ZAM Cadang DAP Sertai BN Ganti MCA

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menyarankan DAP supaya menyertai Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kerajaan Malaysia diwakili kaum Cina.

Katanya langkah itu memang sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara.

"Memang sukar untuk DAP menawarkan diri dan sukar juga untuk kerajaan BN menerimanya, tetapi hal ini harus dilihat dari segi hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melangkah ke arah national reconciliation setelah negara dilanda Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai kejatian diri Malaysia," katanya dalam blognya Zamkata.

Katanya orang Cina yang kini berada dalam euphoria kemenangan belum dapat kesakitannya (tidak diwakili dalam kerajaan), tetapi dalam jangka masa yang tidak panjang, mereka akan menyedari kesilapan besar yang telah dilakukan (menolak BN enbloc).

BN memenangi 133 kerusi, pakatan rakyat 89 dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu. Najib mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Isnin lalu dengan ketiadaan wakil kaum Cina dalam kabinetnya yang bakal dibentuk.

Ini kerana pucuk pimpinan MCA, yang memenangi tujuh daripada 37 kerusi ditandingi parti komponen BN itu, memutuskan tidak mahu menganggotai jemaah menteri baharu Najib.

Sebuah lagi parti dominan kaum Cina dalam BN, Gerakan juga ditolak pengundi Cina dengan hanya memenangi satu kerusi Dewan Rakyat.

Zainuddin berkata: "Masyarakat Cina yang mengharapkan penghapusan kerajaan dominan Melayu BN telah dihadiahkan oleh DAP dengan sebuah kerajaan tanpa orang Cina."

Justeru DAP sedang menghadapi tekanan amat berat daripada masyarakat Cina yang kecewa untuk mendapat perubahan kerajaan seperti yang diyakinkan kepada mereka oleh penasihatnya, Lim Kit Siang, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.

"Maka itu kita dapat melihat keadaan mereka berdua seperti cacing kepanasan setelah mencapai kemenangan besar yang tidak mencecah Putrajaya.

"Dan kerana itu mereka mahu kembali ke jalan raya untuk menutup kegagalan mereka dan mengelirukan pengikut-pengikut terhadap pembohongan dan penipuan mereka dengan menuding jari ke pihak lain," katanya.

Katanya jalan terbuka bagi DAP untuk menenangkan kemarahan masyarakat Cina kepadanya ialah dengan menawarkan penyertaan DAP dalam kerajaan, kerana ia parti yang mewakili orang Cina Malaysia sekarang yang terbukti dengan keupayaannya mendapat 38 kerusi berbanding MCA hanya 7 kerusi.

Zainuddin berkata untuk menyelamatkan maruahnya, DAP tentunya memerlukan sokongan daripada masyarakat Cina untuk membuat tawaran kepada kerajaan.

"Dan tentunya sikap mereka yang pragmatik, materialistik dan realisitik memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang sesuai dengan kepentingan orang Cina," tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, halangan terbesar ialah PKR yang pastinya sama sekali tidak dapat menyertai jemaah menteri baharu kerana kepimpinannya menghadapi rayuan kes tuduhan meliwat yang belum selesai.

Katanya DAP harus menimbang untung rugi berada di luar kerajaan berbanding jika DAP berada dalam kerajaan untuk jangka masa lima tahun akan datang.

Antara faktor yang DAP dan BN perlu ambil kira ialah jurang politik yang wujud jika kedua-dua pihak terus bertegang di atas dasar masing-masing yang sudah tidak sezaman dengan Nasionalisme Malaysia Baharu.

Jika Pas sanggup mengorbankan dasar negara Islamnya untuk bekerjasama dengan DAP, maka tentunya DAP dan BN juga dapat mengambil langkah yang dinamik dalam politik, ujarnya.

"Kedua-dua pihak mestilah sanggup untuk bertolak ansur dan mengorbankan prinsip keras masing-masing yang sudah tidak praktikal dan lapuk untuk disesuaikan dengan cita rasa generasi baharu Malaysia," katanya.

