Boikot Barangan Yahudi - Jangan Bersungguh Sekejap Saja

KOTA BHARU - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan gerakan memboikot barangan keluaran Israel dan Yahudi ekoran kemarahan umat Islam serata dunia selepas penghinaan menerusi filem Innocence of Muslim’s seakan-akan hambar.

Ketua Aktivis PPIM Kelantan, Datuk Fared Abdul Ghani berkata, bagi memastikan rakyat menolak secara berterusan terhadap barangan berkaitan pihaknya mengenal pasti tiga produk yang perlu diboikot.

Menurutnya, orang ramai perlu secara istiqamah untuk tidak menggunakan barangan berkenaan dan sepatutnya peniaga juga perlu memberi sokongan terhadap program boikot malah bukannya sekadar menunjukkan kemarahan sahaja.

“PPIM tidak mahu kempen boikot ini hanya menampakkan kesungguhan di peringkat awal sahaja setelah ramai yang bersungut menentang penghinaan secara jelas menerusi tayangan filem tersebut.

“Kempen tersebut tidak akan mencapai kejayaan tanpa kerjasama daripada semua pihak dan dalam masa sama gerakan memboikot barangan-barangan berkaitan perlu dilakukan dengan serius,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Fared berkata, kesungguhan tersebut perlu ditunjukkan supaya orang bukan Islam takut untuk memperlekeh apatah lagi mempersendakan agama Islam dengan sewenang-wenangnya.

Dalam pada itu, Fared berkata bagi memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai produk halal satu ekspo pengguna halal (Halfest 2012) terbesar akan diadakan pada 10 hingga 14 Oktober ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Katanya, sempena HALFEST 2012 itu juga pihaknya menganjurkan Forum Kepenggunaan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC bertajuk Forum Pengguna Islam, Kembalikan Hak dan Maruah dengan Bijaksana.

Selain itu katanya, agensi kerajaan yang terlibat juga akan memberi reaksi secara terus kepada permasalahan dihadapi pengguna mengenai produk halal. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...