Showing posts with label Pulau Melaka. Show all posts
Showing posts with label Pulau Melaka. Show all posts

Video - Goyang Gerudi Pulau Melaka, Kelantan Boleh !

Dari catatan lalu - Keruntuhan akhlak dikalangan muda-mudi di Kelantan begitu membimbangkan, dimana adegan-adegan ranjang secara terbuka bebas di lakukan, hal itu diantaranya berlaku di beberapa buah deretan kedai makan disebelah jambatan Pulau Melaka yang terletak kurang 1 kilometer dari rumah Mentei Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut salah seorang peniaga kedai terbabit yang sempat ditanya tentang darimana datangnya remaja-remaja itu, peniaga berkenaan merenung panjang kearah kami sebelum menjawab "Ado belako dik, ado student, ado hok tidok student, mace-mace".

Dari pengamatan kami kepada respon pemilik kedai makan itu, kami mendapati ia juga kurang senang dengan aksi-aksi ranjang yang dilakukan oleh remaja-remaja berkenaan, namun apakan dayanya, cuma mencari rezeki disebuah bumi yang agak terhad punca rezekinya.

Kami tidak menyalahkan pemilik kedai makan tersebut, kami faham akan situasi sebenar yang dihadapi oleh mereka, diatas tanggungjawab sosial kami menyeru kepada pihak berkuasa supaya memantau kawasan ini dimana keberlakuannya bakal mengundang bala dari Allah SWT disamping mencemarkan bumi yang dijulang dibawah kepimpinan Ularmak.

Keadaan ini difahamkan berlaku setiap malam bermula seawal jam 11 malam dengan pasangan dan kumpulan yang silih berganti, ketika tinjauan kami secara tidak sengaja yaitu sehingga jam 2.30 pagi, berahi masih rancak memberahikan, malah sewaktu kami ingin meninggalkan tempat itu, terdapat dua kumpulan remaja bercampur lelaki perempuan sekitar 8 orang yang baru sampai untuk melabuhkan tirai malamnya disitu sekaligus turut memberatkan langkah kaki kami meninggalkan suasana yang pasti menyedapkan pandangan setiap mata yang bernafsu. Anda Mampu Mengubahnya.

'Amal Makruf Nahi Mungkar'

Adegan Berahi Jam 2.30 Pagi, Jambatan Berhampiran Rumah Nik Aziz

Keruntuhan akhlak dikalangan muda-mudi di Kelantan begitu membimbangkan, dimana adegan-adegan ranjang secara terbuka bebas di lakukan, hal itu berlaku di beberapa buah deretan kedai makan disebelah jambatan Pulau Melaka yang terletak kurang 1 kilometer dari rumah Mentei Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut salah seorang peniaga kedai terbabit yang sempat ditanya tentang darimana datangnya remaja-remaja itu, peniaga berkenaan merenung panjang kearah kami sebelum menjawab "Ado belako dik, ado student, ado hok tidok student, mace-mace".

Dari pengamatan kami kepada respon pemilik kedai makan itu, kami mendapati ia juga kurang senang dengan aksi-aksi ranjang yang dilakukan oleh remaja-remaja berkenaan, namun apakan dayanya, cuma mencari rezeki disebuah bumi yang agak terhad punca rezekinya.

Kami tidak menyalahkan pemilik kedai makan tersebut, kami faham akan situasi sebenar yang dihadapi oleh mereka, diatas tanggungjawab sosial kami menyeru kepada pihak berkuasa supaya memantau kawasan ini dimana keberlakuannya bakal mengundang bala dari Allah SWT disamping mencemarkan bumi yang dijulang dibawah kepimpinan Ularmak.

Bagaimanapun aksi ranjang itu juga sempat kami rakamkan, namun visualnya kurang memuaskan dan mungkin akan disunting terlebih dahulu jika difikirkan ianya perlu untuk didedahkan kepada umum. Antara aksi berahi sambil menghisap 'shisha' yang beraksi spontan semalam adalah seperti 'gotam pelam', 'damkap setomkol', 'comolot', 'compipi' serta beberapa aksi ringan yang lain.

Keadaan ini difahamkan berlaku setiap malam bermula seawal jam 11 malam dengan pasangan dan kumpulan yang silih berganti, ketika tinjauan kami secara tidak sengaja semalam yaitu sampai jam 2.30 pagi, berahi masih rancak memberahikan, malah sewaktu kami ingin meninggalkan tempat itu, terdapat dua kumpulan remaja bercampur lelaki perempuan sekitar 8 orang yang baru sampai untuk melabuhkan tirai malamnya disitu sekaligus turut memberatkan langkah kaki kami meninggalkan suasana yang pasti menyedapkan setiap mata yang bernafsu.

