Video - Anwar Dedah Pemimpin PR Bakal Melompat Lagi, Himpunan 'Blackout' Terhenti

Dakwaan tidak konsisten Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusan PRU 13 yang lalu, dimana pada mulanya beliau membawa isu pengundi bangla, dan kemudian isu 'blackout', seterusnya buat laporan polis mengenai dakwat kekal, akhirnya semalam dalam ucapan pada sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang, Anwar mengakui kekalahan Pakatan Rakyat disebabkan penolakkan oleh masyarakat Melayu dan langsung tidak menyebut mengenai penipuan atau ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai punca kekalahan mereka.

Tindakan Anwar yang dilihat semakin kendur menyalahkan SPR itu dipercayai kerana kurangnya sambutan dikalangan rakyat bahkan dikalangan pemimpin didalam PR sendiri, disebabkan reaksi hambar kebanyakkan pemimpin PR yang lain mengenai isu ini, Anwar seperti biasa awal-awal lagi menuduh mereka dibayar oleh UmnoBN yang menyebabkan mereka 'letih'.

Selain itu Anwar mendakwa, propaganda dengan isu perkauman yang dimainkan oleh Umno berjaya menimbulkan kerungsingan dikalangan orang Melayu menyebabkan undi Melayu berpihak kepada BN.

Justeru beliau mengingatkan supaya pemimpin didalam PR berusaha mencari alternatif bagi menarik sokongan orang Melayu kepada PR, kerana menurutnya bumiputera Melayu adalah merupakan penentu bagi kuasa politk di Malaysia.

Terdahulu, Anwar turut menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Blackout 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya. Ada Mampu Mengubahnya.

5 comments:

  1. Suuuudah la Anwar.... DAH KALAH, KALAH LAH... usah menjerit-jerit lagi. Menyusahkan orang je. Tak sudah-sudah. Kecik2 menyusahkan Mak Bapak. Masuk Sekolah menyusahkan cikgu2. Masuk U menyusahkan pensyarah2. Kerja menyusahkan majikan. Dah jadi wakil rakyat...menyusahkan kerajaan dan rakyat... Apa ra.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MENTALLY SICK KUT..........

      Delete
  2. Untuk menghapuskan anwar dari arena politik orng melayu tak perlu hunus senjata padanya, cuma semua melayu WAJIB menolak manusia bernama anwar dalam pilihan raya, cukup.

    ReplyDelete
  3. umat islam wajib menolak pengamal hubungan seks sejenis ini!

    ReplyDelete
  4. SELAGI DIA TAK BERTAUBAT SELAGI ITU ALLAH TIDAK MEMBERI RAHMAT NYA JANGAN SESEKALI KITA PERCAYA ORG MACAM INI KERANA TELAH JAUH DENGAN ALLAH.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...