Showing posts with label bodyguard. Show all posts
Showing posts with label bodyguard. Show all posts

Video - Kekecohan Ketika Bodyguard Anwar Ditahan Bersama Senjata Api Yang Siap Di 'Lock'

Jika diimbau kembali dari apa yang berlaku sebelum ini dengan apa yang berlaku pada rakaman video dibawah mengenai kejadian di Melaka itu, apakah pasti perbuatan biadap itu dilakukan oleh penyokong BN, ini kerana kebiadapan hanya sinonim dengan penyokong Anwar sahaja.

Persediaan senjata api yang telah di lock ada pada bodyguard Anwar Ibrahim, apa yang membimbangkan pada situasi ini dengan meganalisis dari apa yang pernah berlaku, kita khuatir ini adalah rancangan licik Anwar Ibrahim untuk memulakan huru-hara didalam negara ini.

Kita tak fikir penyokong BN punyai sikap biadap sepertimana penyokong PR, terfikirkah seandainya Anwar telah mengupah orang-orangnya lalu diselitkan bersama penyokong BN didalam kumpulan itu, dan orang upahan itulah yang sebenarnya memulakan tindakan-tindakan yang adakalanya dilihat tidak bertamadun, apakah mustahil untuk keberlakuan tersebut ?.

Siapa yang bodyguard Anwar nak tembak ? Orang upahan ataupun rakyat dan penyokong sebenar BN, jangan pula lain orang yang buat, lain orang yang akan ditembak, dan rakyat menjadi kambing hitam untuk perancangan  hal itu. Seharusnya semua pihak perlu berhati-hati dalam insiden seperti ini.

Anwar akan cuba sedaya upaya untuk mencetuskan suasana huru-hara, kerana dari suasana huru-hara itulah yang akan dimanfaatkannya, dengan keadaan itu pihak polis terutamanya SB perlu ada ketaatan pada kerajaan dalam menyiasat disebalik perkara yang telah berlaku dan juga akan berlaku.

Lihat saja kebiadapan dan cara provokasi penyokong Anwar pada rakaman video dibawah dan bandingkan dengan kebiadapan yang berlaku kebelakangan ini yang dikatakan ianya dilakukan oleh penyokong-penyokong BN.....Anda Mampu Mengubahnya...

Keganasan Bodyguard - Ahmad Maslan Senaraikan 6 Jenis Politik Yang Mesti Rakyat Tolak

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyeru rakyat negara ini terutamanya para pengundi  menolak enam jenis politik yang diamalkan pembangkang iaitu politik biadab, politik bebas, politik fitnah, politik menghukum, politik perpecahan dan politik ganas.

Mengulas insiden pengawal peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengacukan pistol ke arah rakyat di Kampung Baru Rim Jasin Melaka petang semalam merupakan satu daripada bukti jelas politik ganas pembangkang.
 
"Perdana Menteri ada berbelas-belas bodyguard dan kita telah ada enam Perdana Menteri... tidak pernah kita dengar bodyguard berbelas-belas ini mengacu pistol. Tiba-tiba dia ni jadi Ketua Pembangkang ada bodyguard mengacu pistol kepada rakyat," katanya.
 
1. ) "Di Malaysia ini kita lihat politik telah bertukar menjadi politik biadab apabila peristiwa memijak gambar pemimpin, peristiwa menukar Jalur Gemilang.

2. ) Kemudian ada politik bebas yang menyokong kegiatan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
 
3. ) Disamping itu politik memfitnah yang menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor difitnah macam-macam," katanya.

4. ) Seterusnya terdapat juga politik menghukum yang diamalkan pembangkang sehingga menyebabkan sembahyang dua imam dan kafir mengkafir sesama Islam. 
 
5. ) Selain itu, politik pecah belah yang tidak mahu melihat perpaduan antara Melayu, Cina dan India malah perpaduan dalam kaum masing masing.

6. ) Satu lagi ialah politik ganas yang dilakukan oleh sekumpulan perusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0, katanya lagi.

Menurut beliau keenam-enam jenis politik itu perlu ditentang habis-habisan oleh Barisan Nasional (BN), parti yang tidak mengamalkan keganasan dan bebas tetapi menurut peraturan serta tidak mengamalkan politik memfitnah. Katanya ketika sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Klang hari ini.

Lelaki pada gambar diatas merupakan orang upahan Anwar yang terlibat dalam demontrasi 'biadap' menuntut PTPTN dimansuhkan dan pernah menyerbu Perdana Menteri yang kononnya dia ingin menghantar surat kepada PM, semasa beliau merempuh kawalan polis yang mengiringi PM, laungan reformasi dari gerombolannya turut dilaungkan,pelbagai provokasi terhadap pihak berkuasa telah dilakukan oleh lelaki tersebut namun kesemuanya gagal.

Politik kotor cara Anwar ini mesti ditolak, segala apa yang berlaku dan bersifat memburukkan BN semua itu sudah dirancangkan oleh Anwar, orang-orang upahannya memang licin menjalankan tugas-tugas jahat khas yang diamanahkan oleh Anwar kepada mereka, kejadian seperti memecahkan cermin bas , baling batu dsbnya itu turut didalangi oleh mereka. Jika dua hal diatas didalangi oleh orang yang sama maka tidak mustahil dengan hal-hal yang lain. Anda Mampu Mengubahnya....

Video - Bodyguard Anwar Dalam Posisi Cubaan Menembak Rakyat





Anwar dah mula tunjuk ganas, itu baru ada pengawal peribadi, bagaimana kalau Anwar ada polis ada tentera ? Kononkan sekejap kalau Anwar jadi PM  dan rakyat keluar buat demontrasi,  apa yang Anwar akan arahkan polis untuk menghalang rakyat....Tembak ??? mamposss.....

Itulah sikap Anwar yang sebenarnya, kalaulah polis yang acukan pistol sedemikian dan punyai bukti gambar serta video seperti diatas, masaklah Najib kena, seluruh negara dijajanya cerita ini...Hebat betul Anwar punya bodyguard ni...Inilah rupanya samseng paling jahanam yang Anwar selalu sebutkan itu, adakah gerombolan samseng ini yang nak tadbir Malaysia ? Haramkanlah tangan dari memangkahnya untuk keselamatn dunia dan akhirat.

Belum apa-apa lagi dah tunjuk belang , tak timbul soal nak pertahan diri, dapat disaksikan dalam video tu dimana kelihatan budak lelaki melayu melarikan diri tanpa memandang kearah belakang, namun Bodyguard Anwar didalam posisi sedia untuk menembaknya, dan ini boleh diklasifikasikan sebagai kes cubaan gerombolan Anwar  membunuh rakyat.

Apakah kerajaan dan pihak polis boleh berkompromi dengan kes sedemikian ? kita boleh terima sekiranya semasa bodyguard Anwar acu pistol itu rakyat punyai senjata dan dalam keadaan cuba mengancam beliau,  so kita boleh terima sebagai langkah mempertahankan dirinya. Isu ini perlu dipalu sebaik mungkin bagi memperlihatkan kepada rakyat siapa sebenarnya samseng yang selalu diungkapkan oleh Anwar.

PRU 13 ini adalah masa depan Anwar Ibrahim dan tuntutan hajat segala dendam yang terkesumat dihatinya, apa saja boleh berlaku dan akan dilakukannya demi melangsaikan tuntutan hajat dendamnya itu, wajahnya yang semakin pudar tanpa seri  punyai 1001 kebarangkalian yang tidak terjangka...Anda Mampu Mengubahnya...

Sumber gambar dan video selanjutnya Jiwa Paradox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...