Showing posts with label Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Show all posts
Showing posts with label Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Show all posts

Video - Membongkar Akhlak Sebenar Habib Syech Ya Ha Nana & Kesesatan Tarikat Al-Haqqani @JakimOfficial @dsjamilkhir

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK),  Prof Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin beberapa hari lalu memberitahu media setakat ini pihaknya belum dapat memastikan penglibatan Ya Ha Nana Habib Syech Abdul Qodir Assegaf dengan kumpulan ajaran sesat Tariqat Naqsyabandiah Al-Haqqani.

Menurut beliau, tidak ada fakta yang boleh mengaitkan Habib Syech, setakat gambar bersama kumpulan itu tidak cukup untuk menuduh ianya terlibat dengan kumpulan ajaran sesat tersebut.

"Sehingga sekarang ini kita tidak dapat pasti apakah benar-benar ada hubungan, kita tak nak bagi perkara-perkara yang tidak ada kita buat kajian yang sepenuhnya sama ada betul atau tidak, hubungan Habib Syeh dan Syeikh Hisham tidak ada kaitan ditemui setakat ini".

Penglibatan Habib Syech dengan Tarekat Naqsyabandiah tidak dapat dinafikan lagi, kehadiran Habib ketika peristiwa yang mengzahirkan kesesatan Tariqat Naqsyabandiah dan meraikan pengumuman Syeikh Hisham Kabbani bahawa saat beliau berdiri, Rasulullah hadir dari langit sebelah timur bersama para aulia dan ribuan malaikat. (rujuk video dibawah)

Selain itu, penyertaan Habib Syech dalam program Tariqat Naqsyabandiah bukan perkara asing, lebih-lebih lagi pada program yang turut dihadiri oleh Syeikh Hisham Kabbani. 

Menguatkan lagi dakwaan tanpa sebarang keraguan, dimana Habib Syech yang sering dijemput untuk Ya Ha Nana di Putrajaya dan seluruh Negara itu merupakan ahli kumpulan Tariqat Naqsyabandiah, ia dapat disahkan menerusi bukti rakaman video beliau mengambil ijazah Thariqat dan bai'ah dengan Syeikh Hisham Kabbani yaitu pemimpin kanan Tariqat Naqsyabandiah Al-Haqqani.

Pihak  berkuasa seperti JAKIM atau Majlis Fatwa Kebangsaan perlulah tegas menyiasat dan mengambil tindakkan tanpa sebarang kompromi atau tunduk pada mana-mana pihak yang berkemungkinan menjadi dalang dibelakang kumpulan ajaran sesat ini.

Melihat kepada garis panduan bagi mengadakan program yang diperakukan oleh JAKIM, ia tertakluk dibawah perkara 8 (a) dan (b) sebagaimana nyata terlampir dibawah, umat Islam mengharapkan pihak berwajib dapat berfungsi sebagaimana yang diamanahkan, ancaman kepada umat Islam tidak patut dipandang enteng sementelah ajaran sesat atau bercanggah ini sudah meresapi kebahagian dalam Istana dan pusat pentadbiran negara. Anda Mampu Mengubahnya.
"Jangan pernah ada rasa takut menegakkan kebenaran Islam sekalipun Maharaja Firaun yang akan kita berdepan"

Video - Sheikh Ya Hanana Puja Kubur Berba'ah Tariqat Naqsyabandiah Yg Difatwakan Haram Tapi Dijemput Ber-Hanana @JakimOfficial @dsjamilkhir @NajibRazak

Apakah penangan Ya Hanana telah mengaburi kesesatan kumpulan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani yang difatwakan HARAM oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 3 Apr 2000 kerana bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam?.

Mungkin ajaran Syiah pun lepas ni menggunakan pendekatan dakwah secara Ya Hanana. Benar tidak nampak ada apa yang salah dengan lirik lagu Ya Hanana, bahkan ia diminati oleh keseluruhan masyarakat dan diterima ramai.

Namun strategi seperti itu sudah biasa digunakan, sesetengah kumpulan ajaran sesat pada awalnya tidak nampak kesesatan mereka, namun penyelewengan akan dilakukan secara halus tanpa disedari dan lama kelamaan kita umat Islam akan terpengaruh dan turut mengikuti ajaran mereka.

