Video - Husam Dedah Individu Untung RM30 Juta Jual Projek Jambatan Kedua Sultan Yahya

Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Husam Musa membangkitkan mengenai kelewatan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dengan mengaitkan kelewatannya berpunca daripada individu yang mendapat projek itu meraih keuntungan 'atas angin' menerusi penjualan kelulusan projek berkenaan.

Tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkan Husam berkata, "Jawapan yang diberi oleh rakan saya SU kerjaraya, dimana projek ini diberi secara 'negotiated tender' pada satu syarikat, keuntungan yang diperolehi oleh orang perseorangan itu yang disebut dalam pasaran RM30 juta... kerana dia jual kelulusan itu".

Husam turut mendakwa, wang RM30 juta itu hanya dinikmati oleh seorang individu sahaja, sedangkan dengan  RM30 juta itu ianya sudah mampu untuk menyiapkan beberapa jalan. Kenyataan itu dibuat ketika sidang dewan mulia DUN Kelantan pada bulan lalu.

Mungkin kerana  faktor masa, dakwaan Husam itu tidak dicelah oleh mana-mana wakil rakyat daripada BN, namun dakwaan Husam itu dilihat tidak ada asas yang kukuh untuk dipercayai, Husam juga tidak berani untuk menamakan individu yang terlibat. Jika ia bukan hanya persepsi, kenapa tidak diperincikan maklumat salahlaku berkait projek tersebut ataupun melaporkannya kepada SPRM sebagaimana cadangan MP Kubang Kerian Salahuddin Ayub pada Ogos tahun lalu..

Sebelum ini Audit melaporkan kos pembinaan jambatan kedua Sultan Yahya Petra meningkat sebanyak RM34.76 juta daripada kos asal yang bernilai RM143 juta sejak diluluskan di bawah Rancangan Malaysian Ke-9 pada 2007 lalu.

Dalam laporan Audit menyatakan peningkatan didapati berpunca daripada kegagalan Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. dan RIS Capital Sdn. Bhd. yang telah dilantik secara rundingan terus oleh agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) menyiapkan projek tersebut mengikut jadual yang sepatutnya disiapkan pada Disember 2009 lalu.

Projek pembinaan jambatan ini kemudiaannya telah diserah kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd pada bulan Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan yang gagal disiapkan menerusi persetujuan pihak JKR.

Meskipun kontraktor tersebut telah ditukar, laporan audit negara mendapati kontraktor baru juga masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan sehinggakan 4 Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos 2012 diluluskan.

Jumlah keseluruhan projek ketika ini adalah RM177.76 (peningkatan sebanyak 24.3 peratus) dengan mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan.

Bagaimanapun laporan audit negara turut mendapati masalah kelewatan dan peningkatan kos itu turut berpunca daripada reka bentuk sistem cerucuk yang mengambil masa sehingga 2 tahun untuk diselesaikan. Anda Mampu Mengubahnya.

Isshhh, jangan bising! SPRM nak tidur, Isu Lembah Sireh tutup kes, kerajaan Pas Kelantan bersih, tiada bukti untuk disabitkan...Syabas BN makin hari makin keselesaan...

5 comments:

  1. Orang SPRM kat Kelantan orang kampung sendiri... sebarang isu akan di spin dan di benamkan,.. teknikal error.. tak ada kes... tutup... Sepatutnya sebarang isu dilaporkan ke SPRM, perlu lantik orang luar kawasan untuk ambil kes... baru tak ada personal interest...

    ReplyDelete
  2. husam niaga kambing pon rogi.... ada kredible ke...alahaii

    ReplyDelete
  3. mohon maaf, mohon kepastian, ini projek kerajaan persekutuan ke negeri?

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...