Showing posts with label khalid. Show all posts
Showing posts with label khalid. Show all posts

Azmin Sifatkan Khalid Sebagai MB Pak Turut

PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor yang baru tidak perlu 'pak turut' yang menyebabkan dirinya dipimpin oleh orang lain, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Gelaran 'pak turut' itu nampaknya dikaitkan secara tidak langsung dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah diberi sokongan oleh DAP dan PAS untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar.

Sebelum ini, Azmin dilaporkan kecewa selepas dipinggirkan daripada jawatan Menteri Besar.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat bersama pimpinan PKR Selangor Azmin berkata Selangor perlu diketuai oleh seorang yang berfikiran tegas dan mempunyai visi yang jelas.

Beliau berkata cirri tersebut perlu ada selepas Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum dengan majority yang lebih besar daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding Barisan Nasional yang mendapat 12 kerusi sahaja.

Azmin, yang dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dalam pengundian yang diadakan pada Ahad, berkata beliau akan mendedahkan mengenai isu dalaman parti itu dalam sidang media yang akan diadakan pada Jumaat.

Beliau akan menerangkan isu nepotisme dalam PKR dan apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Sementara itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun PKR hanya menang 14 kerusi Dun berbanding Pas dan DAP (masing-masing 15 kerusi), Pas membuat keputusan Khalid harus terus menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya dah berbincang dengan Pas Selangor supaya Menteri Besar dari PKR dikekalkan di Selangor.

"Kita mahu tunjukkan bahawa pakatan rakyat boleh memerintah negeri secara kolektif," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Rusila semalam.

Abdul Hadi berkata beliau telah menulis serta menandatangani surat persetujuan berhubung perkara itu untuk diserah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengenai pelantikan wakil rakyat Pas dalam barisan exco negeri Selangor, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan kepada Pas Selangor untuk berbincang dengan parti sekutunya.

Khalid Sifatkan Penggalakkan Murtad Nurul Izzah Sebagai Usaha Dakwah

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit kenyataannya dalam isu kebebasan beragama sebagai bertujuan untuk berdakwah kepada bukan Islam di negara ini.

Bagaimanapun menurut Khalid, kenyataan Nurul Izzah itu dijadikan bahan fitnah dan sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu atas dasar kepentingan politik.

"Dia mengasaskan hujahnya kepada ayat 'La Iqra Haffidin' - tidak ada paksaan dalam agama.

"Forum dianjurkan di sebuah gereja. Maknanya dia pergi, latar belakangnya, hendak berdakwah, berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam, nak berdakwah menyatakan kepada orang bukan Islam, jangan takut pada Islam kalau ada pemerintahan yang berasaskan Islam sekali pun, soal kebebasan beragama dijamin dalam Islam. Itu konteksnya.

"..... hilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam tapi akhirnya dia ditempelak dengan tuduhan hendak memurtadkan orang," jelas Khalid.
 
Bila pula Nurul Izzah tu jadi pendakwah ya ? Lantak kaulah Khalid, dah nama pun Khalid gereja, hari tu kau bela versi lain, hari ni pulak lain, dan semuanya lain-lain sebagaimana Mujahid bela versi lain,... Azmin bela versi lain,... Nik Aziz bela versi lain,... Hj Hadi bela versi lain,...Nik Abduh jer yang tak bela... dan kalau 10 orang pemimpin PR semuanya dalam berlainan versi apabila tampil membela Nurul Izzah.

Politik mengatasi segala-galanya, kerana politik agama pun sanggup diperjudikan, apakah pemimpin seperti ini layak untuk diberikan amanah bagi memimpin negara kita...Anda Mampu Mengubahnya.
 

Tak Payah EGM Bincang Isu Nasha

KUALA LUMPUR - PAS menolak cadangan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi membincangkan mengenai konflik dalaman yang dicetuskan bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa yang mendakwa parti itu kini lari daripada dasar untuk memperjuangkan Islam.

Menyifatkan tiada keperluan untuk parti itu memanggil sidang muktamar khas berkenaan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad turut menyangkal dakwaan Nasharudin terhadap parti itu.

"Tak releven untuk kita adakan muktamar. Kita tidak lari daripada landasan untuk memperjuangkan Islam," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan yang dikemukan Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin agar PAS mengadakan muktamar khas berhubung isu yang dibangkitkan Nasharuddin.

Sementara itu Ahli Parlimen PAS daripada Baling, Datuk Taib Azamuddin Md Taib turut menolak cadangan berkenaan kerana menyifatkan ahli parti itu memahami situasi yang berlaku.

"Buat masa ini tiada keperluan yang mendesak. Tapi kalau PAS Pusat merasakan ia perlu, bolehlah diadakan.

"Bagi saya akar umbi faham tentang apa yang berlaku. Situasi sekarang mungkin berpunca daripada salah tafsir atau salah lapor," katanya.

Sebelum ini pada 2009 Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah Nik Abdul Aziz turut menggesa agar PAS mengadakan EGM untuk membersihkan parti itu daripada kumpulan pro-kerajaan perpaduan.