Katanya jika DAP dapat bekerjasama dengan Pas yang langsung tidak mempunyai persamaan nilai agama, ekonomi dan sosial, maka tentunya lebih mudah untuk bekerjasama dengan BN yang liberal tanpa ideologi yang keras.- Bernama
 
Kahkahkahkahkah - Demi perpaduan Melayu dan Islam elok juga cadangan bekas Pak Menteri tu, nanti sama-sama jilat DAP, habis kalau DAP duk dalam BN, bagaimana dengan label rasis, komunis dsbnya tu, dengan sendirinya akan hilang ke ? Baik punya idea...

22 comments:

  1. mengarutlan tan sri ni....

    ReplyDelete
  2. aku lebih rela PAS sertai BN... kalau DAP sertai BN, sumpah aku nak keluar UMNO..

    ReplyDelete
  3. Tan Sri Zam jgn ingat umno milik segelintir. Rasanya kebanyakkan kalau tidak semua, ahli2 umno tidak akan merelakan parti BN menerima dap. Zam boleh lupa penghinaan dap kpd org melayu tp tidak org umno. Jika dah ketagih sgt dgn dap, zam blh sertai mereka sebab kami tak menghalang malah mengalu-alukan perginya org yg melahirkan ide2 kurang cerdik ni. Org2 umno mementingkan tali persaudaraan islam dari memikirkan utk berhubung dgn chauvinis cina ini.

    ReplyDelete
  4. Benda ni tak akan selesai. Klu DAP masuk BN, nanti satu group mesti keluar tubuh parti DAP baru. Lepas tu berpecah lagi. Jln terbaik,BN kena buat sekatan ekonomi kat Selangor, Kelantan, dan Penang.

    ReplyDelete
  5. ZAM ingin menanggung biawak hidup.
    DAP anti Islam.
    DAP hanya menguasai 38 kerusi.

    Kenapa perlu bergabung dengan DAP?

    Lawak ZAM ni...
    Bekas YB yang gila kuasa rupanya.

    ReplyDelete
  6. Ape punya pemikiran la. Nak senang je. Mcm pengundi yang nak hapuskan tol, hapuskan PTPTN dll... MCA x nak joint kabinet sebab nak kasi rasa orang cina tanpa wakil mereka dalam kerajaan. Nak panggil pula DAP? buat serabut je.

    Boleh x aku cadangkan kat Tan Sri ni supaya dia pun join PAS / PKR? Boleh bersama-sama DAP berjuang!. Sudah2lah berfikiran mcm tu Tan Sri. Sekarang ni masyarakat cina bagi la apa pun, belum tentu dia akan bagi sokongan. Biarkan je mereka. Harap DS Najib lebih menjaga hati pengundi BN dan kurangkan melebih-lebihkan masyarakan cina (mengabaikan mereka secara total akan menyebabkan ianya lebih parah).

    ReplyDelete
  7. Anwar Dajjal dah tipu rakyat terutama penyokong dan orang Cina secara besar-besaran. Kononnya PR akan perintah negara selepas PRU13. Bila kalah, dia ‘cover’ dengan pelbagai kaedah supaya tak nampak menipu. Dah banyak kali menipu pun ramai yang masih percaya. Aku tak pernah tengok masyarakat Cina kena tipu secara besar-besaran seperti dalam PRU kali ini. Sekarang orang Cina dah masuk lubang besar lagi dalam. Macam mana agaknya orang Cina nak buat U Turn???

    Bagi aku, kes ‘Tsunami Cina’ ini adalah satu penipuan paling klasik yang dibuat oleh Anwar Dajjal. Ia akan tercatit dalam sejarah selamanya…

    PRU 12 Anwar Dajjal tipu INDIA, PRU 13 Anwar Dajjal kelentong CINA pulak!!!

    -Taufan-

    ReplyDelete
  8. Separa Cina separa Melayu5/08/2013 8:21 PM

    Dlm sistem demokrasi, majoriti berkuasa lbh, tanpa menafikan hak kumpulan kumpulan lain. UMNO dan DAP harus terima hakikat DAP skrg parti terbesar Cina dan UMNO pula parti terbesar Melayu dan Melayu lbh dr Cina. Dlm BN sikap kompromi dan toleransi adalah terasnya. How to deal, up to the leaders. Buangkan dendam lama, buangkan kebanggaan warisan silam, bersikap terbukalah. Tiada yg untung bila berbalah.

