Ketua Polis Negara Akhirnya Terpaksa Tunduk Dan Akur Dengan Peringatan @Khairykj

Polis Perak diarahkan oleh Ketua Polis Negara untuk mengenal pasti lokasi mualaf Mohd Ridzuan Abdullah yang gagal menyerahkan hak penjagaan anak perempuan bongsunya kepada bekas isteri, M.Indira Gandhi.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pada Selasa bahawa pihak berkuasa diarahkan untuk mejejaki Mohd Ridzuan dan polis kini sedang mencari sebarang petunjuk.

"Menurut maklumat polis, lelaki tersebut dipercayai berada di Kelantan dan masih hidup," katanya.

Pada 2009, Mohd Ridzuan Abdullah yang sebelum ini dikenali sebagai K.Patmanathan, membawa bersama anak bongsunya, Prasana Diksa yang berusia 11 bulan (pada waktu itu) dan menukarkan agama dua lagi anaknya, Tevi Darsiny, 12, dan Karan Dinish, 11 kepada Islam tanpa pengetahuan Indira Gandhi.

Mahkamah Tinggi kemudiannya memberikan Indira Gandhi hak penjagaan penuh terhadap ketiga-tiga anaknya itu.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Syariah, turut memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka kepada Mohd Ridzuan.

Pada 30 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Lee Swee Seng mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Ridzuan kerana menghina mahkamah selepas berulang kali gagal menyerahkan Prasana Diksa.

Sebelum ini Menteri  Khairy Jamaluddin mengingatkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar tidak mengabaikan tugas polis dalam menjunjung kedaulatan undang-undang.

Beliau mengingatkan perkara itu susulan kenyataan Khalid yang mahu mengambil "jalan tengah" dalam kes perebutan hak jagaan anak melibatkan pertembungan kes di mahkamah syariah dan sivil.

"Bagi saya, sebagai ketua Pemuda BN, agensi penguatkuasa mesti menjunjung kedaulatan undang-undang, terutamanya apabila ia jelas," katanya dalam satu sidang media.

Itulah realiti kesudahan dari apa yang berlaku terhadap penganut agama Islam disebuah negara yang diketuai oleh orang Islam selain agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Biarpun umum mengetahui orang Islam menguasai kerajaan, namun hal itu tidak menjadikan orang Islam mempunyai keistimewaan malah keadilan turut diragut darinya yang memaksa majoriti Islam tunduk kepada minoriti bukan Islam.

Dalam isu perebutan anak antara suami mualaf dan isteri bukan Islam ini, dilihat isteri beragama Hindu lebih bertuah berbanding suaminya yang telah memilih Islam sebagai panduan hidupnya. Bertuah itu dinilai dari sokongan pemimpin pembangkang, NGO serta Menteri Melayu selain berjaya mengenepikan keputusan mahkamah syariah.

Dimana keadilan terhadap mualaf ? Apakah setelah beliau memilih untuk memeluk Islam dinegara yang dipimpin oleh orang Islam menjadikan beliau langsung tidak punyai hak keatas kesemua anak-anaknya ?

Mengapa ketiga-tiga orang anak pasangan ini diberi hak penjagaan hanya kepada ibu ? Adakah kerana agama mualaf ini ? Perlukah PDRM menjunjung kedaulatan undang-undang yang diputuskan seperti itu dan pada masa sama mengabaikan apa yang diputuskan oleh mahkamah syariah pada sebelumnya ?

Seharusnya pemimpin Melayu yang mengaku beragama Islam perlu bersama-sama mualaf  ini dalam memperjuangkan haknya sebagai seorang bapa, dimana seorang bapa juga mempunyai kasih sayang terhadap anaknya.

Jika seorang bapa yang mengambil anaknya sendiri disebut sebagai 'merampas', bagaimana pula dengan PDRM yang ingin mengambil anak daripada seorang bapa kandungnya ? Sepatutnya PDRM tidak diheret dalam konflik keluarga seperti ini dan masalah ini perlu diselesaikan  dalam konteks keluarga dengan bertimbang rasa antara satu sama lain.

Pada 2009 mualaf ini dikatakan telah membawa anak bongsunya untuk tinggal bersama, dari 2009 sehingga hari ini sudah hampir lima tahun beliau menjaga anaknya. Jika dari tempoh jagaannya itu membuktikan beliau mampu untuk menjaga anaknya dengan sempurna, apakah adil jika kemampuan itu dinafikan tanpa diadili dengan saksama ?.

Malangnya campurtangan pemimpin yang diwakilkan oleh umat Islam langsung tidak melihat dengan mengutamakan Islam sebaliknya lebih berpihak kepada bukan Islam seolah-olah mewakili golongan tersebut.

Namun ketidaksedaran umat Islam dengan tindakan 'munafik' pemimpin seperti ini hanyalah akan merugikan Islam sekaligus memberi ancaman kepada kepentingan Islam sehingga tidak ada apa-apa lagi kelebihan yang pernah dimiliki sebelum ini.

Usahkan nak laksanakan hukum HUDUD atau mendekatkan lagi negara dengan syariaat Islam, nak pertahankan dasar sediaada pun sudah tidak mampu dilakukan oleh pemimpin Melayu seperti KJ.

Kalau dilihat kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri Segala Kementerian, tidak ada satu pun kenyataan yang menguntungkan Islam atau memihak kepada Islam, so berbaloikah orang Melayu mempertaruhkan pemimpin sekhianat KJ. Anda Mampu Mengubahnya.
Demi puak kafir sama rata, rupanya selama ini agama lain tidak dilindungi, maka KJ ingin mengiktiraf semua agama setaraf dengan agama rasmi iaitu Islam.
Demi puak kafir, perlembagaan sediada pun sanggup dibubar
Demi puak kafir juga PDRM dipertikai dan diheret dalam konflik keluarga.
Demi....

2 comments:

  1. Bila kemewahan dunia telah menguasai fikiran, bila kemuliaan Islam dirasakan rendah tunggulah keputusan Allah dengan keadilannya.

    ReplyDelete
  2. Begini lah.bermula dari tun bodohwi

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...