungkaikan selain faktor calon, pemikiran dan mentaliti rakyat disuatu kawasan juga mempengaruhi keputusan dan tindakan pada situasi yang ada.


Sekurang-kurangnya politik seperti itulah yang sepatutnya ada pada kita orang Kelantan, masakan bijak berniaga tapi masih berpolitik jumud. Janganlah kita malukan generasi kita dengan satu label jumud yang keputusannya tidak memberi kebaikkan kepada kita semua.

Sesekali GK pernah terfikir mengenai sebuah perjuangan, mungkin anda juga pernah memikirkannya, Perjuangan yang ikhlas, lebih-lebih lagi perjuangan 'totok' atau taksub, seimbasan kita renung sejenak untuk apa perjuangan yang hendak dijuangkan?

Untuk Agama ! Bangsa ! Negara ! Rakyat ! Diri Sendiri ! Kroni atau untuk apa, seterusnya siapa yang anda wakilkan untuk perjuangkannya ? Jika niat pastilah ramai yang mengatakan kerana Allah Taala. Sejauh mana kita jujur dengan diri kita sendiri ? Setahap mana kemampuan pemimpin yang kita pilih itu untuk memperjuangkan matlamat kita.

Secara ikhlas dan jujur. Apa sahaja yang kita buat pastilah kita ingin ganjarannya, samada ganjaran bekalan dunia maupun bekalan akhirat, jika tidak kita adalah manusia yang paling hipokrit tercipta dimuka bumi ini.

Daripada itu semua, kesimpulannya adalah mengenai perjuangan kita, pastikan perjuangan kita adalah dijalan yang lurus dan benar sekiranya ikhlas kerana Allah, dan tidak sesekali perjuangan untuk memboroikan perut pemimpin diatas kekempisan perut rakyat, kerana itu azabnya tidak akan terlepas. Jadikan win-win situation diantara rakyat dan pemimpin. Janganlah kita menjadi insan yang rugi pada keduanya dunia dan akhirat.

Kelicikkan pemimpin bersandiwara sudah menjadi lumrah dan asam garam dalam kehidupan hari ini, tapi itu tidak bermakna kita sebagai rakyat tidak dapat mengenalinya dengan pembongkaran-pembongkaran yang telah dibuat oleh individu-individu yang bertanggungjawab mengenainya.

Bijaklah anak bangsaku Melayu, kelak kita jua yang rugi, lihatlah sekarang ini, setiap kerajaan dinegara kita telah mendahului dan memberi keutamaan kepada bangsa lain kerana dianggap sebagai undi penentu, dan bangsa lain juga memang layak menerimanya diatas kesepakatan mereka..Ini adalah realiti..lihat dan kajilah..Anda Mampu Mengubahnya. Bersambung dengan bukti menerusi klip video.........

1 comment:

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...