    ReplyDelete
  9. Tk perlu masuk bn..dap akan lebih senang musnahkan melayu dan kerajaan sb dah tkda lg rahsia kerajaan yg tk perlu diketahui oleh cina..cadangan yg baik tetapi bukan utk dap tetapi utuk pas sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. ZAM ni menulis lepas bangun tidur kot.

    Adala lebeh elok kalau PAS bergabung dengan UMNO (BN) dalam memperkasakan kedudukan ugama bangsa dan negara kita.

    Rasanya nasih ada lagi personaliti2 yang bolih diterima olih kedua2 pihak yang dengan cepat memulakan rundingan ekoran keputusan PRU13.

    Mungkin dengan gabongan PAS/UMNO bolih menyelamatkan kita dan keturunan kita

    ReplyDelete
  11. minta maafla ye..saya penyokong tegar umno dr kecik lg..begitu juga keturunan ku..tidak sekali kali menerima dap..perjuangannya hanya boleh dibaca dgn mata tersirat.penuh dgn agenda untuk menyahkan org melayu dr bumi malaysia..kalau dap bergabung dgn bn,sememangnya aku akan keluar dr umno,tak sanggup nak bersetongkol dgn dap.huhh

    wlupun ideologi politik berbeza dgn pas,kita semua masih berkawan baik kalau luar dr konteks politik..kalau bergabung lagi baguskan..kenapa dap..???no..no..no..noo..

    ReplyDelete
  12. ahaaha.. Idea paling tak masuk akal... Tak perlu rasanya.. Lebih baik kita bersatu dengan saudara seislam kita.. Cina tetap diberi layanan yang adil selaras dengan perlembagaan dan hak mereka sbg warga Malaysia..

    ReplyDelete
  13. Bodoh punya idea ... Kalau DAP dapat 133 dan BN 38 ...adakah DAP akan ajak BN untuk bentuk kerajaan persekutuan ... ?

    ReplyDelete
  14. cadangan tan sri yg bodoh,,

    ReplyDelete
  15. kalau tan sri cadangkan pas masok umno,,,ok le juga,,,ini dap,,puihhh

    ReplyDelete
  16. Imposible......tengnn....teng...belakon bole lah beb.CIna tetap. tongsan mali ma.cer pergi Sinpapork ADAKAH mereka berkongsi dengan MELAYU???

    ReplyDelete
  17. Maaf kalau cakap... tapi ini satu contoh melayu islam y xsedar diri..... tp nak wat cana, dia bekas menteri.... melayu UMNO bukan takut pada 'pembangkang' , tapi takut pada DAP... N andai 'diberi pilihan', pertembungan UMNO dan PAS, siapa y akan menang... terima la hakikat, ramai pemimpin UMNO da hanyut terlalu jauh setelah sekian lama UMNO berkuasa... Ini amat menyesakkan penyokong UMNO sendiri mcm aku... tapi nak wat cana, kita tiada pilihan kerana DAP bersama PAS

    ReplyDelete
  18. ko masuk DAP je lah zainudin maidin...ingt ni umno bapak ko punya ker....dh puas dihina dikeji dicaci ko nak ajak parti rasis ni masuk BN....ko ada apa2 kepentingan ker dgn dap ni.....

    ReplyDelete
  19. PARTI UMNO DAN DAP IBARAT AIR DAN MINYAK TIDAK BOLIH BERCAMPUR JANGAN LAH KITA MENGHARAP AIR HUJAN NAIK KELANGIT SEDANGKAN PARTI KEDUA TERBESAR PAS PUN KITA BOLIH SATUKAN INIKAN PULA PARTI YG BETUL ANTI ISLAM/ MELAYU SEJAK AZALI LAGI HASRAT TU JANGAN LAH DISEBUT LAGI CUKUP LAH APA YG DIBUAT PADA ORG MELAYU PADA 13 MEI 69.

    ReplyDelete
  20. Mengarut la. Macam mtk Zionis bergabung dgn Palestin. Dari gabung dgn Dap baik 'downgrade' MCA ke jawatan Tim Menteri je dan sorang Cina Sabah/Sarawak (rasa Cina Sabah je menang Parlimen kan ?)

    ReplyDelete
  21. aku sokong zam ni...very good idea..hiduupp umno!!!!!!

    ReplyDelete
  22. mca sama jer dgn dap tu sama2 cina bro.....ape citer??

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...