Video - Husam Nafi Syiah: "Saya... Sunnah, Hahahaha"

Sebelumnya blog ini pernah memuatnaik video yang mengaitkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dengan fahaman syiah, perkaitan itu berpunca daripada beberapa kenyataan Husam yang dilihat lebih cenderung mengagungkan fahaman sesat itu antaranya beliau berbangga tahfiz dari Iran boleh membaca Al-Quran secara terbalik.

Beliau selaku Naib Presiden sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam seolah-olah tidak sedar dimana membaca Al-Quran secara terbalik itu adalah amalan songsang yang wajib dikutuk, jika hal itu diamalkan, dikhuatiri maksud yang terbalik dari bacaan terbalik itu akan memudaratkan umat Islam, sedangkan membaca dengan tajwid yang salah pun tidak boleh apatah lagi secara terbalik.

Setelah isu berkenaan menjadi kontroversi, Ustaz Nazmi Karim menerusi Facebook tampil menjelaskan duduk perkara mengenai isu berkenaan, namun satu jawapan dari dua persoalan  yang diberikan beliau tambah mencurigakan, beliau hanya menafikan Kerajaan Kelantan terlibat dengan syiah, tapi bagaimana dengan Husam ?
Akhirnya, diatas ketidakpuasan hati beberapa anak muda, isu ini kemudiannya ditanya 'direct' kepada Husam, walaupun pada awalnya Husam cuba mengelak dari menjawab soalan berkenaan, namun dalam nada yang masih boleh dipertikaikan Husam menjawab "Saya......Sunnah....Sunnah...hahahahaha". Dengan jawapan yang diberikan oleh Husam itu, terpulanglah kepada semua untuk menilainya. 

Apapun, pemilihan jawatan didalam parti ini bukan setakat Umno saja yang panas, Pas lagi panas kerana berhadapan dengan teras kepimpinan bagi menentukan halatuju perjuangannya samada kekal dibawah kepimpinan Ulamak atau sebaliknya. Baca juga disini. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...