Showing posts with label irc. Show all posts
Showing posts with label irc. Show all posts

Nasharuddin Hendak Berumrah Bersama Rosmah Pun Tiada Masalah - Khalid

Soal Ustaz Nasha bersama Najib di Makkah dan bertindak sebagai penterjemah hanya menzahirkan betapa Umno ketandusan ulama.

Tiada orang lainkah dalam Umno? Sama ada ia sandiwara atau sebaliknya, kita tidak perlu memikirkannya. Kalau Ustaz Nasha hendak berumrah bersama Rosmah pun tidak menjadi masalah bagi saya.

Hanya yang menjadi pertikaian ialah kenyataan beliau berhubung Pas agar perlu keluar dari PR dan bagaimana Pas tunduk pada DAP.

Lagu dan irama lama, didendangkan kembali untuk menutup peristiwa pergolakan di Sabah. Kalau benar beliau ikhlas, mengapa tidak dibawanya ke dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dan Pas Pusat? Sebaliknya mendiamkan diri seribu bahasa sambil bergendang di luar di dalam pangkuan Umno/BN.

Bukan lagi menjadai satu rahsia bahawa beliau sudah lama tidak bersama Pas dari segi semangatnya. Semenjak terlibat dalam perundingan Pas Umno pasca-PRU 2008 beliau kelihatan berbeza.

Mungkinkah ada umpan yang terkena dan tidak dapat dilupai rasanyakah? Bertambah pula dengan kekalahannya dalam pertandingan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang digambarkan oleh wartawan ‘The Star’ sebagai kali pertama melihat beliau kehilangan senyuman yang bagaikan sentiasa terpahat di bibirnya, sehingga menurutnya lagi terus tidak hadir pada hari terakhir muktamar Pas pada tahun itu.

Pendedahan Pas Kelantan bahawa beliau tidak lagi disenaraikan sebagai calon sudah pasti diketahui lebih awal oleh dirinya sendiri.

Masa depannya bersama Pas seolah-olah semakin malap dan jalan permaidani merah yang biasa dilaluinya sudah tidak lagi kelihatan.

Maka oleh itu tidak mustahil beliau mencari pilihan yang lain bagi diri dan masa depannya. Mungkin sepertimana Hassan Ali, beliau menganggap dirinya tidak lagi dihargai Pas dan sebaliknya lebih dihargai pihak sebelah sana.

Dalam pada itu, pertelingkahan beliau dengan Karpal pula boleh dianggap agak melucukan. Dituduhnya Karpal ‘anti-Islam’ kerana menolak Hudud! Wooooit! Hudud ditolak oleh Karpal seorang sahajakah?

Untuk makluman semua, Umno/BN sudah lama menolak hudud dan itulah sebabnya ia tidak dilaksanakan di negara kita! Mengapa pula tidak diistihar Umno/BN sebagai anti-Islam? Kerana mungkin itu tidak menepati ‘game-plan’ Umno/BN?

Orang bukan Islam menolak hudud, malahan agama Islam itu sendiri, adalah perkara biasa. Nama pun bukan Islam. Tetapi persoalannya, mengapakah Umno yang mengaku Islam menolak? Tidakkah sepatutnya beliau mengistiharkan yang di sebelahnya dalam gambar di Mekah itu sebagai anti-Islam terlebih dahulu sekiranya penolakan hudud adalah hujjah untuk mengisytiharkan seseorang itu anti-Islam!

- Demikianlah kata-kata pejuang Islam yang didambakan oleh penyokong Pas, melemparkan persepsi negatif terhadap individu yang menjadi liabiliti kepada cita-cita mereka adalah perkara biasa yang sudah termaktub didalam perancangan IRC, cara dan strategi yang mereka gunakan adalah terancang.

Jika dilihat pada susunan strategi pemimpin dari IRC untuk menguasai Pas ianya memang hebat, dan strategi mereka itu terbukti dengan tindak tanduk mereka yang bertepatan dengan apa yang telah dirancang, mungkin pendedahan yang lebih detail mengenai strategi kumpulan ini akan dibongkar sedikit masa lagi...Anda Mampu Mengubahnya....

Hj Hadi Akui Ada Parasit Dalam Pas Dahului Keputusannya Sekat Hudud

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan niat mereka melaksanakan hukum hudud namun menjelaskan bahawa tindakan itu akan dilakukan mengikut "proses demokrasi".

Tambahnya, DAP juga berhak untuk tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, namun hasrat tersebut akan tetap diteruskan Pas.

"Isu hudud isu semua tak kira Umno atau Pas. Pas akan tetap meneruskan niat untuk melaksanakan hudud melalui proses demokrasi.

