Terkini Di Lahad Datu - Sidang Media KPN: 'Mopping Up' Dan Penggeledahan Sedang Dijalankan

LAHAD DATU: KENYATAAN MEDIA KPN

Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo. - Facebook Rasmi PDRM

Sama-sama kita doakan kejayaan dan keselamatan semua pahlawan negara, InsyAllah, pastikan lanun Sulu tidak meninggalkan baka.
Video diatas sekadar Ilusi Gk akan kehebatan Anggota Keselamatan kita di Lahad Datu.

2 comments:

  1. SALUTE TO THE MALAYSIAN ARMED FORCES. TAK SANGKA KITA ADA LEBIH INVENTORY FIRE POWER DARI YANG SAYA JANGKAKAN. PENGUNAAN UAV JUGA SESUATU KEJUTAN YANG TAK PERNAH SAYA DENGAR DIMILIKI ATM. SHABAS PANGLIMA ATM. TUAN BERJAYA MENGEMBALIKAN MARUAH ATM DAN PASUKAN KESELAMATAN.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tuanpunya BLOG yang menaikan semangat. Nasib baik abang dah tak layak masuk sojar kalau tak dulu lagi dah register. Apapun SYABAS buat KPN dan PAT atas elemen kejutan keatas musuh!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...