Ayatollah - Dr Asri Dicabar Dewan Ulamak PAS Supaya Ulangi Kenyataan Itu Di Wacana

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama Pas Pusat mencabar bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, supaya melontarkan kenyataannya yang mengaitkan pimpinan PAS dengan pimpinan Ayatollah kepada dewan itu secara berdepan menerusi wacana ilmu.

“Saya merujuk kepada kebimbangan Dr Asri bahawa ulama-ulama dalam Pas dibimbangi tidak boleh ditegur apabila memerintah Kerajaan Pusat nanti dalam satu wacana baru-baru ini,” kata Setiausahanya, Dr Mohd Khairuddin A. Razali dipetik Harakahdaily.

Menurutnya, oleh kerana kebimbangan tersebut dilontarkan dalam wacana awam yang disiarkan isinya dalam media perdana dan mendapat respons umum pula, maka sayugia Dewan Ulama Pas Pusat menyatakan pandangan balas terhadap kenyataan tersebut.

Jelasnya, Dewan Ulama Pas Pusat sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan, teguran dan kritikan luar terhadap apa jua tindakan yang diputuskan secara jamaei dan pandangan yang dilontarkan oleh Dewan Ulama dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias, di samping pandangan dan ulasan ulamak-ulamak muktabar sepanjang zaman.

Tambah beliau, tarikh wacana boleh diberikan berdasarkan kelapangan masa Asri.

“Saya akan berhubung dengan Dr Asri secara personal untuk urusan lanjut wacana tersebut.

"Semoga dengan itu kita boleh terus membudayakan akhlak berbincang dan bertukar-tukar pandangan seperti dianjurkan oleh Islam,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...