Nik Aziz Mula Kalut, Sifatkan Ketua Cwngn Pas Tanding Tiket Bebas Sebagai Kerja Jahanam

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mulai 'kalut' setelah Ketua Pas cawangan Guchil Hulu, Kuala Krai, Muhamad Bustaman Yaacob menawarkan diri untuk bertanding tiket bebas pada PRU13 nanti.

Menurut Nik Aziz tindakan itu boleh memecahbelahkan pembangkang kerana menentang calon dari PKR, di samping calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dun itu.

"Kalau orang sini tanding Bebas, DAP jugak akan tanding Bebas kalau dia tak setuju bagi kerusi kepada orang Pas. Kawasan yang diberi kepada Pas tapi DAP tak setuju maka dia bertanding Bebas. Tak jahanam habis.

"Kerusi bagi kepada Pas tapi DAP tak setuju. Apa erti kita berjemaah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Pulau Melaka di sini.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan tindakan Muhamad Bustaman itu kerana tidak puas hati dengan Adun Guchil ketika ini, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria yang dikatakan gagal menepati semangat Pakatan Rakyat.

Muhamad Bustaman dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas ramai anggota Pas di peringkat akar umbi yang mahukan dia bertanding dalam situasi di Dun itu ketika ini.

Tindakan Muhamad Bustaman itu dilihat sebagai pergolakan gabungan itu terutama di Kelantan yang kini kian serius sehingga Pas dilaporkan akan melakukan Bai'ah (aku janji) agar penyokong parti itu tidak berpaling tadah untuk mengundi selain calon Pas, PKR dan DAP.

Pada pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff menang di Dun Guchil apabila menewaskan calon BN Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dengan majoriti 1,000 undi.

Dun Guchil merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi PKR di Kelantan daripada keseluruhan 45 kerusi Dun.

Sementara itu Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Minda Pondok yang dianggotai seramai 18 guru pondok di Kelantan yang mendakwa menjadi satu dosa bagi umat Islam mengundi Pas pada pilihan raya umum akan datang, supaya memberi dalil dan hujah yang bernas.

"Saya pun boleh kata jugak haram sokong Umno, wajib sokong Pas. Cakap boleh tapi biar ada hujah. Kalau cakap depan ALLAH hujah yang boleh diterima," katanya.

Semalam Minda Pondok itu mendakwa adalah berdosa bagi umat Islam memberi undi kepada Pas pada pilihan raya umum itu kerana konsep 'tahaluf siyasi' (muafakat politik) antara PKR dan DAP tidak berpaksikan kepada kehendak Islam terutama dalam perkara membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah. - Bernama

6 comments:

  1. PADAN MUKA KAU NIK AZIZ..BARU KAU KALUT..SOMBONG & ANGKUH LAGI..KAU JE YG BETUL..PENDAPAT ORG LAIN KAU TAK NAK DENGAR..PRU13 NI BERKUBUR LA PAS DLM MALAYSIA NI..KERANA MEMPERGUNAKAN AGAMA ISLAM UTK KEPENTINGAN POLITIK..AMIN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://bn4wangsamaju.blogspot.com/2013/03/anwar-pengamal-homoseksual.html?showComment=1364721847097#c1961120319627177345

      padan muko jugok untuk nik ajis dan pentaksub nik ajis yg masih dok ccayo nik ajis tu ulamak sedang nik ajih sebenar ulllaaaaaarmaaaaakkk, mengaji agama pun tak habis, tak malu suruh org gelar dia tok guru, sepatutnya pakat panggil tok gundu atau tok garu (tergaru2 )je sbb masih dok sokong nuar juborrrrrr

      Delete
  2. tak puas2 lagi engcow duk mengutuk Tok Guru? engcow ni islam ker @ separuh islam? benci yg amat kpd seorang manusia yg bersungguh ingin menegakkan islam di bumi kelantan & malaysia...engcow ni tak suka islam ker???Agak2 siapa yg lebih di sayangi ALLAH MAHA AGUNG antara engcow/blogger ni @ TGH nik aziz yg engcow duk kutuk tu....ALLAH yg maha mengetahui segalanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam utk ko iluvislam. perbandingan apa yg ko buat bagi melunakkan pendapat ko bahawa nik aziz adalah pejuang islam? pejuang islam akan tetap bertahan walau sampai hujung nyawa jika kalimah Allah ingin dipermain-mainkan oleh penganut agama lain. pejuang islam akan melaksanakan semua janji yg telah dipersetujui sebagai manifesto sebelum pilihanraya jika memenanginya. dalam konteks ini, mana hudud? mana pelaksanaan hukum islam seluruhnya di kelantan? adakah kerana manusia lain (spt yg didakwa - baca kerajaan persekutuan), maka pejuang islam itu jadi penakut, terkecut telur? bukankah menegakkan islam sampai mati itu adalah dambaan pejuang islam? sedarlah ko wahai iluvislam, nik aziz, hj hadi dan sebahagian besar pemimpin pas sebenarnya adalah PEJUANG KUASA yang berpura-pura islamik semata-mata.

      Delete
    2. setuju sesangat dgn usin, iluvislam dah jd penyokong iluvsetan(syiah sekali)

      Delete
  3. Bukan engcow tapi guanengcow

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...