Video - Saya Diberi 'Warning' Jangan Sebut Pasal Hukum Hudud - Ustaz Kazim

'Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati'
Hampir sebulan saya diuji dengan menderita sakit didalam perut, biarpun sudah tiga kali dikejarkan ke hospital, namun doktor masih gagal mengesan penyakit apa.

Pada tahun 1999 lalu saya pernah kena operate kerana 'appendiks', faktor genetik juga saya percayai mempengaruhi penyakit yang sedang dialami.

Biarpun dalam keadaan menahan perit kesakitan yang amat, perjuangan tetap diteruskan dan saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi dari apa yang saya temui ketika menghadapi kesakitan ini kerana saya fikir ia cukup berharga buat seorang muslim lebih-lebih lagi muslim yang menyokong Parti Islam SeMalaysia (PAS).

'Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya'
Atas sebab itu mungkin antara faktor yang menginginkan saya mendengar kuliah Ustaz Kazim yang tajuknya langsung tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya bertajuk 'Disaat Kematian' yang di-upload pada 10 Ogos 2011 lalu.

Selain yang disampaikan itu berkait dengan kematian, Ustaz Kazim turut menyelitkan beberapa perkara yang juga berkaitan dengan Islam termasuk parti yang dikatakan memperjuangkan Islam.

Menurut Ustaz Kazim, sikap sebenar orang Melayu dahulu adalah bersopan, tapi sekarang walau seagama dan sebangsa pun tidak lagi bersopan, sebaliknya bersopan pula dengan orang kafir, sangat tunduk dan hormat pada orang kafir kerana menyangka kemenangan itu diberikan oleh orang kafir. Sedangkan hakikatnya Allah yang memberikan kemenangannya itu.

Tambah beliau, sekarang ni Ulamak (ulamak politik) sudah tidak lagi merujuk sesuatu (hukum) itu dengan Al-Quran dan Hadis, sebaliknya merujuk kepada rakan komponen.

"Saya diberi 'warning' dalam ceramah saya, ustaz jangan sebut hukum hudud, sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap hukum hudud dalam ceramah ustaz, nanti menjauhkan orang bukan Islam menyokong kita". Katanya.

Kesimpulan dari apa yang beliau sampaikan, sedarlah kepada kita akan duduk perkara yang sebenarnya. Sangat malang kalau pemimpin parti yang didakwa memperjuangkan Islam tidak bergantung kepada Allah malah kebergantungannya lebih kepada manusia.

Harus diingat, makhluk hanyalah menjadi penyebab, yang menentukan adalah Allah, sebagai contoh saya yang sedang sakit, ubat hanyalah tawakkal dan penyebab, yang menentukan  sembuh atau tidak adalah Allah, kalau ubat yang menyembuhkan, maka tidak ada orang yang akan sakit dan mati, terutamanya orang kaya, kerana orang kaya boleh beli ubat yang mahal lagi terbaik.

Menjadi iktibar buat kita sebagai hambaNya, dalam apa saja perkara bergantunglah kepada Allah, yakinlah dengan sebenar-benarnya bahawa tidak akan berlaku sesuatu itu tanpa izin Allah. Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. bukan tidak percaya bahawa kemenangan iru Allah yang beri tapi sebab mereka percaya langkah mereka adalah langkah Allah. Mereka percaya mereka dah 'alim sangat hingga terasa setiap langkah mereka adalah gerak hati dari Allah. Selagi mereka tidak dapat teguran direct dari Allah melalui mimpi dsb, mereka percaya tindakan mereka adalah betul di mata Allah dan dapat redha Allah.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...