Showing posts with label kedai gunting. Show all posts
Showing posts with label kedai gunting. Show all posts

Rakyat Kelantan Tunggu GERAKAN Dengan Penumbuk - Sayuti Omar Jangan Cakap Besar


Tajuk yang terpampang didada Harakah semalam yaitu "Geng gunting rambut jangan bermain api di Kelantan" cukup terusik buah 'butir gatal' anak jati di negeri ini, artikel yang dicatat oleh 'Pokcik MSO' atau Mohd Sayuti Omar itu ternyata punya 'value' kebenaran disebaliknya, tapi sayang realiti identiti pribumi Kelantan sudah tidak lagi berpaksi gah sebagaimana untuk dibayangkan ia seperti sebelum 90an dahulu.

Disebabkan itu juga, ada baiknya 'Pokcik MSO' atau mana-mana penulis menghentikan penulisan yang berbentuk memuja-muji orang Kelantan, ini kerana dikhuatiri puja-puji yang dibuat telah bercanggah dengan realiti apa yang sebenar berlaku sekarang ini, dan keadaan itu menjadikan orang Kelantan akan dilabel sebagai 'cakap besar' atau juga indah khabar dari rupa.

Politik pecah belah yang dibawa oleh Nik Aziz sudah tidak lagi relevan dengan sikap sebenar rakyat Kelantan, jika orang MCA, GERAKAN dan DAP boleh bergabung satu suara dalam memperjuangkan sesuatu isu berkaitan bangsanya, kita orang Kelantan tidak lagi begitu, kerana sebahagian dari kita lebih rela 'memampuskan' bangsa sendiri demi kepentingan politik sempit kita. Dibawah adalah antara petikan yang ditulis oleh MSO.

Kedatangan dua tiga orang Cina dari parti Gerakan dari Negeri Sembilan ke negeri ini dua tiga hari lepas dengan tujuan hendak menujuk gedebe dan mencabar Majlis Perbandaraan Kota Bharu (MPKR-BRI) berhubung Undang-Undang Kecil PBT terhadap salun rambut itu, rasanya tidak wajar. Tindakan mereka datang bergunting rambut secara terbuka dengan pendandan rambut wanita Cina itu tidak sepatutnya berlaku dan ia adalah sikap samseng dan aksi melampau.

Benar seperti kata Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hassan, tindakan mereka itu mengilankan hati rakyat Kelantan dan kerajaan sendiri. Belum pernah berlaku sebelum ini ada orang luar yang datang mencabar secara terang-terang terhadap undang-undang dan rukun hidup rakyat negeri ini. 

Apa kata kalau ada orang Islam gila di Kelantan sewaktu mereka membuat cabaran itu? Di Kelantan ini kena beringat sedikit kerana ramai juga orang Islam gila yang sedia bangkit membela agama dan maruah mereka.

Geng gunting rambut itu tidak payah datang dan menunjuk berani dan henalan di Kota Bharu. Mereka boleh membuat kenyataan akhbar dari jauh saja mengenai isu berkenaan. Apabila mereka datang sendiri ke Kota Bharu menepuk dada dan membuat kenyataan berupa cabaran, ia adalah satu sikap biadap yang boleh ditafsirkan sebagai datang untuk menjual berani, dan perbuatan mereka itu sangat sensitif dan merbahaya kerana orang Kelantan adalah pembeli berani yang mewah.

Apa juga keadaan atau suasana yang menyentuh soal sensitivi orang Melayu, seperti agama, adat resam dan budaya mereka boleh bersatu. Orang Kelantan boleh bergaduh mengenai politik tetapi kalau hak mereka disentuh mereka akan bersatu.

Saya percaya orang Umno Kelantan juga terkilan dan marah dengan apa dilakukan geng gunting rambut berkenaan. Setahu saya tidak ada kenyataan dari mana-mana pihak dalam Umno yang menyokong perbuatan dua tiga orang sengket Cina Negeri Sembilan itu. Mereka (orang Umno) diam bermakna menyokong perbuatan itu, tetapi mereka sedang memerhati apa yang akan berlaku seterusnya.

Makanya sebelum terjadi sesuatu yang buruk, isu kedai gunting dan tindakan secara samseng dan 'gedebe' itu dan begitu juga isu tuduhan penguatkuasa MPKB kejam kerana menangkap Cina yang sedang melakukan perbuatan meloyakan di dalam kereta hendak dihentikan. Jangan cuba bermain api di Kelantan, sebab kalau ia terbakar nanti buruk padahnya.

Saya cukup bimbang kalau kedatangan geng gunting rambut sekali lagi dengan jumlah yang ramai, seperti mana dijanjikan, meraka akan disambut bukan dengan pulut tetapi akan dinanti dengan penumbuk. Tidak mustahil ia akan berlaku. Makanya elok semua pihak berusaha menghindarinya.

Apa juga keadaan atau suasana yang menyentuh soal sensitivi orang Melayu, seperti agama, adat resam dan budaya mereka boleh bersatu. Orang Kelantan boleh bergaduh mengenai politik tetapi kalau hak mereka disentuh mereka akan bersatu.

