Showing posts with label saman. Show all posts
Showing posts with label saman. Show all posts

Saman Pertama Tok Pa Terhadap Husam Petanda Awal Kemenangan BN Di Kelantan

KOTA BHARU - Kebangkitan Barisan Nasional di Kelantan tampak jelas dan lebih yakin akan menguasai negeri itu selepas PRU 13 nanti, seakan mendapat suntikan baru, pemimpin BN kali ini dilihat lebih bertenaga dan tidak 'medu' seperti sebelumnya.
 
Tindakan agresif yang dibuat oleh nakhoda BN negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan memberi tempoh 48 jam kepada pemfitnah beliau yang juga Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Husam Musa, menguatkan lagi semangat jentera BN sekaligus ia boleh membuka mata rakyat yang selama ini tertutup dengan melihat hanya Husam yang sentiasa tampil menyaman.
 
Husam dalam satu dakwaan beliau menyebut kononnya Mustapa telah memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri ini. Dakwaan itu dibuat ketika berucap melancarkan gerakan 'K' kekalkan negeri Kelantan di Machang pada 23 Mac lepas.

Diatas dakwaan fitnah itu, Mustapa telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan maaf dan memberi tempoh 48 jam kepada Husam untuk berbuat demikian.

"Kita akan hantar dalam tempoh terdekat surat berdaftar kepada Exco kerajaan negeri ini (Husam), portal harakahdaily.net iaitu ketua pengarang dan pengarangnya, kerana mengeluarkan dan menyiarkan kenyataan yang menjejaskan kredibiliti dan imej saya, saya pandang berat perkara ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam ketegasan sama Mustapa selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang selama ini hanya berdiam diri apabila difitnah turut memberi peringatan sekiranya dalam tempoh 48 jam itu, Husam tidak memohon maaf, peguam beliau akan memfailkan saman fitnah dan tuntutan di mahkamah tinggi.

"Ini adalah satu perkara yang perlu untuk menjaga maruah dan kredibiliti diri saya, saya memimpin kementerian ini (MITI) empat tahun dan berbuat yang terbaik, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut," katanya.

Kali ini nasib Husam terus terumbang-ambing, ura-ura nak lari bertanding di Putrajaya entah apakah perkembangannya, namun dikhabarkan tindakan Husam untuk mendapat perhatian dan meraih populariti itu tidak dilayan dek terselam dengan isu yang lebih besar, apakan daya, semua langkahnya tidak menjadi sepertimana semua projeknya. Anda Mampu Mengubahnya.

Warkah Terkini Saiful Bukhari Persoal Anwar Kenapa Saman Ditarik Balik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada 30hb Jun 2008, iaitu 2 hari setelah saya membuat laporan polis bahawa diri saya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah memfailkan saman fitnah ke atas saya atas dakwaan kononnya saya telah membuat satu laporan palsu.

Namun setelah 4 tahun, dan berulang kali ia dilengah dan ditangguh, semalam, beliau menarik balik saman ke atas saya, dengan alasan namanya sudah bersih. Sebenarnya dari awal lagi, saya amat bersetuju jika kes saman ini diteruskan, kerana ia dapat memperlihatkan kebenaran pada semua.

Pada pendapat saya, beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hanya disebabkan faktor-faktor teknikal.

Ini kerana didalam penghakiman penuh, saya percaya bahawa kredibiliti dan keterangan saya adalah “intact”.

Saya juga percaya bahawa bagi mana-mana perbicaraan saman sivil, plantif (dalam kes ini adalah DSAI) pada kebiasaannya perlu memberikan keterangan secara BERSUMPAH dari kandang saksi untuk disoal balas oleh pihak defendan.

Adakah keadaan ini yang membuat beliau gusar dan takut?

Kebiasaannya, setiap langkah beliau ada muslihat di sebaliknya. Semoga saya terus dibawah bimbingan dan perlindunganNya.

Apapun saya telah lama bersedia dan tidak gentar. Jauh sekali berganjak dari apa yang saya perjuangkan selama ini.

Yang pasti, saya akan terus berdoa, Istiqamah dan sabar.

Berani kerana benar.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
'lawan tetap lawan'

Karpal Anti Islam - Jangan Hanya Saman Nasharuddin, Saya Juga Perlu Disaman

KUALA LUMPUR - Karpal Singh hari ini berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Nasharuddin Mat Isa selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dilihat rapat kepada Umno mendesak PAS segera meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh pemimpin DAP itu sebagai anti Islam.

Pengerusi DAP Nasional itu berkata kepada The Malaysian Insider hari ini, kenyataan Nasharudin terhadapnya semalam “adalah sangat tidak bertanggungjawab”, dan “saya tidak pernah menyatakan saya anti Islam.”

Bagaimanpun, peguam itu menegaskan hudud tidak boleh diimplementasikan di negara ini kerana “hudud hanya boleh dilaksanakan dalam negara Islam” sedangkan Malaysia masih lagi merupakan negara sekular.

“Sejak dulu lagi saya menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Apa yang DAP katakan adalah kita bukan negara Islam. Ia hanya konsep politik,” tambahnya lagi.
Pemimpin Umno dan lidah rasminya, Utusan Malaysia sejak minggu lalu menuduh DAP dengan panggilan “kafir harbi” dan mengelarkan haram menyokong DAP.

Karpal menjadi serangan Umno kerana tentangan kerasnya terhadap hudud.

Pemimpin veteran DAP itu juga berkata, beliau berharap Nasharuddin akan “memahami perbezaan Islam sebagai agama dan negara Islam.”