"Kalau DAP tak mahu terima (hudud), tak apa. Sebab itu Allah menurunkan surah Al-Maidah yang mana pada ketika itu, orang Yahudi dan kafir tidak menyokong Islam dan Allah turunkan ayat itu.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju dia ada hak. Dan itulah demokrasi. Kita sokong demokrasi. Tetapi Pas tidak akan berhenti. Hudud merupakan kewajipan orang Islam," katanya lagi.

Hj Hadi pun nampaknya tenat sangat dah nak berbohong, macam-macam diputar belit olehnya, tekanan yang diterima dari parasit menyebabkan Hj Hadi berada dalam dilema antara agama dan parti, pada rakaman video dibawah beliau menyindir parasit supaya tidak mendahului Imam, dan membuat contoh seperti dalam solat berjemaah yang ada adab-adabnya, antaranya makmum tidak boleh mendahului Imam, sindirannya itu disebabkan keputusan beliau sebagai Presiden tidak lagi dihormati, malah ada yang membuat keputusan sendiri dengan mendahului beliau sebagai Presiden.

Penglibatan parasit dari IRC didalam Pas turut diperjelaskan oleh Ustaz Fadli Ghani, Pengarah Jabatan Arkib Pas Pusat semasa Ijtimak Tarbawi tahun lalu, dan beliau agak lebih condong kepada kerjasama Pas dan Umno daripada kerjasama dengan DAP.

Bagaimanapun pengaruh IRC didalam Pas begitu kuat, sukar untuk Pas membuat pendiriannya sendiri berasaskan matlamat perjuangan asal Pas, sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak parasit dari IRC yang semakin berjaya men'sekular'kan Pas, kesedaran mengenai hal ini perlu diperluaskan kepada rakyat agar rakyat faham kedudukan yang sebenar, pas hanya tinggal nama, roh perjuangannya yang asal telah dicabut parasit.. Anda Mampu Mengubahnya..

Perpecahan Pas - Fikrah Pas VS Fikrah IRC

Penyokong dan pengikut Pas sepatutnya lebih sedar dan peka dengan perjuangan Pas dahulu dan sekarang, jangan menyokong kerana namanya, tapi nilailah dasar yang ingin dibawa olehnya, nama boleh diubah-ubah, Pas ke Pis ke Pus ke itu tidak menjadi masalah, yang perlu jelas adalah mengenai dasar perjuangan serta matlamat yang diperjuangkan.

Sering Nik Aziz ungkap bahawa "Umno adalah sesat, sesat sama macam Tok Ayah Pin, sebab apa ? sebab Umno tolak dasar Islam, ambil dasar kebangsaan", itulah yang selalu diungkap oleh Nik Aziz.

Namun sedarkah dan tahukah penyokong Pas bagaimana dasar Islam dan bagaimana pula dasar kebangsaan ? Jika dahulu mungkin kita sedar ada bezanya yaitu Pas ingin menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud di negara ini kononnya lah, tapi sejak kebelakangan ini Presiden Pas sendiri sudah menyebut negara Islam tidak ada dalam Al-Quran dan Hukum Hudud pula hanyalah 0.00001 peratus sahaja.

Ianya jelas, dari itu apakah yang dimaksudkan dengan dasar Islam Pas yang berbeza dengan dasar kebangsaan Umno ? Maka hendak dijelaskan, tidak ada sebarang alasan konkrit untuk Pas membuktikan yang dasarnya itu Islam kerana kita tidak nampak dimana lebihnya Islam yang dibawa oleh Pas bila ia ditumpangi oleh beberapa pemimpin mereka yang datangnya dari jemaah yang pelbagai seperti IRC, Abim, ISMA, Arqam dsbnya.

Kemuncaknya dapat dilihat parasit dari IRC lebih mengusai Pas berbanding pemimpin asal Pas. Malah kemasukkan IRC lebih ketara yang menyebabkan berlakunya titik pertembungan antara fikrah Islam dan fikrah IRC. Ulamak dipulau dan disisih kerana didakwa sebagai 'kolot', ideologi-ideologi IRC diserapkan ke dalam Pas dan suara-suara Ulamak sudah tidak dapat didengar lagi, keadaan ini lebih dasyat dari apa yang disangka berlaku didalam UmnoBN.

Antara yang masih kita ingat mengenai pertembungan pendapat antara pemimpin dalam Pas  ialah seperti  Perlaksanaan hukum hudud, Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, Perdana Menteri bukan Islam serta banyak lagi yang mungkin akan Gk senaraikan satu persatu dimasa yang akan datang.

