WAJARKAH NIK AZIZ MELAYANI RAKYAT YANG DITIMPA BENCANA SEPERTI INI

Kewajarannya terletak kepada pemikiran anda mengenainya. kalau GK, ajak je orang ni naik kereta sekali pergi solat jumaat bersama, atau......:) Sambungan dari artikel sebelumnya Politik Mesti Bijak, dan seperti yang dijanjikan klip video ekslusif mengenai kehidupan diantara pemimpin paling zuhud serta rakyat yang ditimpa bencana ada ada dibawah.

Apa yang anda bayangkan tentang keperibadian Nik Aziz ? adakah sama seperti yang GK bayangkan sebelum ini. Saksikan sendiri dan buatlah penilaian mengenai apa yang telah anda bayangkan. Dalam pada itu GK cuba ingin menjadi seorang manusia yang bersopan dalam bicara tanpa kata-kata kesat seperti sebelum ini..peeeewit.

Sebenarnya tanpa kata-kata kesat ia mungkin sukar untuk difahami, atas sebab itu jugalah ramai dikalangan pemimpin Pas serasi dengan penggunaan bahasa yang sedemikian. Apapun anda jualah yang mengerti akannya.

Politik mesti bijak, ini kerana apabila taksub yang melampau kita terlupa bilamana kita ditimpa susah, apakah pemimpin yang kita sanjung itu dapat membantu kita seperti yang diharapkan. Sejauhmana keikhlasan kita membantu untuk memenangkan mereka dan sejauh mana pula mereka cuba membantu menyelesaikan masalah kita sebagai rakyat.

Jika GK kata buang dulu sekejap cerita mengenai Islam, ianya mungkin kasar, tetapi apa yang cuba dimaksudkan adalah, "Islam pun Islam juga, tapi kalau susah ada yang terpaksa tidur dengan kambing,tidur dengan kambinglah". Jadi dimana keadilan didalam Islam, janganlah Islam dipakai hanya pemanis kekuasaan untuk kekal memerintah.

Islam pun Islam juga, tapi kalau kita lapar adakah pemimpin yang dikatakan perjuangkan Islam itu akan datang membantu kita sepertimana Khalifah Umar Abdul Aziz ? dalam satu riwayat, Umar Abdul Aziz pada suatu hari lewat ke masjid untuk solat jumaat, ianya kerana menunggu baju yang cuma sehelai sahaja yang ada untuk kering. Itulah tahap zuhud Umar Abdul Aziz.

Tapi jika dibandingkan dengan mana-mana pemimpin yang ada pada hari ini jauh ibarat langit dan bumi, biarpun begitu dapat difahamkan pada kita untuk mendapat kesempurnaan itu adalah satu perkara yang payah, dan tidak bermakna pemimpin pada hari ini boleh menggula-gulakan rakyat dengan Islam tanpa penghayatan yang sebenar didalam Islam.

Lantaran dari itu kita sebagai rakyat yang mempunyai kuasa mengundi atau memilih pemimpin hendaklah bijaksana mengenai situasi ini. Jangan kita bertahan dengan suatu janji yang belum pasti sehingga membakar diri sendiri. Jangan pemimpin berlauk ayam kita pula ikan kering setiap hari.

Menyelusuri hakikat sebenar adalah masalah air di Kelantan, isu ini sudah berpuluh tahun tanpa penyelesaian, setiap hari kita akan melalui kepayahan ini, GK sangat serik dengan keadaan ini. Jika Pas terus berkuasa di Kelantan apakah mereka boleh memastikan isu ini dapat diselesaikan. Apakah jaminan Pas dalam mengatasi masalah air ini.

Jika merasakan ianya perkara kecil dan remeh atau di ada-adakan, GK cabar mana-mana pemimpin Pas untuk tinggalkan komen atau hubungi GK menerusi email supaya dapat datang untuk merasai kepayahan yang bersifat realiti ini. GK percaya, air dirumah pemimpin Pas tidak seperti dengan air dirumah rakyat seperti GK.

Parti yang memperjuangkan Islam tidak patut untuk dibandingkan dengan parti sekular, Jika ikhlas memperjuangkan Islam dan ingat kepada mati serta akhirat hiduplah seperti rakyat, kalau dalam pemerintahan sesebuah negeri itu masih ada rakyat yang tidak dapat makan atau hidup dengan sempurna, jangan ada diantara pemimpin yang memperjuangkan Islam hidup lebih baik dari itu.

Apa saja yang ada, kereta besar, rumah besar, harta banyak dan kaya raya sedekahkan saja untuk jalan Allah dengan membantu rakyat bukan membantu pergerakkan parti. Ada jawatan dalam sesebuah kerajaan guna jawatan tersebut untuk bantu rakyat bukan bantu kroni. Jika benar perjuangkan Islam ikutlah sunnah atau ajaran Islam yang sebenarnya.

Jika itu yang berlaku, barulah Pas boleh untuk mengeluarkan fatwa haram menyokong UMNO BN, jika tidak usahlah membohongi rakyat lagi, ia tidak ubah seperti 2 kali 5 dan lima kali 2, kecil cara kecil dan besar cara besar, tiada bezanya, Islam hanyalah dijadikan topeng semata-mata untuk mengaburi manusia yang masih buta. Jika anda celik Anda Mampu Mengubahnya....

5 comments:

  1. agah molek weh napok.. sedih ambo..

    ReplyDelete
  2. POknik hanya seorang politikus yang lebih bersendiwara demi kepentingan perbadi,makin lama saya mengikuti perkembangan nya makin terdedah segala perwatakan nyer yang sebenar.Die langsung x de ciri ciri seorang ulama seperti mana yang di agung2 kan oleh pengikut2 nyer.Kenyataan nyer menyatakan Nabi Muhammad seperti budak kampong telah melucutkan serbam die yang berbelit berlit tu dan judah nyer.kini terbongkar sudah identiti dirinya sebenar.Mulai saat ni taraf poknik hanya sekadar doja masjid menjadi tukang kamat dan susun sejadah je,kerana pulut santan binasa kerana mulut krirer binasa...kembali lah Poknik kepangkal jalan dalam usia yang sudah menjelang senja...

    ReplyDelete
  3. Ore mari jauh2 naik muto peluh dahi2 hajat nok mengadap mitok tulong, alih2 temu buat muko supo TAIK???!!

    Tok Guru demo ko tu?? Ahli sorgo ko lagu tu??

    ReplyDelete
  4. Mari mitok sedekah siap bawak kamera man? Kalu aku, aku sepak jah ngan kamera man skali.

    ReplyDelete
  5. hagah b*eruk tua tu weh

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...