Cuepacs - RM50 Ibu Tunggal Pun Tak Tunai, Inikan RM500 Kepada Penjawat Awam, Bohong !

Antara janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang ialah semua penjawat awam akan diwujudkan caruman nasional RM500 sebulan sehingga pencen, bagaimanapun menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, itu semua hanyalah janji kosong pembangkang.

"Jika dahulu mereka janji nak bagi elaun ibu tunggal dan bantuan kepada murid sebulan RM50 di Selangor pun sampai sekarang mereka tak tunai, macam mana nak beri RM500 sebulan kepada 1.4 juta penjawat awam negara ini? Ini semua perlu difikirkan semula oleh rakyat," katanya. 

Tegasnya, kebanyakkan yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang sebenarnya telahpun dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini, termasuk gaji minimum, insentif percukaian, dan perumahan rakyat.

Presiden Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PPMM), Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, jika pada PRU lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ada menyatakan manifesto bukanlah janji dan tidak perlu ditepati, maka kali ini juga pastinya ia akan membawa nasib yang sama.

"Oleh itu, rakyat tidak perlu mempercayai manifesto kali ini bagi mengelak daripada tertipu seperti pengundi di Selangor, kerana pakatan pembangkang tidak akan bertanggungjawab terhadap manifesto yang mereka buat apabila berjaya menjadi kerajaan," katanya.

Pandangan Mohd Rafiq turut dikongsi presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang menyifatkan kalimat dalam manifesto itu tidak lebih daripada susunan ayat yang disalut 'gula-gula manis' untuk memikat hati rakyat.

"Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, manifesto adalah komitmen dan sebuah kontrak antara rakyat dan parti politik.

Oleh itu, katanya, sesebuah parti tidak boleh menampilkan manifesto untuk menipu rakyat, memujuk dan memikat mereka untuk mengundi.

Katanya, amat penting bagi parti politik untuk memahami bahawa apa jua yang ditampilkan dalam manifesto itu, mereka mesti bersedia mengotakannya serta menunaikan apa yang dijanjikan.

Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani melontarkan persoalan yang penting: "Adakah PR mempunyai masa dan wang untuk melakukannya dalam tempoh lima tahun memegang kuasa?".

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...