Sungguh malang Ya Hanana ini hanyalah senjata atau pendekatan dakwah kumpulan yang difatwakan haram yang cuba menyebarkan ajarannya secara halus,
Wasatiyyah VS Ya Hanana Tariqat Naqsyabandiah

Bertambah lagi malang bilamana pihak kerajaan yang sering digembar-gemburkan mempratikkan Islam berkonsepkan Wasatiyyah juga tidak terkecuali dari mengalu-alukan dan menjemput ahli kumpulan ini untuk bersama umat Islam dalam aktiviti ber-Ya Hanana yang diadakan secara besar-besaran.

Timbul persoalan pada kita bilamana kumpulan yang telah difatwakan HARAM, boleh dijemput ke program agama yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi negara 1Malaysia dan puluhan ribu umat Islam ?

Adakah ada individu tertentu yang berpengaruh berada dibelakang kumpulan ini?, jika tidak masakan pihak JAKIM atau pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dan memperakukan garis panduan (rujuk lampiran dibawah) boleh pejam mata tanpa mengambil sebarang tindakan ?
Soal melibatkan akidah umat Islam, pihak bertanggungjawab tidak seharusnya berkompromi, tidak kiralah sebesar manapun ORANG atau makhluk yang mendokong kumpulan tersebut, tindakan tegas WAJIB diambil demi akidah umat Islam agar terus terpelihara dan tidak terpesong.

Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai oleh mufti setiap negeri, alim ulamak, proffesional dan perundangan Islam adalah pihak yang bertanggungjawab dalam memfatwakan sesuatu hukum, apabila Majlis Fatwa memutuskan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani sebagai HARAM, mengapa golongan yang mendakwa mengamalkan Islam berkonsepkan wasatiyyah masih terhegeh-hegeh menagih Ya Hanana dari ahli kumpulan tariqat ini.

Kurang maklumatkah ? Hal ekonomi pun... ? Hal agama pun.... ? Hal bangsa...? lecehlah....!!!

Apapun, sebelum umat Islam beransur-ansur 'lara' dan terjebak ke langkah yang keseterusnya mungkin joget atau disko Ya Hanana, memuja kubur dsbnya, atau  secara meluas dihidangkan dengan lawak dimana Nabi Adam turun di Gunung Jerai Kedah, angka 13 yang keramat dsbnya, hal ini perlu dibendung.




 
 ???????????????????????????????????????????????????????????????????=
 
Kepada pengikut kumpulan berkaitan yang merasa marah ekoran dakwaan dengan bukti yang dilampirkan, nasihat saya agar mematuhi saranan Majlis Fatwa supaya anda segera bertaubat dan kembali kepangkal jalan, tak usahlah nak buat amalan pelik-pelik ni, kembali kepada ajaran Islam sebenar, nak berqasidah ke apa ke tak perlulah nak berjoget-joget, sekalipun tak haram ia juga bukanlah sunnah, dikhuatiri bila sudah lelah berjoget pelbagai amalan lain pula yang akan muncul atau akan diada-adakan.

Kita boleh terima perbezaan pendapat malah tidak kekok untuk kita raikannya, tapi bilamana perbezaan pendapat itu sudah jauh menyimpang ia bukan lagi perbezaan pendapat tetapi sudah bercanggahan.

Selain pengharaman oleh Majlis Fatwa dan amalan yang menyalahi amalan kebiasaan umat Islam dinegara ini, kesesatannya dikuatkan lagi dengan penampilan akhlak anak kepada Sheikh Nazim yaitu Sheikh Bahaudin yang juga merupakan pemimpin kanan kumpulan tersebut malah akan mewakili Sheikh Nazim ke majlis-majlis yang tidak dapat dihadiri oleh bapanya.

Dengan itu seluruh umat Islam khasnya golongan atasan yang mendakwa mengamalkan Islam berkonsepkan Wasatiyyah perlulah peka akan hal tersebut dan tidak pula cenderung untuk mempraktikkan ajaran yang sangat jelas bercanggah dengan Islam ini. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...