Benarkah kata-kata itu ? jika benar takkanlah berlaku dari apa yang sudah berlaku sekarang ini, bersamalah kita mengjahanamkan anak bangsa sendiri bersama-sama dengan Nik Aziz dan Pas. Hancurnya bangsa Melayu di bumi ini, maka agama Islam dipercayai akan diperjuangkan oleh Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta DAP. Anda Mampu Mengubahnya.
Sepatutnya tak perlu sound mereka sebagai 'banyak songeh', kena ambil kesempatan tiru sikap Nik Aziz memampuskan bangsa sendiri.
'Tersentuh dari mana-mana baju' - Kata-kata boleh di-respon dengan kata-kata, tapi bila sudah lebih dari kata-kata apakah MSO merasakan Amaran itu sebagai satu tindakan yang masih relevan..
MP Pas cacar marba, sehingga kena sound orang hot bincang pasal saman dia pula cuba alihkan kepada hal bolasepak.

Tapi Ulamak gila lebih rela menyalahkan sesama sendiri

Kebaculan Pas Kelantan Hadapi Gangster Kedai Gunting, Nik Aziz Persalahkan Umno

Kebaculan yang sedang menyelubungi identiti masyarakat di Kelantan adalah berpunca dari pembawaan politik 'pecah-belah' yang diamalkan oleh ulamak politik Nik Aziz dan Pas, sikap yang menyalahkan pihak lain terutamanya Umno dipahatkan menghiasi minda rakyat, yang hairannya bertembung sesama melayu beragama Islam sanggup darah membasahi baju, akan tetapi bila datangnya puak 'kuffar' yang megah berdiri menanti dipintu tangga, keseluruhan penganut Pas dan pendokong kerajaan Pas Kelantan hanya mengasah batu berputih mata, dan lebih cela... lagi tidak ada kerja lain hanyalah reti menyalahkan Umno semata-mata.
Keramat Nik Aziz yang diagung-agungkan oleh 'sakai' diserlahkan lagi dengan kenyataan yang tidak lain selain menyalahkan Umno, apa saja disalahkan Umno, 'keramat salahkan Umno' ni sajalah yang mungkin boleh dibanggakan kepada Nik Aziz. Berpolitik tidak bertempat, hal agama, maruah dan kedaulatan terbayar ia dengan politik keramat yang menyalahkan Umno. Soalnya sampai bila ?

Perlu Nik Aziz sedar, isunya disini bukan cina gerakan yang berkawan dengan Umno, tapi lebih kepada tanggungjawab Pas yang memerintah dan menjaga kedaulatan negeri, macammana jaga negeri sampai ada orang luar berani datang mencabar kewibawaan pentadbiran Pas secara kurang bertamadun itu.

Kalau semua salah Umno, habis Pas sendiri buat apa ? Betullah puak Khawarij ni memang jahat, sesama Islam saja yang dia nak bermusuh, jika sebaliknya dia bacul dan rela semutar yang dipakainya itu dibuat kain buruk menyapu najis.

Diakhir kata Nik Aziz setelah menyalahkan Umno "Saya alu-alukan kedatangan mereka ke Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 ini. Nikmatilah hidup aman damai penuh toleransi di negeri ini". Kononnya dengan berkata demikian Nik Aziz ni rasa matang dan banggalah beliau dah mampu tarik pelabur luar untuk datang melabur dan meningkatkan ekonomi di Kelantan, patutlah Kelantan bertambah maju kerana adanya tarikan pelabur yang membawa berjuta-juta ditarik masuk oleh Nik Aziz, jika begitu syabaslah.

Penyakit wahan - hubbud dunya wakarohiyatul maut yang dianjurkan Nik Aziz ini jelas menjatuhkan maruah Islam, Melayu dan Islam dipandang bacul sehingga boleh diperdagangkan dengan mata wang yang tidak seberapa melainkan kesan sejarah kebaculan yang dicatatkan mengenai imej pendokong kerajaan Islam (bertopeng) dalam mempertahankan perlaksanan hukum dan kedaulatan negerinya.

Nik Aziz perlu mengaku dan tidak usahlah menyalahkan Umno lagi, katakan saja DAP dan Karpal Singh lebih berkuasa dalam menentukan halatuju Pas, apa saja yang Karpal titahkan akan dijunjung haram untuk diingkar, buktinya, undang-undang yang ditegakkan hampir 20 tahun terbuang dek kerana gertakkan dari Karpal.

Untuk memuji dengan berkata kerajaan Pas Kelantan dan Nik Aziz itu bagus kerana bersabar dan menunjukkan sikap mulia dengan berdiam diri setelah dicabar oleh 'Cina GERAKAN' (belum pasti digerakkan oleh siapa), pemahaman sebegitu jauh sekali untuk berlaku malah bercanggah dengan apa yang telah dilakukan oleh MPKB-BRI.

Tak kenal maka tak cinta itu adalah wajar, sebaliknya jika tak kenal tetapi taksub adalah tidak wajar, kerana seandainya Nik Aziz dan kerajaaan Pas itu mulia dan beriman bagai dikata, mustahil misi balas dendam terhadap pemilik salon dilakukan kerana marah dengan pemilik salon yang mendedahkan perkara ini kepada media.

Sebagai makluman juga isu balas dendam seperti ini adalah rutin berlaku apabila rakyat berurusan dengan MPKB-BRI, untuk menghentikan keadaan yang memunahkan Islam ini, ianya menjadi tanggungjawab seluruh rakyat dalam menentukannya pada PRU 13 nanti. Anda Mampu Mengubahnya,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...