
NGO PERKASA memang hebat dan terbaik, dan inilah juga perhimpunan terbaik setakat ini, kerana tidak ada gunanya jika sekadar nak berretorik didalam suasana berhawa dingin dengan perancangan demi perancagan yang telah menggugurkan jutaan wang tanpa pulangan yang boleh dibanggakan.
Tindakan PERKASA yang telah mengadakan perhimpunan bagi membantah aktivti pembalakan di kawasan tadahan air ini dilihat sebagai satu keadaan baru didalam suasana politik kita pada hari ini, sekaligus dapat mendedahkan masalah sebenar kepada rakyat secara langsng di lokasi isu yang dibangkitkan.
Bagaimanapun perhimpunan itu berlaku di Empangan Pedu di negeri Kedah, bagaimanapula dengan Kelantan ? Kenapa alternatif seperti ini tidak giat diadakan di negeri Kelantan, khasnya di Ulu Kelantan, adakah pihak berkaitan tidak punyai peruntukkan kearah itu, atau peruntukkan itu ada, cuma mahu disonglap kedalam poket sendiri.
Sukar sekali untuk melihat pemimpin BN di Kelantan ni cerdik, sepanjang masa bahkan lebih 23 tahun tak cerdik-cerdik, tak cerdik ni bodohlah maknanya, ke lagumano? Kenapa BN Kelantan tidak berupaya membantu gerakan-gerakan NGO di Kelantan supaya gerakan mereka lebih berketerampilan dalam membongkar isu-isu yang berlaku dibawah pentadbiran Pas Kelantan.
Perasaan meluat semakin hari semakin menjadi-jadi dengan apa yang telah diusahakan oleh BN Kelantan didalam memastikan kemenangan BN pada PRU13 nanti. kerana semua usaha-usaha berhawa dingin yang dilakukan langsung tidak berubah dari apa yang telah dibuat pada sebelumnya, pendekatan jumud masih digunakan demi memastikan raja matlamat perjuangan mereka yaitu PITIS dapat dipoketkan, benarkah begitu wahai pemimpin BN Kelantan ? Jika begitu, Najib duk tunggu apa lagi ?
Hanya disebabkan sikap segelintir pemimpin BN Kelantan yang begitu selesa mengutamakan kepentingan peribadi, jangan sampai rakyat Kelantan yang bersemangat untuk tumbangkan kerajaan Pas di Kelantan berubah semangat untuk tumbangkan BN di Putrajaya hasil dari 'kemeluatan' yang dialami yang dicetuskan oleh pemimpin BN di Kelantan itu sendiri.
Kegagalan kerajaan Pas di Kelantan wajib dibongkar kepada pengetahuan umum secara ianya lebih praktikal sebagaimana yang dilakukan oleh PERKASA contohnya, sebelum ini juga Gk pernah menyarankan supaya usaha seperti membawa rakyat Kelantan makan angin ke lokasi isu-isu yang diretorikkan oleh Pas seperti ladang depu, pelabuhan darat, kambing jamnapari, tapak stadium, lebuhraya rakyat dsbnya. Namun BN Kelantan lebih suka tidur beriring muzik gimik daripada bertindak mengikut keperluan semasa.
Apalah salahnya jika BN Kelantan mengusahakan kerjasama menerusi mana-mana gerakan atau NGO untuk membawa contohnya 450 orang rakyat daripada kesemua 45 DUN di Kelantan yaitu masing-masing 10 orang mewakili setiap DUN bagi melihat sendiri apa yang telah dibohongkan oleh kerajaan Pas selama ini.
450 orang rakyat yang dipilih secara sukarela pula mestilah terdiri daripada golongan yang tidak totok mana-mana parti politik supaya kata-katanya itu nanti lebih dipercayai oleh masyarakat umum, kos yang melibatkan sewaan 10 buah bas untuk membawa 450 orang rakyat itu bukanlah satu nilai yang sangat besar.
Dengan aktiviti itu sekiranya ia dibuat secara berterusan dari masa kesemasa keatas semua projek-projek retorik Pas, mungkin untuk BN Kelantan bermimpi bagi menawan Kelantan itu difikirkan sebagai relevan disamping gerak kerja yang lain. Sekadar pandangan seumpama yang difikirkan sebagai keperluan. Anda Mampu Mengubahnya.
Sumber gambar diambil dari Kelab Ambo Pakoh BN





