Showing posts with label bajet. Show all posts
Showing posts with label bajet. Show all posts

Bajet Rohani Yang Dibuat Husam Pertama Kali Berlaku Di Dunia Nyata

Adun Kok Lanas YB Datuk Mohd Alwi Che Ahmad pening kepala apabila Exco Kanan Kerajaan Pas Kelantan Datuk Husam Musa memasukkan RM200 Juta kedalam bajet rohani yang dibentang sebagai perolehan wang hasil dari royalti yang belum tahu hujung pangkalnya, ini kerana tuntutan itu masih dalam perbicaraan mahkamah, mungkin tindakan Husam itu juga merupakan tindakan pertama didunia yang pernah dilakukan oleh pemimpin yang waras.

Alwi yang juga Ketua pembangkang DUN Kelantan menyifatkan tindakan itu sebagai 'khayalan' yang berniat buruk bagi mencetus persepsi 'jahat' terhadap pemimpin UmnoBN, 

Bagaimanapun itulah hakikat dan formula sebenar PAS Kelantan dalam mengekalkan kuasa mereka selama lebih 22tahun ini, tetapi sejauhmana rakyat Kelantan masih tidak nampak akan hal itu ? rasanya tempoh 22tahun itu sangat memeritkan dan rakyat Kelantan semakin matang dalam menilai sikap pemimpin PAS yang masih tidak berubah itu, dan Anda jua yang mampu mengubahnya.

Panas Pagi !!! Nik Aziz Jelaskan 'Bajet Onani' Bukan 'Bajet Rohani'

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak persoalkan kandungan Bajet 2013 yang dibentangkan Kerajaan Pusat Jumaat lalu, sebaliknya mahu tuntutan royalti petroleum Kerajaan Negeri diselesaikan.

Sinar Harian melaporkan Nik Aziz berkata, sekiranya isu tuntutan royalti tidak diberi keutamaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), ia akan memberi kesan besar kepada rakyat Kelantan dengan menolak Kerajaan Pusat.

"Kerajaan Pusat nak belanja banyak mana duit saya tidak soal, tapi jangan sampai ganggu royalti Kelantan, rakyat Kelantan tidak akan beri undi kepada pusat sekiranya royalti diganggu," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu, yang turut memberi manfaat golongan muda.

Ditanya adakah beliau berpuas hati bajet yang dibentangkan, Nik Aziz mengakui belum membaca inti pati sepenuhnya namun diberitahu ia mempunyai unsur beli undi.

"Saya belum baca, tetapi orang sibuk membicarakan soal beli undi, saya tidak mahu kata ia betul atau tidak, tetapi jika ada benda pelik (pemberian wang) berlaku sebelum pilihan raya, ini bermakna ada sesuatu yang tidak betul," katanya.

Menurutnya, sekiranya benar unsur beli undi berlaku, tindakan Kerajaan Pusat itu seolah-olah memberi ‘gula gula’ sekali gus merendahkan nilai rakyat.

Yang peningnya kelmarin, Nik Aziz kata, bajet yang dibentangkan tidak seimbang antara dunia dan akhirat. Buktinya print screen dari portal Harakah Daily, bukan Utusan Malaysia ya tapi Harakah lidah IRC.
Antara lain Nik Aziz turut berkata "Jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku (salah Umno) akibat tidak ada rasa takwa pada ALLAH SWT.

"Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara (UmnoBN) hanya pentingkan dunia dari akhirat," katanya.

Apa sebenarnya masalah Nik aziz ni, kalau macam ni habis sakit jiwa, lebih baik Nik Aziz letak jawatan jerlah, sikapnya semakin lama semakin mengaibkan dirinya sendiri. Anda Mampu Mengubah Nik Aziz.

Nik Aziz: Bajet 2013 Jahil Dan Punca Berlaku Jenayah Bukan Bajet Rohani

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, masih bernada sama tidak membawa manusia pada ketaqwaan.

Menurutnya, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di kediamannya di Pulau Melaka pagi tadi untuk mengulas belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Sambungnya, ketika meneliti pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Razak, langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata.

Nik Aziz seterusnya berkata, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat salah Umno yang tidak mengajak rakyat untuk bertakwa.

“Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat.

“Apa yang berlaku itu juga kerana Umno mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Katanya, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman.

Tambah Nik Aziz lagi, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen, Dun, ianya tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia.

“Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam, bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.
"Nik Aziz ni sakit jiwa doh kalih"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...