Showing posts with label mustapha. Show all posts
Showing posts with label mustapha. Show all posts

Buruk Sangka Pas Terhadap Umno Kian Membarah

Sikap buruk sangka pemimpin Pas terhadap Umno semakin menjadi-jadi, ini disebabkan pengaruh kuasa tertentu yang mengusai didalam Pas seakan-akan mengeluarkan perintah haram untuk mana-mana pemimpin Pas bertemu dengan pemimpin Umno, sekatan yang tidak wajar itu sekaligus memperlihatkan Pas sengaja menyuburkan permusuhan sesama Islam demi kecintaannya terhadap Karpal Singh dan DAP.

Politik melampau sebegini dibimbangi ianya menular dikalangan rakyat dan akan mewujudkan satu suasana yang tidak baik dan bertentangan dengan ajaran Islam, sebagai orang Islam, jalinan persaudaraan itu mesti dipupuk tanpa mengira fahaman politik, sangat keterlaluan sekiranya ikatan persaudaraan sesama Islam itu terpisah dek kerana wasangka jahat yang disengajakan itu.

Bagi Pengerusi Barisan Nasional  Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berpendapat, pemimpin dan anggota Pas didakwa mengamalkan politik tidak matang dalam isu pertemuan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, 

"Mereka sepatutnya mengamalkan politik secara terbuka, tidak bermakna jumpa dan bergambar bersama, nak 'sertai' terus. Kita perlu matang dalam berpolitik, bukan macam budak-budak," katanya

Beliau yang turut kesal dengan cara Pas berpolitik itu tidak menyangka Pas masih lagi mengamalkan politik tidak matang  sehingga membelakangi hukum hakam agama,
Bagaimanapun ketika diminta mengulas mengenai isu pertikaman lidah antara Nasharudin dan Pengerusi DAP Karpal Singh mengenai isu hudud, beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu enggan mengulas kerana menganggap perkara berkenaan melibatkan kedua-dua individu tersebut dan BN tidak akan masuk campur berkaitan hal itu. Anda Mampu Mengubahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...