Nasruddin Persoalkan Siapa Hasan Ali Nak Desak Nik Aziz Letak Jawatan

SHAH ALAM – Pemuda Pas Pusat mempersoalkan siapa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  untuk mendesak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan Mursyidul Am parti itu dan sekaligus menyifatkan Hasan tidak layak untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kedudukan atau jawatan dalam parti adalah hak mereka yang masih menjadi ahli Pas dan bukannya orang luar seperti Hasan.

Hasan telah dipecat dari Pas awal Januari lalu.

“Siapa yang hendak jadi pemimpin, itu hak parti yang tentukan.

“Dia tak berhak membuat kenyataan tersebut sebab kepimpinan dalam parti adalah urusan parti,” kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan, memetik

Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) menerusi tulisannya di laman sosial milik beliau, mendesak Nik Aziz melepaskan jawatannya susulan kenyataan mempertahankan kerjasama Pas dan DAP.

Menurut Hasan, Nik Aziz wajar menyerahkan jawatannya kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang lebih berupaya dan berwibawa.

Mengulas lanjut, Nasrudin sebagai generasi muda dalam parti Islam itu berkata, Pas masih memerlukan seorang pemimpin yang “berkhidmat dengan baik dan mampu memimpin parti” seperti Nik Aziz.

“Tok Guru Nik Aziz masih relevan untuk memegang amanah sebagai Mursyidul Am Pas,” tegas beliau.

Nasrudin turut mempertegaskan bahawa kenyataan Nik Aziz membela DAP yang didakwa Hasan “menghiris hati ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar” difahami oleh anggota parti itu.

“(Kenyataan Tok Guru) bukan satu masalah buat kami. Bukan satu kewajaran Datuk Hasan memperbesarkannya.

“Harus difahami kenyataan Tok Guru dengan betul yang mana ia mempertegaskan dasar parti tahaluf siyasi, kerjasama politik di antara Pas, DAP dan PKR,” katanya.

“Kerjasama politik ini telah terjalin sejak sekian lama. Tidak ada yang mengelirukan atau tidak betul,” tambah beliau.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad menjelaskan kewajaran Pas membela DAP, yang menurut beliau, berlandaskan hukum agama.

“DAP atau mana-mana pihak yang dituduh dan difitnah tanpa bukti perlu diberikan pembelaan kerana Islam itu adil.

“(Hasan) jangan ikut atas dasar perasaan dan emosi. Buktikan apa yang Tok Guru Nik Aziz katakan adalah silap. Buktikan kenapa DAP tidak layak dibela,” kata Ahli Parlimen dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam.

Hasan dalam tulisannya menyatakan kebimbangan beliau sekiranya terus dibela pasasit dalam Pas dan DAP akan bermaharajalela dan terus menghina Islam.

“Saya bimbang kenyataan-kenyataan 'supreme' ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA (Nik Aziz),” kata Hasan.

Menjawab kepada kenyataan itu, Khalid berkata, jelas sekali Hasan kini mengamalkan politik “marah anak, sindir menantu”.

Sasaran Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, kata Khalid, bukan DAP sebaliknya Pas.

“Dia serang DAP, DAP tidak akan kalah. Yang mereka harap akan terjejas ialah Pas," katanya.

1 comment:

  1. Inilah contoh dua ekor babi pas tunggangan dapigs laknatullah.
    Bila diperkecilkan Hulamak tua bangkai yang dah nyanyuk nak mampus kedua2 babi,seekor babi memurtadkan islam dan sekor lg babi dayus cepat2 membela hulamak tua bangkai dan tuan babi.
    Dua hekor babi ni masih tak cukup makan dari tuan dapigs jadi terpaksa makan taik sendiri.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...