Showing posts with label mca. Show all posts
Showing posts with label mca. Show all posts

Video - Debat Isu Talam Anjuran MCA Berlaku Kekecohan Khalid Tak Datang

Debat antara  Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertukar kecoh apabila Khalid tidak hadir sebaliknya menghantar 4 orang wakil yaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Selayang William Leong dan Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin.

Lain yang diundang lain pula yang datang, hantar wakil 4 orang nak berdebat dengan Tee Yong seorang, setelah hampir 30 minit menantikan kehadiran Khalid, mereka bertindak keluar dewan.

Debat berhubung isu penstrukturan semula hutang Talam Corp anjuran MCA Bandar Tun Razak, yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa,  Bandar Tun Razak di sini.

Tee Yong enggan berdebat dengan wakil yang dihantar oleh Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Pihak Tee Yong menegaskan mereka ingin berdebat dengan Menteri Besar Selangor sendiri.

Sebaik sahaja Tee Yong selesai memberikan penerangan kepada tetamu yang hadir, beliau dikerumuni pemberita dan ditanya berkenaan dengan wakil PR meninggalkan dewan.

"Saya tak tahu kenapa, mungkin mereka telah bertukar fikiran," ujar Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis.

Apabila ditanya tentang kekecohan yang berlaku ketika wakil PR keluar dewan, katanya: "Saya merasakan keadaan yang tidak terkawal itu telah dijangka berlaku kerana bila pengerusi majlis menyentuh tentang isu kain rentang dibuang, disimbah cat merah dan dikoyakkan, mereka mula membuat bising, namun angkara siapa, saya tidak tahu."

Terdahulu Pua, Dzulkefly dan Leong telah mencabar Tee Yong untuk berdebat dengan mereka pada Ahad ini di Labis, Johor untuk mengeluarkan hujah yang sama berkenaan dengan Talam.

Menjawab cabaran itu, Tee Yong berkata: "Debat di Labis, saya akan melihat siapa yang hadir... sekiranya MB (Khalid Ibrahim) datang, semestinya saya akan berada di sana."

Isu kontroversi ini mendapat perhatian ramai susulan daripada PKR mendakwa MCA memutar belit fakta dengan menuduh Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu Talam bagi menutup penyelewengan dan rasuah dilakukan bersama Umno sehingga ribuan ekar tanah dan berjuta-juta ringgit milik rakyat telah hangus.

Wajib Baca - Siapa Kafir Harbi ? Karpal (DAP) Atau Chua (MCA) Pembuktian Jelas Dua Kenyataan

 Pengerusi DAP
Karpal Singh - Sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.

Karpal Singh -  Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

Karpal Singh -  "Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan,"

Karpal Singh -   Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal Singh -   Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

Karpal Singh -  "Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin,"

Karpal Singh -  "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

Karpal Singh - "Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan,"

Kenyataan Karpal Singh (DAP) diatas jelas memperlihatkan penentangan terhadap Islam berlandaskan agama ataupun TUHAN yang mereka percaya. Jadi isunya adalah isu kepercayaan terhadap agama mereka. Diulangi isunya adalah isu kepercayaan terhadap agama mereka.

Penentangan terhadap Islam oleh DAP disebabkan mereka percaya terhadap agama mereka dan ingin memartabatkan atau menaikkan agama mereka seterusnya memperlekehkan agama Islam dan menjatuhkan agama Islam.
Presiden MCA

Presiden MCA - Hudud yang dilaksanakan oleh Pas, adalah hudud Pas.

Presiden MCA - “Saya tidak akan bercakap sesuatu yang saya tidak faham, itu adalah perkara yang tidak adil,” katanya.

Presiden MCA - MCA tetap menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini, kerana khuatir ia tidak adil kepada orang bukan Islam.

Presiden MCA - Beliau mempersoalkan sejauh mana keyakinan Pas dalam memberi jaminan keadilan hukuman  kepada orang bukan Islam, sekiranya undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Presiden MCA - “Walaupun, mereka katakan, orang bukan Islam tidak terlibat apabila dilaksanakan hudud, apakah bentuk hukuman sekiranya berlaku jenayah yang dilakukan kumpulan atau pasangan orang bukan Islam dengan orang Islam ?

Presiden MCA - “Bagaimana sekiranya berlaku kejadian rogol oleh lelaki Islam terhadap wanita bukan Islam. Apa hukuman yang akan dilaksanakan?

Presiden MCA - Adakah rakyat boleh hidup dalam situasi sebegini, kerana setiap hari ia akan berterusan menjadi isu.

Presiden MCA - Adalah tidak benar, apabila Pas katakan hudud yang akan dilaksanakan mereka, tiada kaitan dengan orang bukan Islam.

