Hairie Nak Jual Burung Tiong Yang Boleh Dilatih Untuk Berdebat Dengan Anwar

Sesiapa yang minat dengan burung Tiong Mas boleh pm aktivis terpinggir Hairie Othman, iklan dia nak jual ni belum lagi dipadamkan, dan besar kemungkinan belum dijual lagi, katanya harga RM700 sekali dengan lesen, burung ni bagus untuk dibela kerana mudah diajar untuk bercakap, bila dah pandai bercakap nanti bolehlah dihantar untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim, mungkin burung ni boleh layan apa yang Anwar nak bahaskan, blackout ke, dakwat kekal tak berapa nak kekal ke, tiada masalah.

Bagaimanapun tidak salah jika ada mana-mana pihak yang berminat untuk membantu membeli burung tersebut memandangkan kenyataan yang dibuat Hairie beberapa hari lalu dimana majikannya (Pas) telah mungkir janji dan sudah tidak lagi menggunakan khidmat beliau. Atas sebab itu beliau terpaksa keluar berkerja dan meninggalkan burung berkenaan kesepian tiada penjaga.

Memetik kenyataan yang dibuat Hairie berhubung status perkidmatannya dengan Pas, beliau berkata, sebagai ketua keluarga, dia mempunyai tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti membeli keperluan dapur, bayar ansuran kereta dan sebagainya.

"Saya pelik sebaik selesai PRU 13, Pakatan Rakyat tidak lagi hubungi saya, padahal mereka diberi mandat memerintah, Kelantan, Selangor dan Pulau pinang".

"Saya berharap kerajaan Pakatan Rakyat perlu mengotakan segala janjinya sepanjang berkempen dahulu untuk membantu rakyat dan memberi peluang pekerjaan kepada saya mengedalikan apa jua program kerajaan di Selangor''.

Tambah beliau, senang cerita, kerajaan Pakatan Rakyat perlu beri beliau peluang menjalankan apa-apa projek seperti tender potong rumput atau apa saja kerja yang boleh mendatangkan punca pendapatan.

Menurut Hairie, beliau mengambil keputusan menyertai PAS kerana amat yakin Pakatan Rakyat mampu menumbangkan Barisan Nasional pada PRU13 lalu. Namun tidak berlaku seperti mana dijangkakan. BN masih diberi mandat memerintah.

"Harapan saya cuma minta kerajaan Pakatan Rakyat berikan sesuatu job pada saya,''

Katanya, sewaktu berkempen beliau tidak mendapat tidur secukupnya demi membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila mereka sudah menang dan berjaya membentuk tiga kerajaan negeri di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, diri saya seolah-olah tidak dipedulikan lagi,''.

6 comments:

  1. Hahaha.. Izinkan aku gelak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang gelak sekali boleh. Dulu cakap Muhyiddin dah nak dibacakan YASSIN, Najib dah NAZAK. Rais dah YATIM. sekarang siapa nazak? jangan dok hina orang... nasib kita belum tentu lagi. TAKBIR

      Delete
  2. Mcm tu ke cara mntk kerja?kami ni pun rakyat jgk nak dpt kerja usaha cari ke sana sini.pi interview kdg2 x lps.bkn senang.alih2 dia ni blh merayu rayu plk mntk job pakai air liur je.

    Rileks la.kau jual dulu apa yg ada.dah habis semua br cari kerja.semua org pernah rasa susah.br kita tau bersyukur bl dah senang kelak.

    ReplyDelete
  3. Hahaha lawok koi der

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...