Masyaallah! Najib Diejek Dan Diaibkan Oleh Pemimpin Pas Begitu Sekali - Video

Fitnah, penghinaan, maki hamun dan ejekan adalah rutin bicara penyokong dan pemimpin Pas terhadap UmnoBN, agak janggal seseorang yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi berbicara mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan.

Ucapan pemimpin Pas ketika berceramah di Gua Musang beberapa bulan yang lalu sungguh keterlaluan apabila mengejek Perdana Menteri tidak tahu membaca Al-Quran malah menyebut perkataan 'Wasatiyyah' pun tergagap-gagap dan diibaratkan oleh pemimpin Pas seperti kura-kura memanjat batas.

"Umno semakin bengong dengan Islam, pernahkah adik kakak dengar Mahathir baca Al-Quran, Najib baca Al-Quran, saya dengar Najib sebut wasatiyyah pun macam kura-kura panjat batas".

Pemimpin Pas itu juga turut mengakui bahawa Pas telah lama mengatakan UmnoBN adalah syaitan, dan syaitan itu semuanya adalah jahat dan tiada yang baik, ianya samalah antara syaitan dan Umno kerana sama-sama tidak pernah membuat kebaikkan selain kejahatan. Subhanallah.

Mungkin ramai dikalangan umat Islam keliru samada apa yang disebut oleh pemimpin Pas itu mengikut apa yang diajar oleh Islam atau sebaliknya, mungkin juga dapat dibayangkan buruknya suasana didalam syurga sekiranya ia dihuni pemaki hamun seperti itu, 

Halalkah untuk seseorang itu menghina pemimpin negara dengan mengejek sedemikian rupa ? Kalau pemimpin negara itu jahil sekalipun, adakah Islam mengajar kita untuk mengejeknya?. Sedangkan pemimpin negara itu tidak pernah mengaku yang ianya seorang Ulamak, selain sentiasa memperbaiki setiap kelemahan yang ada disamping melakukan transformasi bagi membawa negara dan rakyat kearah perubahan yang lebih baik dengan mengamalkan konsep kesederhanaan didalam semua aspek kehidupan.

Bagaimanalah masa depan negara kita jika terpimpin oleh golongan extreme dan kolot seperti ini, renung dan nilai, Anda Mampu Mengubahnya.

4 comments:

  1. bgus btul sial tu ceramah...asik maki hamun je..sebab tu jgn percaye kat puak2 ni jdi pemimpin..maki hamin tp sebut nama org...baik sgt ke mamat ni...mcm flinstone je aku tengok..ngaji dimane dia ni..merapu je...gilooo..giloo bangang belako puok2 ni...ingt ya ..PRU ni jgn bgi undi kat puok2 bengggong ni...

    ReplyDelete
  2. 1) berkenaan bacaan Al-Quran oleh DSN....aku cuma nak bg tahu akupun TAK PERNAH dgr walau satupun pemimpin pembangkang membaca Al-Quran BUKAN di pentas ceramah maksiat....tak perlulah nak menunjuk2 sgt...ni kes takjub pada diri sendiri la ni.

    2) sebutan Wassatiyah spt kura2 nak pjt batas....setiap org ada slang/cara sebutan sendiri...TIADA seorangpun dlm dunia ni boleh meniru SEBIJIK cara bercakap seseorang....terGAGAP/bunyi lain itu bukan masalahnya asalkan MESEJ UTAMA sampai kpd pendengar.....tapi kalau hati ada masalah, semuanya jadi isu

    3) bagi golongan terpelajar yg faham PERUMPAAN INGGERIS tapi masih lagi menerima kenyataan si dia dlm video tu menunjukkan kamu seorang PANDAI dlm PENGHAFALAN apa yg diajar...bukannya PANDAI dlm MEMAHAMI apa yg kamu sdg belajar.

    4) PAS dah lama kata UMNO Syaitan....whatever la..yg penting Islam di sisi Allah,,,,lagipun barang diingat PAS juga kata biaDAPigs adalah Syaitan & NA juga bersedia utk berkawan dgn syaitan...maka jelas pd kita yg keluar dr mulut si dia ni adalah dr pengaruh Syaitan yg menjadi sahabat parti & pemimpin dia.....sekian

    ReplyDelete
  3. Aq teringat kisah sorg ahliPAS (arwah skrg) yg mmfitnah Tun M menonton video lucah dgn cucunya di rumah...hny Allah yg tahu kesudahannya ..sy xmau mgaibkn ...

    Dan sipolan yg tgh berucap dlm video ini adakah dia benar2 mngenali Tun M dan DSN shingga tahu mrk berdua xtau mmbaca Al Quran...jika x..sipolan neh dah jatoh taraf MMFITNAH....bawa2 bermuhasabah diri...ajal maut hny Allah S.W.T yg tentukn...jika rasa diri itu tlh melakukn fitnah sesama manusia ..lbh baik si polan ini memohon maaf ...jgn igt dok dlm PAS syurga dah menanti..ia cume syurga PAS yg cuma ada bekalan air karat....

    ReplyDelete
  4. setan sial terkutuk yg bertopengkan ulamak atau ustaz berceramah,apabila topeng dan pakaiannya ditelangangkan oleh Allah SWT akhirnya dia menakutkan,memalukan,menyakitkan dan menazakkan dirinya sendiri.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...