Video - Nik Aziz: Daripada Kita Hilang Kuasa Politik Lebih Baik Kita Tangguhkan Hudud

Enakmen jenayah Syariah perlaksanaan hukum hudud telah diluluskan di Kelantan dan Terengganu, jadi apa sebenarnya yang menghalang kepada perlaksanaan hukum hudud ini ? Soalan berkenaan diajukan oleh hadirin kepada Exco kerajaan Pas Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah.

Menurut Nik Amar, perlaksanaan hukum hudud terhalang disebabkan pimpinan Pas lebih takut kepada Perdana Menteri ketika itu yaitu Tun Dr Mahathir Mohamad daripada takut kepada Allah, namun selepas Tun Mahathir berundur dan digantikan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi kemudian Datuk Seri Najib Tun Razak, hukum hudud tetap juga tidak dilaksanakan.

"Tok Guru (Nik Aziz) berpendapat lebih baik kita tangguhkan dulu perlaksanaan ini, kerana kita takut, kerana kita tahu Dr Mahathir boleh buat apa sahaja, jadi pada pandangan Tok Guru, daripada kita hilang kuasa politik, lebih baik kita tangguhkan dulu perlaksanaan (hukum hudud)". Kata Nik Amar

Jadi disini jelas kuasa politik lebih penting daripada hukum hudud, benar, sebelum dapat kuasa, tanpa kuasa politik, hudud tak dapat dilaksanakan, namun bila dah dapat kuasa takut pula hilang kuasa, jadi sampai bilakah alasan demi alasan ini akan digunakan untuk menipu orang-orang yang pendek akalnya.

Sebelum ini Prof Aziz Bari menjelaskan, untuk melaksanaan hukum hudud, perlembagaan negara tidak perlu diubah, sebab itulah Pas gunakan alasan takut kepada Tun Mahathir dan tidak gunakan lagi alasan 'perlembagaan mesti diubah'.

Sedarlah kita semua bahawa Pas mempergunakan agama demi kepentingan politik mereka, dan perlaksanaan hukum hudud ini tidak akan terlaksana dibawah pemerintahan Pas,. Anda Mampu Mengubahnya.

9 comments:

  1. apa nak heran dah 20 thn lbh dok tangguh last2 mansuh x caya... cer cek... cer cek... hahahahahah

    ReplyDelete
  2. PAS setiap kali nak PRU mesti keluar isu hudud.. lepas PRU terus diam..udah2 ler main isu hudud ni..tak menguntungkan org islam pun. bukan ada kesungguhan nak buat pun..cakap2 politik je..lagi menjatuhkan islam bila orang kafir cabar dan menghina hudud PAS pulak.. Pemimpin pas diam dan angguk2 saja..Haron Din saja yang betul2 perjuang hudud dari dulu sampai sekarang..

    ReplyDelete
  3. Doa semoga BN menang di kelantan.. hendak sgt lihat perubahan selepas 23 tahun bwh pas.. kalau pas terus perintah dok macm tu jugaklah.. kepada pengundi luar kelantan berilah peluang kepada keluarga dan sedara mara di kelantan merasai perubahan seperti kita rasa kesenangan di lembah kelang.. tukar.. jom undi BN!

    ReplyDelete
  4. Dasar parti yg xde prinsip..ikut la ckp tuan besar kamu tuh DAP..makin lama makin kesian tgk parti yg konon2 nya mempertahankn Islam..sedih melihat saudara seislam sendiri di rendahkn oleh parti DAP..Selagi ada ULARMAK mcm nik aziz selagi itu islam di Malaysia nie bergduhan sesame sendiri...

    ReplyDelete
  5. Jelas sebenarnya, pimpinan PAS skrg lbh mengutamakan kuasa politik dan kerusi dr selainnya, bila dah rasa manisnya dunia, sukar nak melepaskannya. Apalah yg akan mrk lakukan bila terlepas nanti.

    ReplyDelete
  6. Saya dengan jujur ingin melihat Kelantan ditadbir olh BN semula. Orang Kelantan yang rajin bekerja harus dipimpin oleh mereka yang ikhlas memimpin..demi kemajuan Melayu Kelantan!!

    ReplyDelete
  7. Hudud tangguh (paderi taknak sebenarnya),
    Kalimah Allah beri mudah-mudah (paderi nak).
    Apa dah jadi dengan kamu ni Nik?

    ReplyDelete
  8. Tipu belaka. Orang bodoo je hok cayo kata kata org pah ni. Parti di dahulukan hukum syarak kemudian tak apa. Pigi ahhh.

    ReplyDelete
  9. PAS yg kita nak cuci habis-habisan ni.Jual agama dan negara demi kuasa.apa jenis manusia PAS ni.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...