Sokong Calon BN, Kadar Jenayah Di Teluk Intan Akan Diturunkan Kata @Khairykj

Politik bersifat 'akses' atau 'kabel' yang kononnya mampu mempengaruhi dalam penyelesaian permasalahan rakyat sekali lagi ditawarkan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kepada pengundi di Teluk Intan.

Apa yang menarik politik bersifat 'kabel' itu telah mengheret hal berkaitan menangani jenayah, jika sebelum ini ia lebih tertumpu kepada hal-hal pembangunan dan bantuan daripada kerajaan, namun kini aspek keselamatan rakyat pula yang dipertaruhkan.

Menurut Khairy, pengundi di Teluk Intan seharusnya memilih calon berpengaruh daripada BN yang mempunyai 'akses' dengan agensi persekutuan dan kerajaan negeri jika mahukan perubahan terutamanya dalam mengatasi masalah jenayah di daerah berkenaan.

"Jadi kalau sekiranya pengundi di Teluk Intan yang sudah 5 tahun dibawah parti DAP mahukan satu perubahan untuk menangani isu-isu tempatan contoh daerah Teluk Intan berhadapan dengan masalah kadar jenayah yang meningkat, ia memerlukan satu usaha daripada kerajaan pusat, kalau sekiranya memberi sokongan kepada calon daripada DAP, mungkin beliau tidak akan dapat mempengaruhi agensi-agensi persekutuan dan juga negeri untuk menangani isu-isu ini".

Apakah agensi-agensi persekutuan dan kerajaan negeri selama ini menjalankan tanggungjawab mereka dengan dipengaruhi oleh pemimpin politik ?

Menangani isu jenayah adalah tanggungjawab bersama tidak kira pembangkang mahupun kerajaan. Adalah sangat mendukacitakan apabila pemimpin mendewakan pengaruh politik sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan rakyat.

Amalan politik angkuh cara KJ ini pasti sukar untuk diterima oleh golongan muda hari ini yang lebih berfikiran bebas dan terbuka.

Malah politik mempengaruhi agensi kerajaan seperti inilah menyebabkan bebas dan bermaharajalelanya seorang peliwat.

Selain politik angkuh dan pertandingan futsal, sudah tidak ada idea lain lagikah KJ untuk meraih sokongan rakyat kepada BN ? Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...