Nik Aziz Tahu Ke Wanita Mengandung 8 Bulan Ni Dipenjara 8 Bulan Di Negeri Kerajaan Bulan

KOTA BHARU - Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan dihukum penjara lapan bulan oleh mahkamah majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan memiliki pelbagai jenis dadah tahun lalu.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Norhasliza Muhamad, 30, mengaku bersalah bagi kesemua tuduhan iaitu dua daripadanya memiliki pil kuda, satu tuduhan memiliki heroin, satu tuduhan lagi memiliki Nimetazepam dan satu tuduhan lain memiliki ganja.

Norhasliza dari Kampung Guchil, Jalan Bayam itu didakwa melakukan kesemua tuduhan terbabit pada 2 September tahun lalu jam 6.45 petang bersama tiga lelaki lain yang tidak mempunyai hubungan dengannya di sebuah rumah di Jalan Pondok Pasir Tumboh, Kampung Machang, Limbat di sini.

Manakala, dua daripadanya iaitu Tuan Mohd Azharaf Tuan Jaafar, 27, dan Mohammad Nuriman Hafiz Roslan, 25, mengaku tidak bersalah manakala seorang lagi, Tuan Affendi Tuan Jaafar, 36 tidak hadir ke mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa memiliki pil kuda seberat 0.17 gram (g), kedua didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.12 g, ketiga pula secara bersama-sama didakwa miliki pil kuda seberat 0.19 g.

Seterusnya pertuduhan keempat pula didakwa memiliki dadah jenis kanabis (ganja) seberat 2.18 g manakala untuk pertuduhan kelima mereka didakwa memiliki Nimetazepam seberat 0.01 g.

Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) kecuali pertuduhan keempat didakwa mengikut Seksyen 6 ADB.

Seksyen 12(2) memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih lima tahun manakala Seksyen 6 memperuntukkan denda tidak lebih daripada RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Limbat dan menahan tiga lelaki bersama seorang wanita yang berada di ruang tamu rumah. Hasil pemeriksaan polis menjumpai dadah terbabit.

Ketika prosiding Norhasliza yang hadir tanpa peguam itu meminta mahkamah mengenakan hukuman yang ringan terhadapnya.

Kemudiannya Nik Habri menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bagi kesemua pertuduhan dan diarahkan berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh tangkapan.

“Saya mempertimbangkan anak kamu yang dalam kandungan, saya jatuhkan hukuman penjara lapan bulan sahaja kepada kamu. Saya harap kamu menyesal dan tidak buat lagi, Kalau selepas ini buat lagi tidak ada gunanya,” katanya.
Sama je apa yang berlaku dengan negeri yang ada disko, kedai judi dsbnya ni apa ke halnya? Takder pusat maksiat tu baguslah, tapi itu tak bermakna kerajaan negeri boleh mengabaikan tanggungjawab dalam membangunkan negeri dengan menarik pelabur datang melabur ke Kelantan sekaligus dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Apapun fikir-fikirkanlah, Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. Kan pentaksub PAS kata Kelantan bebas Dosa,cuma BN je yg nak bawak maksiat ke Kelantan!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...