Showing posts with label ragut. Show all posts
Showing posts with label ragut. Show all posts

Dah Lebih 10 Kali Berlaku Nik Aziz Nak Tunggu Apa Lagi !!!

KOTA BHARU - Penduduk di Jalan Sri Cemerlang, di sini, khuatir dengan kejadian ragut yang kerap kali berlaku di kawasan terbabit sehingga menimbulkan ketakutan kepada mereka lebih-lebih lagi menjelang waktu tengah malam.

Seorang penyewa rumah di kawasan itu, Chai Chee Mun, 46, berkata, kejadian terbaru berlaku di hadapan matanya dua hari lalu, apabila seorang pelajar di sebuah kolej berdekatan diragut ketika menunggang motosikal kira-kita jam 11 malam.

“Namun tindakan pelajar terbabit yang menerpa masuk ke dalam pagar rumah sewa yang saya duduki bersama rakan-rakan menyelamatkannya dari kejadian itu.

“Kami cuba bertindak mengejar seorang pemuda yang juga menaiki motosikal selepas gagal meragut mangsa, namun lelaki itu berjaya melarikan diri apabila dia memecut laju motosikal yang ditunggangnya itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Chee Mun berkata, beliau bimbang dengan keadaan berkenaan memandangkan kawasan susur masuk ke laluan terbabit agak suram dan gelap akibat pencahayaan lampu yang malap.

“Pernah perkara ini diajukan kepada pihak berkenaan namun tiada tindakan diambil dan keadaan jalan yang gelap menjadi sasaran peragut di kawasan ini.

“Apa yang kami harapkan sebagai penduduk di sini supaya pihak berkuasa dapat melakukan pemantauan berkala bagi menangani situasi ini memandangkan ia sudah melibatkan lebih 10 kes,” katanya.

Menurutnya, pemantauan segera perlu dilakukan bagi menangani situasi itu dari terus berlaku dan melibatkan lebih ramai lagi menjadi mangsa.

Sehubungan itu, Che Mun berharap pihak berkuasa dapat menjalankan tindakan proaktif berhubung masalah itu yang membelenggu penduduk di kawasan terbabit sejak lebih setahun lalu.
 
Apa punya kerajaan, terapkan nilai-nilai Islam pun gagal sehingga meningkatnya kadar jenayah, dan sediakan infrstruktur yang sempurna pun gagal sehingga memberikan suasana yang tidak selesa kepada rakyat melainkan keselesaan kepada penjenayah. Teruk sungguh jenayah kerajaan Pas Kelantan ni.

Nik Aziz Tak Tahu Jenayah Telah Meningkat Di Kelantan

Jenayah yang kian meningkat di Kelantan sekarang ini membimbangkan banyak pihak, jenayah yang berpunca dari pengambilan dadah jenis pil kuda oleh sebahagian besar remaja dinegeri ini telah mencatatkan kes kecurian motosikal yang tertinggi tahun ini yaitu sebanyak 1,926 kes 

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, mahu orang ramai meningkatkan kerjasama dengan anggota polis bagi membantu menangani kes terbabit.

Beliau berkata, tanpa kerjasama orang ramai amat sukar bagi polis untuk bertindak yang bukan sahaja kes kecurian motosikal, tetapi kes jenayah yang lain termasuk pecah rumah, ragut dan rompak.

“Kita tahu sejak kebelakangan ini penjenayah semakin ganas dan bertindak kejam yang bukan sahaja ke atas mangsa, malah anggota polis yang menjalankan pemeriksaan keselamatan,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya mengambil pelbagai pendekatan bagi mendapat bantuan orang ramai dalam menangani kes ini termasuk ronda bersama SRS.

“Kita benar-benar mengharapkan SRS boleh membantu menangani gejala itu, tetapi perlu saya ingatkan mereka jangan bertindak memukul suspek dan serah segera kepada polis,” katanya.

Kes yang meningkat itu pasti mencetuskan kemarahan banyak pihak oleh sebab itu juga Timbalan Ketua Polis mengingatkan supaya masyarakat jangan bertindak memukul suspek sebaliknya terus menyerahkan kepada pihak polis.

Justeru itu bertaubatlah penjenayah sekalian, sepandai-pandai tupai melompat tak der seeokor pun yang belum lagi jatuh ketanah, itu adalah pasti cuma cepat ataupun lambat sahaja, kejahatan mencuri yang menyusahkan orang ramai ini sepatutnya tidak berlaku di negeri berkebajikan dengan 'bajet rohani', tapi mungkin Nik Aziz tak tahu, kalau Nik Aziz tahu makin kuat dia merapu dan menyalahkan Umno semata-mata.

Jika penjenayah itu tertangkap oleh orang ramai, maka peluang untuk dia hidup adalah 50/50, Gk sendiri pernah melihat seorang suspek yang tertangkap lalu dipukul oleh orang ramai sehingga longlai dan hampir k.o, ketika dipukul suspek sempat merayu dan berkata "Tulonglah sakit Abe.., seroh kito ko polis lah", namun orang ramai tak peduli dan terus balun sehinggalah pihak polis sampai. Rupanya sakit dipukul polis lebih sakit lagi jika dipukul oleh orang ramai.

Bagaimanapun tidak seharusnya kita menyalahkan masyarakat yang memukul penjenayah dengan sedemikian rupa, kerana penjenayah sendiri yang tidak kasihankan diri dia, kalau jahat sangat nak buat jenayah jangan nak ragut, mencuri atau merompak orang kebiasaan, pergi samun orang yang kaya-kaya macam Nik Aziz tu, mereka banyak duit boleh claim insurance, ini langsung tidak fikir, pergi samun orang tua, wanita apa ke jadahnya, lepas tu macam mana tak mampus dibalun orang.

Masyarakat harus peka dalam menangani jenayah, penjenayah boleh bertindak dengan kejam sehingga sanggup membunuh, bulan lalu berlaku di Pasir Puteh seorang nenek disamun dan dibunuh oleh anak saudaranya sendiri, semuanya berlaku kerana kegagalan kerajaan negeri untuk menarik pelabur asing sekaligus menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat, akibat dari itu kebanyakkan remaja cenderung untuk memilih kerjaya menyamun, untuk menyamun perlu berhati kering, dan untuk berhati kering kebanyakkan mereka dinasihatkan rakan sejenayah untuk mengambil dadah.

Seterusnya pengambilan dadah itu menjadi satu ketagihan yang memaksa mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah setiap hari, apakah dengan pekerjaan yang halal mampu menanggung dadah mereka ?, ianya pasti sudah terlambat, untuk mengubah keadaan ini tidak ada cara lain melainkan memilih pemimpin yang tidak hanya pandai bercakap, tetapi mampu untuk memberi keselesaan kepada rakyat, dengan cara itu jugalah syiar Islam dapat berkembang dan ditegakkan dengan sempurna. Anda Mampu Mengubahnya.
Rakaman video dibawah buat renungan bersama dan peringatan kepada penjenayah.

Video Peragut TumPas Dijolok Punggung


Video dibawah pula kes ragut yang berlaku di Kelantan, apa yang dapat didengar daripada suspek adalah " Anak saya kecil lagi, saya takder kerja, anak saya takder makan nak susu, minta tolong ", Sungguhpun begitu adakah kerjanya nak meragut ? Meragut ni membahayakan nyawa orang lain, kasihankanlah orang lain sebelum meminta dikasihankan, dan kalau tak der kerja kena tanya Nik Aziz lah apa yang beliau buat selama lebih 20 tahun di Kelantan...... Anda Mampu Mengubahnya....

"Kerja meragut boleh membunuh dan juga terbunuh"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...