@Khairykj Ni Nak Jadi Jaguh Pada Si Kafir Pulak Ke ?

Menteri segala kementerian, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa keputusan Kabinet pada tahun 2009 masih lagi digunapakai - bahawa penukaran agama anak bawah umur secara sepihak tidak boleh dilakukan.

"Pendirian Kabinet, pada masa itu, seperti juga sekarang dalam isu hak jagaan dibangkitkan kerana penukaran agama. Kita perlu hormati agama asal ibu bapa berkenaan ketika mereka berkahwin," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, isu bersabit perlembagaan persekutuan berhubung perkara ini masih dalam pertimbangan, katanya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam yang berkata penukaran agama sepihak itu selari dengan peruntukan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Pemikiran pemimpin Umno seperti KJ langsung tidak menguntungkan Melayu mahupun Islam, itu perlu disedari oleh ahli Umno jika mahu parti umno terus kekal relevan dan menjadi parti pilihan utama orang Melayu beragama Islam.

Sudah menjadi habitat semulajadi KJ selaku menteri segala kementerian untuk mengeluarkan kenyataan bersifat populis, bagaimanapun bila timbulnya isu yang melibatkan kaum dan agama, KJ sering memilih untuk tidak berpihak kepada Melayu dan juga Islam malah lebih berminat untuk mempertahankan kafir seolah-olah takhta yang diduduki beliau sekarang ini anugerah oleh orang-orang kafir buatnya.

Biarpun alasan yang dangkal lagi bebal dan bercanggah dengan perlembagaan, KJ lebih selesa untuk berpihak kepada kafir.

"Kita perlu hormati agama asal ibu bapa berkenaan ketika mereka berkahwin" - KJ

Konkritkah alasan berkenaan ? Membelakangkan perlembagaan demi perkahwinan kafir !!! Membelakangkan Islam agama rasmi demi agama asal si kafir ? Adakah agama asal ketika mereka berkahwin lebih tinggi dari perlembagaan negara ? Beginikah caranya pemimpin Umno mendukung dasar-dasar yang telah termaktub dan dipersetujui oleh orang-orang terdahulu lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan agama ?

Sepatutnya perkasakan lagi dasar sediaada bukannya merombak dasar yang telah wujud! Pemimpin LEMBIK seperti KJ patut dihumban kedalam jamban, asal saja didesak oleh kafir, semua perkara nak diberi, penakut seperti ini langsung tak layak nak wakili bangsa pahlawan!

Mengambil contoh isu yang timbul sebelum ini KJ turut senada dengan suara pimpinan pembangkang DAP apabila mengingatkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar tidak mengabaikan tugas polis dalam menjunjung kedaulatan undang-undang.

Beliau mengingatkan perkara itu susulan kenyataan Khalid yang mahu mengambil "jalan tengah" dalam kes perebutan hak jagaan anak melibatkan pertembungan kes di mahkamah syariah dan sivil.

"Bagi saya, sebagai ketua Pemuda BN, agensi penguatkuasa mesti menjunjung kedaulatan undang-undang, terutamanya apabila ia jelas," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Kenyataan yang dibuat KJ itu seolah-olah beliau tidak sedar dimana bumi yang dipijak, campurtangan KJ itu jelas melangkaui bidang kuasanya dan beliau terlalu jahil dalam memahami apa yang telah diamalkan oleh PDRM bila berdepan isu perebutan anak tidak kiralah pasangan itu melibatkan mualaf dengan bukan Islam atau kedua-dua pasangan berkenaan beragama Islam.

Apakah KJ ingin memperlihatkan bahawa Menteri yang berkaitan polis ini sebagai tidak berfungsi atau gagal didalam melaksanakan tugasnya sehingga mendesak beliau untuk mengcampurinya ?

Sebagai seorang Menteri yang mewakili kerajaan memerintah, KJ seharusnya lebih reti berkaitan bidangkuasa pihak polis sebelum memberikan sebarang pendapat, apatah lagi pendapat yang boleh menjejaskan kredibiliti PDRM sebagai salah satu agensi yang menjunjung kedaulatan undang-undang.

Sedangkan jika diimbau kembali antara contoh yang pernah berlaku melibatkan kes perebutan anak sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian pada 2012 lalu, dimana ia terbukti bahawa pihak polis turut tidak campurtangan sekalipun melibatkan pasangan Islam. Jadi langsung tidak timbul soal polis tidak bertindak disebabkan ibu hindu dan bapa Islam.

