Jangan Harap Pas Akan Sertai Umno - IRC

KUALA TERENGGANU – Pas tidak memerlukan kerjasama Umno, sebaliknya mengambil sikap untuk terus menguatkan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, perkara itu telah pun diputuskan di peringkat kepimpinan untuk memastikan tumpuan penuh diberikan bagi memastikan kemenangan Pas dan PR.

“Pas ambil sikap untuk menguatkan kedudukan PR dan pimpinan tidak melihat ke arah itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, perpaduan dengan Umno tidak perlu memandangkan dasar perjuangan Pas sesuai untuk semua kaum selari dengan slogan ‘Pas untuk Semua’ berbanding Umno yang hanya berasaskan satu kaum sahaja.

Sehubungan itu, katanya, lebih baik Umno menyertai Pas kerana mereka tiada halangan sama sekali untuk bertindak sedemikian.

“Lebih baik begitu. Umno kena berani bertindak untuk menyertai Pas. Kita tidak menerima Umno sebelum ini kerana mereka tidak ubah dasar daripada kebangsaan kepada Islam,” katanya.

Jangan harap Pas akan sertai Umno atau BN, tak payah mimpi dan buang terus khayalan itu kerana ianya sesuatu yang terlalu mustahil, melainkan mungkin akan ada beberapa orang pemimpin mereka yang benar-benar mendokong Islam akan keluar dari Pas.

Pas sekarang hanya punyai jasad namun tidak lagi punyai roh, ingatkah lagi apa yang disebut oleh Datuk Dr Hasan Ali mengenai "Parasit" ? Ya parasit, dan parasit-parasit itulah yang sedang menguasai Pas sekarang ini.

Pas sudah jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya, atau dengan kata lain Pas sudah tersesat dijalan yang nyata, Pas bukan lagi memperjuangkan Islam, bahkan Pas telah menyesatkan umat Islam.

Siapa sebenarnya didalam barisan kepimpinan Pas yang sedang menguasai sekarang ini ? Apa matlamat perjuangan Pas ? Boleh lihat senarai nama kepimpinan Pas seperti yang dilampirkan dibawah dan pendedahannya akan menyusul...Anda Mampu Mengubahnya

3 comments:

  1. PAS nak suruh UMNO yang menyertai PAS biar betul, Parlimen pun ada 2 puluh lebih sahaja, dah 55 tahun parti PAS ditolak rakyat, tapi cakap besar takbur, biasanya yang kecille yang rendah diri dan menyertai yang besar, macam gabungan Bank2 malaysia, tapi PAS kepala butuh ni tak sedar diri perasan hebat, tapi bila pilihan raya hancurrr elekk .....walaupun PAS membangga diri menolak untuk bergabung dengan UMNO namun percayalah ahli akar umbi PAS akan perlahan lahan kesemuanya akan menyokong perjuangan UMNO,lama lama nanti PAS akan tinggal puak2 kepala butuh sahaj dalam parti itu, iaitu puak setannnnnn

    ReplyDelete
  2. biarlah pas dgn sombong & bongkaknya. tak kemana pas lepas ni...

    ReplyDelete
  3. biarkan siluncai terjun dengan telor2 buruknya.....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...