EXCO Jawatankuasa Kerajaan Tempatan PAS Kelantan Letak Jawatan Makan Gaji Buta

Menggunakan Islam diatas kepentingan politik ianya akan mendatangkan lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan. Begitu juga didalam sektor pembuatan sekalipun ianya mempunyai Quality Control bagi menjamin barang yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat mempunyai kualiti yang telah ditetapkan. Ianya perlu bagi menjaga nama baik syarikat yang mungkin akan terjejas sekiranya barang yang dikeluarkan itu mudah rosak dan sebagainya,

Begitu juga Islam, demi menyelamatkan Islam dari disalah tafsir oleh masyarakat, eloklah bermulanya kebersihan itu dengan ibu negeri yang mendapat jolokan Serambi Mekah iaitu Kota Bharu Bandaraya Islam.

Laksanakan ia di KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM supaya dapat dijadikan role model bagi daerah-daerah lain. Jika inipun gagal dibuat oleh kerajaan PAS, bagaimana PAS nak laksanakan Hukum Hudud ni,

Apakah untuk mewujudkan sebuah bandar yang bersih memerlukan kelulusan dari Kerajaan pusat? Minta Kerajaan PAS BUANG slogan BANDARAYA ISLAM atau buang EXCO yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal bandar. Jangan memalukan umat ISLAM seluruh dunia dengan slogan tersebut. Ciri-ciri Bandaraya Islam masih jauh lagi. Siapa yang mengiktiraf KOTA BHARU sebagai Bandaraya ISLAM. Adakah butir matanya pecoh? Terus terang dan GK berpendirian tegas. Ini soal AGAMA. Tak kira siapapun ia jangan guna Agama Allah dan meletakkan ia tidak kena pada tempatnya demi kepentingan sendiri.

Siapa yang akan menentang PAS jika pimpinannya ingin menjadikan Kelantan amnya dan Kota Bharu khasnya sebuah Bandaraya Bersih berkonsepkan Islamik yang bertaraf antarabangsa. Apa yang menyekat PAS dari menjadikan Kota Bharu sebuah Bandaraya yang benar-benar bersih, kerana ianya juga adalah perkara yang dituntut didalam Islam. Atau pada kacamata Pemimpin PAS Kota Bharu sudah benar bersih?

GK rasa kalau benar perjuangan PAS ni nak pada Islam dah lama dah pemimpin PAS ni buat. Tapi disebabkan Umno-BN tiada niat dan tidak pernah menghalangnya dari melaksanakan Tuntutan Islam ini maka ianya tidak dipedulikan kerana tiada keuntungan kepada Politik sempit mereka. Kerajaan Islam jangan hanya berbangga dengan pencapaian yang tidak mendatangkan untung kepada rakyat. Atau dengan kata lain pencapaian yang tidak boleh memberi manfaat kepada RAKYAT.

Papan iklan bertulisan jawi tidak cukup untuk menjadikan Kota Bharu sebuah Bandaraya Islam. Jangan syok sendirilah wahai exco yang berkerajaan Islam. Tesco, Mc' Donalds, menggunakan signboard tulisan JAWI.

Dari satu sudut ianya baik, Dari satu sudut yang lain apakah manfaatnya kepada rakyat? Apa boleh pergi makan ayam free di MC' D? Atau boleh ambil free, barang dekat TESCO? Syarikat Telekomunikasi, Syampu dsb juga menggunakan signboard tulisan JAWI. Apa dengan itu boleh menjadikan Kota Bharu adalah bandaraya Islam?

Kalau model iklan Syarikat Syampu pakai tudung, itu tidak menjadikan Rakyat tidak berkelemumur. Tapi kalau Pemimpin(Yang setiap hari berbusuk mulut memperjuangkan Islam) menjadi MODEL yang BERIMAN ia pasti akan menjadikan rakyatnya juga akan beriman.

Kalau ketam berjalan cara ketam. Tak mungkin ketam boleh ajar anaknya berjalan macam bangau. Kalau pemimpin suka memaki hamun, berburuk sangka, suka mengkafirkan, memurtadkan, beralasan, menggunakan ISLAM sebagai modal untuk cari makan yang tidak kena pada tempatnya, Tak mungkin Pemimpin boleh memimpin rakyatnya supaya tidak menjadi dari yang sedemikian.