Nasharudin baru-baru ini menggesa PAS menyatakan pendirian tegas berhubung penghinaan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hukum hudud yang akhirnya disambut dengan perasaan marah pemimpin parti itu.

Berikutan itu Nasharudin juga menggesa PAS keluar daripada pakatan pembangkang ekoran pendirian DAP dalam isu hudud.

Lebih mencetuskan kontroversi ialah apabila media massa menyiarkan gambar Nasharuddin sedang duduk bersebelahan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi baru-baru ini. -Mstar

Kerana DAP - Khalid Dan Salahuddin Sanggup Putuskan Hubungan Dengan Nasharuddin

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan memutuskan hubungan silaturrahim dengan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa sebagaimana dilaporkan portal pembangkang Malaysiakini.

Khalid bercakap dalam satu sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Nasharuddin bahawa DAP mahu membentuk kerajaan Kristian.

Katanya, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan bahawa beliau mengikut arahan "orang di luar PAS".

"Pada saya, tindakannya dirancang oleh orang di luar, seperti Umno, untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS.

"PAS ada majlis syura dan majlis ini akan bersuara ke atas apa-apa usaha oleh parti yang bertentangan dengan Islam.

"Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya.

Khalid mendakwa Nasharuddin, yang merupakan anggota majlis syura, tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.

"Kenyataannnya tiada kena mengena dengan PAS dan jika DAP mahu ambil tindakan undang-undang, itu terpulang pada mereka," katanya.

Katanya, "sebelum ini dia (Nasharudin) mengeluarkan kenyataan yang keahlian (dalam PR) sudah tak penting, ini sudah tak penting, kita tahu itu yang dia nak."

"Ini politik murahan. Kenapa baru sekarang nak keluarkan kenyataan, kita bekerja dengan DAP bukannya semalam, kenapa baru sekarang nak timbulkan isu.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, jika Nasharudin 'keluar parti', kemungkinan Umno telah menyediakan kedudukan dalam parti untuknya.

Khalid berkata, kebelakangan ini hubungan Nasharudin dengan parti tidak serapat beliau dengan kerajaan BN dan kenyataan yang dikeluarkan jelas menguntungkan BN.

"Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan beliau jelas merupakan kenyataan dari segi sudut politik menguntungkan BN dan wujudkan ketegangan antara PR walaupun tiada bukti.

"Kalau kenyataan beliau ada bukti, kita ambil tindakan, tapi oleh kerana tujuannya adalah untuk mensensasikan isu dan DAP sentiasa menjadi sasaran Nasha.

"Tetapi kenyataan Dr. Chua Soi Lek mengenai hudud lebih teruk daripada Karpal Singh tetapi tidak dipersoalkan," katanya.

Bukan Karpal Saja Tolak Hudud Semua Umat Islam Pun Tolak Hudud - Khalid Samad

Perjuangan Pas yang sudah jauh tersasar sekali lagi dipermantapkan dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Khalid Samad apabila beliau juga seakan-akan menolak Hudud dan menerima Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai dasar perlembagaan negara sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.

Khalid yang pernah satu masa meraih undi dengan membuat ucapan didalam gereja mendakwa Hukum hudud tidak dapat dilaksanakan bukan disebabkan penentangan Pengerusi DAP, Karpal Singh tetapi tidak mendapat persetujuan daripada semua umat Islam di negara ini.

Beliau juga seperti mengalu-alukan rakyat supaya mempertikaikan hak beragama antara satu sama lain kerana menyifatkan  tindakan Karpal Singh mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud di negara ini adalah hak beliau sebagai orang bukan Islam.

Diatas dasar agama Islam adalah dakwah kepada orang bukan Islam, Khalid turut diminta mengulas mengenai pendekatan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan pertemuan dengan Karpal Singh, bagaimanapun beliau beranggapan  tidak ada keperluan untuk mengadakan pertemuan tersebut bagi menjelaskan hukum hudud kerana dia bukannya orang Islam.

“Biarlah beliau berhujah, itu hak beliau untuk tafsir tentang Perlembagaan negara kerana dia juga berhak bersuara.

Bagaimanapun, orang Islam sendiri yang tidak sepakat melaksanakan sistem perundangan Islam ini,” katanya.

Sementara itu, Khalid sekali lagi beretorik dan menegaskan untuk memuaskan hati semua pihak, rakyat perlu menukar kerajaan yang lebih praktikal dan berupaya mendengar suara mereka.

Dalam pada itu, Khalid turut menafikan tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang mempertikaikan cadangan pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan Pas boleh menjejaskan undi Melayu kepada parti itu dalam Pilihan raya Umum ke-13 sekaligus menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Ketua dan Timbalan Pemuda Pas sebelum ini.

Sebaliknya beliau berkata, DAP kini sedang berusaha mendapatkan undi orang Melayu, antaranya dengan mengadakan kempen nasional bagi menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pengundi terutamanya orang muda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...