Presiden MCA - “Sekiranya negara ini mengamalkan hudud Pas, kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa akan terjejas, usaha menarik pelaburan luar akan menurun dan akan memberi kesan kepada semua orang, bukan sahaja Islam  kerana dari segi hukuman hudud itu, ditakrifkan sebagai melanggar hak asasi manusia,”

Presiden MCA - Menurutnya, isu hudud ini bukan dimainkan oleh mana-mana pihak kerana pemimpin Pas sering mengatakan itu adalah perjuangan mereka seperti yang termaktub dalam perlembagaan mereka. (Ayat ini pun mengelirukan)

Presiden MCA -“Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan bahawa, hudud adalah tanggungjawab agama yang ditunaikan bukannya agenda politik.

Presiden MCA - “Bagaimanapun, orang bukan Islam agak terganggu apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut, kerana ia membawa impak yang besar kepada masyarakat, negara dan orang bukan Islam sekiranya dilaksanakan.

Kesimpulannya.
Adapun Chua Soi Lek (MCA) hanya menolak perlaksanaan hukum hudud dan bukan menentang agama Islam berdasarkan kepercayaan pada agama mereka, hujah MCA lebih kepada kesangsian mengenai keadilan terhadap orang bukan Islam bukan bercirikan kepercayaan terhadap agama.

Kita mesti fahami dasar dan hujah penolakan ini, kenapa DAP tolak Hudud ? Kerana agama mereka, mereka lebih percaya pada agama dan tuhan mereka tanpa mereka sedar bumi mana yang mereka PIJAK....

Kenyataan Karpal (DAP) juga memperlihatkan tidak ada sebarang tolak ansur terhadap perlaksanaan hukum hudud, apa jua alasan untuk laksanakan hudud  tidak akan diterima oleh DAP .

Kenyataan Chua Soi Lek (MCA) pula masih ada ruang tolak ansur berdasarkan kenyataan "Beliau mempersoalkan sejauh mana keyakinan Pas dalam memberi jaminan keadilan hukuman  kepada orang bukan Islam, sekiranya undang-undang Islam itu dilaksanakan".

Jika Pas boleh bagi jaminan dan penjelasan kepada MCA mengenai keadilan hukuman terhadap orang bukan Islam, MCA mungkin boleh terima hukum Hudud ini, dan penolakan MCA terhadap hudud hanyalah disebabkan kekhuatiran mereka terhadap keadilan keatas orang bukan Islam dan langsung tidak mengaitkannya dengan kepercayaan agama mereka. Maknanya masih ada tolak ansur dan HARAM untuk umat Islam memusuhi mereka.

Namun kenyataan angkuh Karpal (DAP) berhujahkan "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan,"

Belum jelas lagikah kita dengan agenda DAP kafir harbi laknatullah ini ? Membangkitkan unsur keagamaan dan kepercayaan mereka  terhadap kita umat Islam di bumi kita orang Islam. Allahuakbar,  !!! Mu extreme dengan agama mu, aku extreme dengan agama aku, mu percaya dengan agamamu, aku lebih percaya dengan agama aku, jangan terlalu mencabar kesabaran orang Islam dengan kebiadapan terhadap agama Islam, kelak mayatmu sungguh aku langkah.

“Muhammad Rasulallah dan orang yang bersama dengannya, bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (ummat Islam).” (Q.S. al-Fath: 29).

Kita boleh berbaik dengan MCA bukan kerana dia bersama UMNO,  kita  baik dengan mereka kerana mereka menghormati kita orang Islam, Islam bukan  agama pelampau, tapi kita ada pendirian kepada agama, kita tidak akan hanya memandang terhadap cubaan menghina agama Islam dan mengangkat agama mereka dengan menjatuhkan agama Islam. 

Isu agama ini tidak akan timbul sekiranya Karpal Singh cacat itu tidak terlebih dahulu membangkitkannya, umat Islam jangan terpedaya dengan melihat pendirian tegas Karpal kepada kepercayaan agamanya untuk percaya agamanya adalah benar, kerana itu cara dakwah mereka dengan memperlihatkan keyakinan mereka kepada agama mereka dan memperlihatkan 'keteraburan' keyakinan Pas terhadap Islam.

Islam bukan berpaksi diatas Pas, Islam berpaksi diatas Islam yang berpandukan Al-Quran dan Hadis, Islam konsisten dengan segala hukum hakamnya. jangan melihat Islam itu buruk kerana keburukan Pas, Pas bukan wakil kepada Islam, Pas tidak ada kena mengena langsung dengan Islam, tiada satupun ayat didalam Al-Quran menyebut perkataan Pas sebagai pejuang atau wakil kepada Islam. Anda Mampu Mengubahnya...

"Salam JIHAD pada Karpal Singh 'Over My Dead Body' "

"Belarok nok gi makan gulai, Karpal Singh nok gi jugok marilah....."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...