Perlembagaan kita membekalkan negara sekular, dan di Malaysia ia adalah negara sekular. Kita perlu ada negara Islam jika mahu melaksanakan hudud,” katanya lagi.

“Saya tidak mengatakan PAS salah, tapi kita tidak boleh melaksanakan hudud kerana kita sekular ... dan undang-undang kita tidak membenarkan itu berlaku,” tambahnya lagi.

Karpal percaya Nasharuddin hanya menyuarakan pendapat peribadi beliau berhubung perkara itu dan tidak bercakap bagi pihak parti.

“Atas memandang serius kenyataannya itu, saya akan memfailkan saman terhadapnya.”
 
Apa yang Karpal faham dengan menghormati Islam sebagai agama rasmi ? Konsep faham yang bagaimana difahami itu ?, konsep faham ikut kepala otak dia ke atau konsep faham bagaimana? 
 
Karpal menggunakan kepakaran belitnya bagi menyekat mana-mana individu untuk bersuara, kedudukan DAP dan Karpal yang semakin tergugat dengan penentangan mereka terhadap Islam mengambil tindakan saman kepada bekas Timb Presiden Pas yang mendakwa Karpal "Bukan setakat anti Hudud bahkan juga anti Islam".

Gk harus menegaskan hal ini kepada Karpal Singh, bahawa beliau jangan hanya saman Nasharuddin, tapi beliau juga mesti saman Gk dan seluruh umat Islam yang memperakui bahawa Karpal Singh adalah anti kepada Islam, 

Maka seluruh umat Islam yang bersetuju, memperakui, menyokong dan berpendapat Karpal Singh adalah anti Islam, ianya perlu tampil dan mencabar Karpal supaya sama-sama kita disaman, Jika 100,000 umat Islam tampil mewakafkan diri untuk disaman oleh Karpal, kita fikir mahkamah pun akan turut memperakui bahawa Karpal adalah Anti Islam.

Jangan biarkan 'saman' itu akan menghentikan Nasharuddin dari terus membongkar kebenaran yang pernah dibongkar oleh Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali, sokongan kepada Nasharuddin diperlukan bagi kita sama-sama mengetahui hal yang sebenar berkaitan skandal sulit Pas dan DAP yang berkemungkinan besar akan didedahkan oleh Nasharuddin sedikit masa lagi...Anda mampu Mengubahnya...

"Karpal Singh DAP Anti Islam, Haram Sokong DAP"

Kalau Husam Benar Kenapa Takut ? Kickdefella Sedia Menanti !

KOTA BHARU - Blogger, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menggesa Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berhenti main politik ‘kura-kura’ berhubung isu Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).

Dakwanya, Husam dilihat cuba ‘menyembunyikan diri’ daripada berhadapan masalah itu kerana tidak berjaya menjawab 10 soalan yang dimuatkan menerusi blognya mengenai skandal mata wang dinar dan dirham KGT.

Syed Azidi yang juga dikenali sebagai Kickdefella berkata, sebagai pengundi di negeri ini, dia mengharapkan Husam perlu lebih bersikap tanggungjawab terhadap sebarang persoalan yang ditimbulkan rakyat.

“Beliau (Husam) seharusnya berhenti bermain politik ‘kura-kura’ ini dan perlu berhadapan dengan masalah dengan menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan oleh rakyat,” katanya kepada pemberita, semalam.

Turut hadir pada sidang media itu, Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar), Kamaruddin Mohd Kassim.

Malah, Syed Azidi berkata, soalan-soalan yang dibangkitkan tentang skandal mata wang syariah tersebut adalah sah berdasarkan maklumat dan bukti dimiliki pihaknya.

Syed Azidi yang juga bekas pegawai kanan Husam itu meluahkan rasa kebimbangan terhadap modus operandi Husam yang berkemungkinan menyalahgunakan KGT untuk memperoleh wang bagi membiayai aktiviti lain.

“Saya tahu modus operandi Husam sebab saya pernah berkhidmat dengan beliau. Di sini saya risau bahawa KGT dengan aktiviti dinar emas ini salah satu modus operandi beliau mendapatkan duit membiayai aktiviti-aktiviti lain,” dakwanya.

Syed Azidi turut menggesa Husam yang juga Ahli Lembaga Pengarah KGT membatalkan hasrat menyaman sebuah akhbar tempatan termasuk bekas Pengarah Eksekutif syarikat terbabit, Nik Mahani Mohamad.

Katanya, tindakan menyaman itu disifatkan sebagai menyekat hak rakyat bersuara untuk mendapatkan kebenaran berhubung status penyelewengan yang dalam KGT.

“Adakah ini polisi kerajaan Pas Kelantan dan Pakatan Rakyat (PR) yang menyekat rakyat daripada bersuara dan menyekat peranan media melaporkan perkara yang betul?” katanya.

Sehubungan itu, Syed Azidi mempertikaikan sumber yang membiayai kes saman Husam.

“Siapa yang membiayainya? Tidak mudah dan murah untuk menyaman orang sebab banyak prosedur termasuk memerlukan kewangan yang banyak dan dari mana Husam dapat duit sebenarnya?” katanya. - Sinar Harian

Permohonan Injunksi Husam Keatas Kickdefella Ditolak Hakim

Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Dato' Mariana pagi ini menolak permohonan injunksi YB Dato' Haji Husam ke atas penulis blog Kickdefella. Dato' Mariana membuat keputusan setelah mendapati peguam Dato' Husam gagal membuktikan bahawa Kickdefella telah menfitnah plaintif. Oleh demikian Hakim berpendapat dakwaan Dato' Husam gagal disokong dengan bukti dan permohonan itu ditolak dengan kos.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...