Oleh yang demikian sedikit ringkasan petua bersih untuk PAS Kelantan ada dibawah, selebihnya fikirlah sendiri, kalau tak boleh fikir, PRU 13 ni jangan letak calon.

1.) Memulakan kempen kebersihan di sekolah. Mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya kebersihan dan bagaimana cara untuk menjaga kebersihan.

2.) Melancarkan kempen mengenai tanggungjawab umat Islam mengenai Kebersihan. Hukumkan orang yang tidak menjaga kebersihan sepertimana menghukumkan orang yang menolak Islam. Kerana Kebersihan separuh daripada Iman.

3.) Mengeluarkan perintah/memo TEGAS kepada semua peniaga yang berkaitan Awam supaya menjaga Tandas Awam mereka dan surau supaya ianya senantiasa bersih pada tahap TERBAIK.

4.) Jadikan surau atau tandas awam Kerajaan Negeri sebagai model contoh untuk dilihat dan diikut oleh mereka yang terlibat.

5.) Sistem rangkaian Sms seperti DAPAT/Rakan Cop diwujudkan bagi menerima laporan awam akan masalah kebersihan yang diadukan serta tindakan dari kerajaan dalam masa 30 minit.Disini akan menunjukkan betapa seriusnya kerajaan dalam menanganinya.

6.) Kenali kawasan hitam yang sering menjadi tempat pembuangan sampah di luar tong sampah,Intip,tahan dan dakwa orang yang berkaitan serta masyarakat harus mencela perbuatan tersebut dengan sekeji-kejinya setelah kesedaran mengenai kebersihan difahamkan keseluruh pelusuk kawasan.

7.) Meletakkan syarat khas yang utama pada lesen perniagaan tentang kebersihan sepertimana syarat penggunaan tulisan Jawi pada papan iklan/sign board di premis perniagaan.

8.) Mengadakan gotong royong pada hujung minggu bagi membersihkan tempat awam seperti taman,kubur dan sebagainya.

9.) Mengenakan denda kepada pemilik tanah terbiar dikawasan bandar dan mengupah pekerja untuk membersihkannya.

10.) Pihak Berkuasa Tempatan perlu Mewujudkan/bekerjasama dengan Persatuan Sukarela Alam Sekitar yang sediada bagi membersih dan memantau sungai-sungai,Tali air ,Paya dan seumpamanya supaya ia terus dilindungi dari pencemaran.

11.) Sentiasa meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat dan memberi info terkini akan keadaan kawasan,memuji serta menegur jika tahap kebersihan belum memuaskan.

12.) Vandalisme diletakkan sebagai Pengkhianat Agama,bangsa dan negara.memberi kesedaran Dimana tempatnya golongan pengkhianat ini di akhirat nanti.Kerana melakukan kerosakan harta awam yang boleh menyebabkan keberlakuan kesusahan,tragedi,kerugian dan sebagainya.Tangkap,Denda dan jika perlu gubal undang-undang untuk sebat pesalah ini dengan kekuatan sebatan mengikut tahap umur otaknya.

13.) Wakil dari PBT mesti turun padang meninjau dan berbincang dengan penduduk bagi perkara yang memberi halangan kepada kebersihan seperti tiada tong sampah atau kekerapan lori sampah mengangkut.

14.) Pastikan kenderaan/lori yang mengangkut sampah diselenggara dengan baik.Perkara yang pelik mengenai lori sampah adalah air sampah dari lori yang bercucuran diatas jalan serta mengeluarkan bau yang sangat harum lagi jijik. Tok Guru pun tak pandai pilih EXCO ke? Buat solat Istikharah dulu Tok Guru nak pilih Exco tu. Lantik Exco yang matanya tidak buta dan hidung, telinga serta mulutnya berfungsi dengan sempurna..

15.) Berdoa kepada Allah dan mengharapkan hanya kepada Allah.

Artikel ini pernah diterbitkan pada Januari lalu, namun diatas permintaan seorang pesara kerajaan Tuan Hj Yahya yang prihatin dengan masalah ini meminta supaya ianya diterbitkan kembali. GK ucapkan terima kasih diatas keprihatinan  Tuan Hj. Anda Mampu mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...