Punca Analisis Jamil JAKIM Tak Jumpa Babi Dalam Coklat Cadbury

Ramai dikalangan masyarakat mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengambil masa 3 bulan untuk mendedahkan hasil ujian yang dilakukan keatas produk Cadbury  yang didakwa dicemari dengan DNA babi. Tambah malang apabila pihak JAKIM sendiri turut sama mempertikaikannya.

1. Keputusan ujian dikeluarkan pada Februari, tapi kenapa Mei baru dihebahkan?
- soalan ini sebenarnya perlu diajukan kepada KKM. KENAPA DI'BOCOR'KAN PADA MEI? malah sepanjang tempoh Februari hingga Mei, langsung tiada penjelasan yang dibuat oleh KKM kepada JAKIM. Salah siapa? Pihak JAKIM menegaskan jika Februari isu ini timbul, maka Februari lah tindakan diambil. 

Pelbagai tohmahan dilontarkan terhadap kementerian berkenaan yang dianggap sebagai kurang sensitif dan cuba menyembunyikan maklumat hasil dari ujian yang dilakukan keatas produk Cadbury. Kerana rata-rata mereka memahami bahawa tarikh 27 Februari adalah tarikh produk berkenaan disahkan mengandungi DNA babi sedangkan tarikh tersebut adalah tarikh terima untuk dianalisis dan tarikh sebenar keputusan ujian ialah pada 21 Mei.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, "Tarikh 27 February ialah tarikh mula analysis. Analysis mengambil masa termasuk verifikasi dan pengesahan maklumat. Sample yang di uji di jalankan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) di Sg Buloh. Analysis melibatkan sampling, sub sampling, extraction and analysis by instrumentation dan pengesahan yang menyeluruh untuk pastikan kesahihan keputusan. Keputusan ujian dan keputusan mutlak hanya di terima pada 21st May 2014".
Melihat kepada proses analisis serta masa yang diambil sebelum pengesahan yang menyeluruh bagi memastikan kesahihan keputusan, dapat difahami dimana KKM begitu teliti dalam perkara ini kerana ia melibatkan maruah umat Islam disamping kredibiliti syarikat dan juga JAKIM. 

Mustahil analisis yang dilakukan oleh KKM  bersifat cacar marba, kerana apabila hasil ujian yang bertentangan dengan apa yang diistiharkan Cadbury dan berHALALkan JAKIM, sudah pasti KKM tidak mengambil mudah sebaliknya akan melipatgandakan ketelitian analisis sebelum membuat pengesahan dengan hasil ujian tersebut.

Apapun syabas kepada KKM yang tidak mudah melatah dalam mendepani isu ini, setakat ini dapat dilihat pihak KKM lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa sedikitpun cuba menunding jari kepada mana-mana pihak malah lebih bertoleransi dan tidak terkeluar dari bidang kuasanya.

Sebaliknya dipihak satu lagi iaitu JAKIM 'amil zakat' pula lebih kepada kenyataan 'auta' berbelit-belit bersandarkan kepada mantik 'ketum' yang cuba mengajar itik berenang. Perkara itu merujuk kepada FB pihak JAKIM dimana pihak JAKIM seolah-olah cuba mengajar doktor mengenai DNA.

"DNA; satu bentuk zarah yang bersaiz 0.01 NANO liter. mampu merebak semudah sentuhan atau melalui udara.. antara perpindahan DNA yg logik berlaku (baca: kes cadbury)
1. salah seorang pekerjanya pergi ke pasaraya dan kebetulan melalui kawasan pemprosesan daging babi, menyebabkan bajunya dihinggapi DNA babi yg berterbangan.
2. melalui peralatan yang digunakan semasa memproses contohnya sarung tangan, apron, mesin pembungkus dsbg.
3. DNA yg melekat peralatan yg digunakan oleh KKM ketika melakukan ujian. Allahua'lam
"

Kenapa logo halal boleh diluluskan kepada Cadbury?
- Diingatkan sekali lagi, ini hanyalah satu isu pencemaran yang mungkin boleh berlaku diluar kilang dan di kedai2.

Dengan kenyataan seperti itu apakah pihak JAKIM beranggapan doktor atau penyelidik yang berada dalam KKM sebodoh pegawai yang berada dalam JAKIM ? Wajarkah analisis satu minggu nak pertikai ketelitian analisis tiga bulan ? Wajarkah sample analisis yang diambil dari kilang nak pertikai sample yang diambil secara rambang dari produk yang telah dipasarkan ?

Apakah JAKIM ingat KKM bangang seperti mereka untuk mengesahkan hasil ujian dengan tidak mengambil kira hal-hal sebagaimana yang ditimbulkan oleh pihak JAKIM itu ? Apakah KKM tidak punyai pengalaman dalam analisis seperti ini dan analisis keatas produk Cadbury itu adalah satu analisis sulung KKM ?

Pihak JAKIM sebaiknya tidak perlu mempersoalkan atau menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan KKM didalam bidangnya. Sepertimana KKM yang langsung tidak menyentuh soal halal haram sebaliknya merujuk isu ini kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Pencemaran yang mungkin boleh berlaku diluar kilang dan di kedai2 ? Namun tidak dijelaskan pencemaran yang bagaimana boleh berlaku, adakah pencemaran boleh berlaku kerana pembungkus yang bocor, takkanlah perkara-perkara seperti ini tidak diambil kira oleh KKM sebelum mengesahkannya.

Tapi bagaimana pula dengan sample yang diambil terus dari kilang dimana pihak Cadbury mempunyai masa untuk bersiap sedia menunggu ketibaan pihak JAKIM sekaligus hanya menyediakan ramuan yang dibenarkan.

Kesimpulannya tak boleh pakai punya JAKIM. Anda Mampu Mengubahnya.

'DNA peliwat  soheh tanpa ragu'

1 comment:

  1. JAKIM mabuk ketum ni. Seminggu analisis dipikirkan bebula bulan. Semua mabuk ketum. Tepis songkok bnyk daun ketum tu. Babi dah dihalalkan jakim.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...