Jika KJ dan kafir punyai bukti PDRM mengamalkan 'double standard' atau hanya tidak bertindak apabila melibatkan mualaf dengan ibu hindu, sila tampilkan bukti, dan diatas semangat 1Malaysia kita sama-sama mendesak KPN untuk mengambil tindakkan atau mendesak KPN meletakkan jawatan.

Jika sebaliknya, KJ adalah lebih baik u SHUT UP REALLY SHUT UP !!! Anda Mampu Mengubahnya.

KUALA LIPIS - “Hidup saya kini merana apabila bekas isteri membawa lari anak kedua kami, Muhammad Zulkhairi, 6, yang sepatutnya di bawah jagaan saya sejak enam bulan lalu,”

Itulah rintihan Asrulmulah Dorok @ Abdullah, 31, bapa kanak-kanak yang dilarikan bekas isterinya, Nur Khuzaimah Abd Jalil, 28.

Asrulmulah berkata, dia berkahwin dengan Nur Khuzaimah pada 2005 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada Februari 2009.

“Setelah bercerai, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor mengeluarkan perintah agar anak sulung, Nurnadia Zulaikha, 7, diberikan hak penjagaan kepada bekas isteri manakala saya mendapat hak penjagaan anak kedua, Muhammad Zulkhairi. “Kami juga diberikan hak lawatan pada hujung minggu dan perlu menghantar pulang anak tersebut pada jam yang ditetapkan,” katanya, di sini, semalam.

Asrulmulah berkata, pada Oktober tahun lalu, dia menyerahkan Muhammad Zulkhairi kepada bekas isterinya untuk hak melawat dan bermalam bersama namun Nur Khuzaimah tidak menyerahkan kembali anak kedua mereka kepada Asrulmulah.

“Saya kemudiannya membuat laporan polis selain turut mencari mereka di rumah bekas isteri di Batu Caves, Selangor namun kami dimaklumkan mereka telah berpindah ke tempat lain,” katanya.

Berlaku perselisihan faham
Asrulmulah berkata, pada pagi 6 Mei lalu, ketika dia bersama isterinya, Haryati Namli, 27, sedang dalam perjalanan ke Kelantan, mereka singgah di rumah keluarga Asrulmulah di Felda Chegar Perah dan mendapati bekas isteri bersama kedua-dua anaknya berada di sana.

“Saya cuba memegang Muhammad Zulkhairi namun berlaku sedikit perselisihan faham antara saya dan bekas isteri,” katanya.

Asrulmulah berkata, dia kemudiannya ditenangkan ahli keluarga dan beberapa penduduk kampung yang datang ke rumah keluarganya.

“Kira-kira jam 5 petang, saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk diambil keterangan selain turut mengemukakan dokumen, laporan dan perjanjian hak jagaan yang dikeluarkan mahkamah,” katanya.

Asrulmulah berkata, namun begitu, kira-kira jam 8 malam dia mendapati ahli keluarga bekas isterinya membawa kedua-dua anak mereka ke dalam kereta dan memecut pergi dari IPD.

“Saya kemudiannya cuba mendapatkan penjelasan polis dan menerangkan hak penjagaan anak diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam namun gagal. “Polis turut menyatakan bahawa mereka tidak ada kuasa dalam kes berkenaan dan meminta kami merujuk semula ke mahkamah,” katanya.

Polis tiada hak putuskan penjagaan anak
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, pihaknya tidak ada hak untuk merampas Muhammad Zulkhairi dari Nur Khuzaimah untuk diserah­kan kepada Asrulmulah.

“Sekiranya wujud masalah ­seperti ini, pengadu (Asrulmulah) sepatutnya merujuk kes berkenaan di mahkamah dan menunjukkan surat hak pen­jagaan anak mereka. “Mahkamah akan mengeluarkan satu perintah hak penjagaan anak bagi menyelesaikan masalah mereka. Seandainya bekas isteri pengadu ­masih gagal memberikan kerjasama, dia boleh dikenakan denda kerana ingkar arahan mahkamah,” katanya.

Abdul Razak berkata, ketika di ­rumah keluarga Asrulmulah di Felda Chegar Perah, berlaku pergaduhan kecil hingga menyebabkan kecederaan kepada bekas isterinya.

“Pihak polis turut akan ­mendakwa Asrulmulah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatang­kan kecederaan kepada bekas ­isterinya,” katanya.

Abdul Razak berkata, masalah seperti itu seharusnya diselesaikan dengan cara lebih berhemah dan memerlukan kerjasama dari kedua belah pihak.

“Sikap bertolak ansur perlu ada bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Kita tidak mahu hanya ­dengan kejadian seperti ini menimbulkan masalah kepada pihak lain selain turut memberi kesan negatif ­kepada anak-anak,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...