Program BL1M Satu Penipuan ? @Khairykj Dituntut Beri Penjelasan

Inisiatif BL1M merupakan salah satu daripada 10 usul yang digariskan di Perhimpunan Agung UMNO oleh Pemuda UMNO yang diketuai Khairy Jamaluddin.

Ketika sidang media dan Majlis Perlancaran Laman Web www.bl1m.my di PWTC pada 14 Januari 2013, Khairy berkara inisiatif tersebut akan memberi peluang kepada semua penunggang motosikal meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, dengan meringgankan beban mereka dalam permohonan lesen dan proses pendidikan.

Namun sampai hari ini, program BL1M yang digembar-gembur untuk meringankan beban rakyat bertukar jadi satu penipuan paling jelas.

Bila segala keluhan rakyat yang terlibat dalam program tersebut dengan mudah dikesampingkan oleh Khairy serta pihak terbabit.

Meskipun Khairy Jamaluddin terkenal dengan jolokan “menteri segala kementerian” kerana sering berlagak jadi jurucakap dalam apa saja isu yang membabitkan kementerian atau agensi kerajaan.

Tapi Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan kelihatan senyap dan mengelak bila rakyat khususnya di Sarawak mendakwa BL1M sebagai agenda penipuan yang paling jelas.

Bagi seorang rakyat biasa yang bukan setaraf pemimpin BN, nilai RM190 yang telah dibayar untuk program tersebut bukanlah jumlah yang kecil.

Di Sarawak sahaja, difahamkan sekitar 70 ribu peserta telah membayar untuk memohon lesen melalui inisiatif BL1M. Bayangkan berapa banyak wang telah dikumpul oleh pihak terlibat, sedangkan program tersebut telah gagal separuh jalan.

Dilaporkan ramai peserta telah memohon agar wang yuran yang telah mereka bayar dikembalikan, namun langkah itu juga gagal dipenuhi oleh pihak penganjur.

Di Media Sosial perkara ini dibahaskan dengan kerap dan terbuka, tapi Khairy mahupun pihak penganjur tetap membisu seribu bahasa.

Ketika ini kita masih tertanya-tanya, dimanakah suara ‘Menteri Segala Kementerian’ yang pernah berjanji untuk meringankan beban rakyat?
Rakyat butuhkan suara beliau yang lantang itu, Khairy yang memulakannya harus bertanggungjawab untuk mengakhiri masalah ini. - Sarawakiana.net
 
Apa sudah jadi dengan program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) ? Dimana suara lantang Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin selaku orang bertanggungjawab dalam program ini ?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...