Menurut fikrah Pas, sebagai sebuah parti dakwah, Pas perlu bertegas dengan dasar Islam dan tidak boleh bersikap hipokrit. Manakala menurut fikrah IRC, Pas sebagai sebuah parti politik dan bukan jemaah dakwah, tidak perlu meletakkan Islam dan isu-isu islam di dalam penampilan politik mereka, ianya bagi menarik golongan non-muslim. Pas tidak perlu tegas dalam isu hudud, negara islam, isu social dan sebagainya. 

Mereka turut berpandangan Pas sepatutnya tidak meletakkan matlamat negara Islam dan perlaksanaan hudud sebagai dasar perjuangannya. Istilah “biar menang dulu, bila dapat kuasa, kita tunjukkan keadilan. Selepas melaksanakan keadilan, barulah bercakap mengenai Islam seperti hudud dan lain-lain.”....Anda Mampu Mengubahnya

Walaupun PR Menang Sukar Nak Laksanakan Hudud - Pas

SHAH ALAM - Pimpinan Pas bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa pelaksanaan hudud tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana pelbagai halangan dan suasana yang belum sesuai di negara ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun Pas tidak akan berputus asa demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menegakkan syiar Islam dari pelbagai aspek.

Menurutnya, antara halangan besar sebelum melaksanakan undang-undang Islam di negara ini adalah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang perlu dipinda.

"Dalam konteks negara kita hari ini, adalah sukar untuk melaksanakan hudud kerana terdapat pelbagai halangan dalam perlembagaan itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Apabila ditanya mengenai hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Pas menyertai Umno bagi melaksanakan hudud, beliau menegaskan Pas kini tidak mempercayai kenyataan Dr Mahathir tersebut.

Menurutnya, Dr Mahathir adalah orang yang menentang hudud sejak dari tahun 90-an sewaktu Kelantan ingin melaksanakan hudud.

"Kita tidak akan percaya lagi dengan janji manis Dr Mahathir dan pelawaan itu kerana dari dahulu lagi Pas pernah mempunyai pengalaman dengannya dalam isu ini," katanya.

Semalam, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menjelaskan hudud tidak boleh dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang Islam itu secara menyeluruh.

Katanya lagi, sebelum merealisasikan undang-undang tersebut, ia memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan.

Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata, kerjasama Pas dan Umno berhubung isu hudud hampir mustahil berlaku sekiranya Kerajaan Pusat iaitu Umno tidak serius untuk melaksanakannya.

"Pas dan Umno sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Sudah tidak mampu untuk berbincang berkaitan perkara apapun, bukan hanya isu hudud malah, berkaitan hal lain juga.

"Kita melihat hubungan kerjasama tidak dapat dilakukan," katanya. - Sinar Harian

Jangan Harap Pas Akan Sertai Umno - IRC

KUALA TERENGGANU – Pas tidak memerlukan kerjasama Umno, sebaliknya mengambil sikap untuk terus menguatkan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, perkara itu telah pun diputuskan di peringkat kepimpinan untuk memastikan tumpuan penuh diberikan bagi memastikan kemenangan Pas dan PR.

“Pas ambil sikap untuk menguatkan kedudukan PR dan pimpinan tidak melihat ke arah itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, perpaduan dengan Umno tidak perlu memandangkan dasar perjuangan Pas sesuai untuk semua kaum selari dengan slogan ‘Pas untuk Semua’ berbanding Umno yang hanya berasaskan satu kaum sahaja.

Sehubungan itu, katanya, lebih baik Umno menyertai Pas kerana mereka tiada halangan sama sekali untuk bertindak sedemikian.

“Lebih baik begitu. Umno kena berani bertindak untuk menyertai Pas. Kita tidak menerima Umno sebelum ini kerana mereka tidak ubah dasar daripada kebangsaan kepada Islam,” katanya.

Jangan harap Pas akan sertai Umno atau BN, tak payah mimpi dan buang terus khayalan itu kerana ianya sesuatu yang terlalu mustahil, melainkan mungkin akan ada beberapa orang pemimpin mereka yang benar-benar mendokong Islam akan keluar dari Pas.

Pas sekarang hanya punyai jasad namun tidak lagi punyai roh, ingatkah lagi apa yang disebut oleh Datuk Dr Hasan Ali mengenai "Parasit" ? Ya parasit, dan parasit-parasit itulah yang sedang menguasai Pas sekarang ini.

Pas sudah jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya, atau dengan kata lain Pas sudah tersesat dijalan yang nyata, Pas bukan lagi memperjuangkan Islam, bahkan Pas telah menyesatkan umat Islam.

Siapa sebenarnya didalam barisan kepimpinan Pas yang sedang menguasai sekarang ini ? Apa matlamat perjuangan Pas ? Boleh lihat senarai nama kepimpinan Pas seperti yang dilampirkan dibawah dan pendedahannya akan menyusul...Anda Mampu Mengubahnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...