Namun kami tetap menggagahkan diri untuk berlalu pergi, kerana kehadiran kami disitu hanyalah menyinggah setelah dianiayai oleh penyonglap bersiri yang setiap harinya auta dengan janji 'budak' lepas sehari, lusa, lepas lusa, lusa yang bersifat memperbodohkan orang, bila diajak berembas!!!auta!!!. Ish...ish...ish. Anda Mampu Mengubahnya.

Nik Aziz Sembunyikan Kematian Pelajar Sekolahnya Yang Maut Ketika Menjalankan Kerja Parti

KOTA BHARU - Kerana politik manusia sanggup menjadi haiwan, kebenaran sanggup diselindungkan, yang hak sanggup dibatilkan, Islam sanggup dipertaruhkan, budak sekolah sanggup dipergunakan, kononnya menjadi sukarelawan sehingga maut dalam kemalangan, namun tidak ada sebarang ucapan penghargaan, semuanya hanya kerana politik ajaran syaitan...

Pada 13 November lalu, Sinar Harian melaporkan seorang sukarelawan Muktamar Tahunan Pas ke-58 maut di tempat kejadian apabila mangsa melambung selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh Proton Waja di Panchor, Pengkalan Chepa di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, motosikal ditunggangi Muhammad Hakim Mat Jid, 15, dari Kemumin dipercayai dipandu laju dan gagal dikawal sebelum terbabas dan merempuh kereta yang dipandu Wan Hassan Wan Ismail, 50.

Mangsa yang juga merupakan pelajar Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka maut di tempat kejadian dipercayai cedera teruk di bahagian kepala.

Rakannya, Zafri Ahmad, 15, berkata, sebelum kejadian mangsa menaiki motosikal secara berkumpulan dengannya dalam perjalanan pulang ke asrama selepas selesai membuat persiapan muktamar di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Menurutnya, dia menyedari kejadian menimpa Hakim setelah berpatah balik ke Jalan Kemumin untuk mencarinya apabila mendapati mangsa tidak berada dalam kumpulan sama selepas kira-kira beberapa minit menunggu di jambatan Pak Nik Lah.

“Setelah lama menunggu saya mengambil keputusan untuk mencarinya dan saya terkejut apabila sampai di tempat kejadian saya melihat tubuh Hakim terbaring kaku, “katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, kejadian berlaku di Jalan Panchor berhampiran Jambatan Pok Nik Lah, Kampung Petani, Sering melibatkan motosikal jenis Wave dan Proton Waja.

Katanya, mangsa dipercayai cuba memotong di garisan berkembar dan masuk ke laluan bertentangan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.
 
Berita ini nampaknya tidak popular, tidak ada seorangpun pemimpin Pas membuat ucapan takziah atau mengumumkan dan mengajak seluruh penyokong Pas dan umat Islam sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Kenyataan media mahupun wall FB Nik Aziz sendiri pun langsung tidak menyentuh perkara ini, sepatutnya Nik Aziz perlu bertanggungjawab kerana membenarkan sukarelawan dibawah umur menjalankan kerja-kerja parti sehingga menyebabkan ianya terkorban, dimana tanggungjawab Nik Aziz dan pimpinan Pas ?

Kita tidak ingin membangkitkan hal arwah yang telah meninggal, namun dimana letaknya keadilan ? Menggunakan pelajar melakukan kerja parti ? Pelajar dari sekolah yang dinaungi oleh Nik Aziz, tapi kenapa semua pemimpin Pas bisu mengenai hal ini...
 
Islam disalahgunakan, pelajar disalahgunakan, Stadium disalahgunakan, Wang Tabung Memali disalahgunakan, masjid disalahgunakan, hukum hakam disalahgunakan, segala-galanya diambil kesempatan untuk disalahgunakan demi kepentingan politik

Itulah sikap sebenar Pas, demi kepentingan politik segalanya akan disembunyikan, dan jika tanya Nik Aziz mengenai hal ini berkemungkinan Nik Aziz tidak mengaku bahawa arwah adalah sukarelawan Pas sebaliknya seperti biasa kematian itu akan disalahkan kepada Umno kerana menolak Islam. Anda Mampu Mengubahnya.
Al-Fatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...