Showing posts with label ahmad yaakob. Show all posts
Showing posts with label ahmad yaakob. Show all posts

Video - MB Baru Kelantan Dah Mula 'Onar' Dengan Peruntukkan RM69 Juta Kerajaan Pusat

Selaku rakyat di Negeri Kelantan, kita mengharapkan Menteri Besar yang baru YAB Datuk Ahmad Yakob tidak sebagaimana MB yang dulu yang sering memburukkan kerajaan persekutuan dan tidak bersikap telus terhadap apa-apa sumbangan ataupun peruntukkan yang telah diberikan oleh kerajaan pusat.

Dalam menghadapi politik baru yang lebih matang, MB perlu lebih jujur dan amanah tanpa perlu dilihat seperti menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat. Kita pun dah letih dah nak menyerang Pas Kelantan ni, diharapkan MB baru bersifat lebih terbukalah selepas ini.

Dalam satu sesi temubual antara MB Kelantan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, MB Kelantan tidak selesa dan seolah-olah cuba menyembunyikan peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM69 juta kepada Kelantan.

Perkara itu terlebih dahulu disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum keterpaksaan diperjelaskan oleh beliau, sedangkan dalam pertemuan ini, perkara yang paling penting dan utama adalah mengenai peruntukkan RM69 juta itu, namun kenapa ia cuba dipencilkan.

Mengukuhkan lagi sangkaan itu ia sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh MB di laman Facebook beliau yang turut tidak menyebut mengenai peruntukkan tersebut. Tidak salah, cumanya nampak sangat cuba menyembunyikan peruntukkan itu dari diketahui oleh rakyat, adakah supaya isu kerajaan pusat menganak-tirikan Kelantan itu akan boleh terus dimainkan oleh Pas ?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata "Saya datang hari ini bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagi membincangkan hal-hal berkaitan penyelarasan agama dalam erti kata tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan negeri membangunkan agama Islam ke arah memupuk semangat kesepaduan bersama dalam melaksanakan aktiviti keagamaan.

"Pada pertemuan ini, saya persembahkan kepada Menteri Besar tentang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM69 juta untuk kerajaan Kelantan bagi menampung pelbagai perbelanjaan termasuk sekolah agama di negeri ini.

"Peruntukan ini juga adalah untuk membayar elaun untuk lebih 900 orang imam, guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) untuk lebih 5,000 orang, penyumbang agama lebih 800 orang, pegawai penyelaras masjid daerah di Kelantan serta guru-guru takmir," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad di Kota Darulnaim di sini hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Ahmad Yaakob MB Kelantan, Nik Amar Timbalan, Husam Tak Tersenarai Dalam Exco, Harakah Memboikot

KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.

Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am Pas membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.

"Bukan sahaja rakyat Kelantan, saya sendiri terkejut tetapi ini permintaan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan direstui pimpinan Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan.

Pada istiadat itu juga, Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan manakala sembilan anggota Dun mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad, 63, yang juga anggota Dun Pasir Pekan, berkata beliau bersama barisan Exconya akan cuba mentadbir negeri ini sebaiknya bagi memenuhi kehendak rakyat termasuk golongan muda.

Ahmad juga berterima kasih kepada Nik Abdul Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya dan berharap beliau akan terus memberi bimbingan kepadanya.

Majlis pelantikan dan angkat sumpah diadakan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri.

Dalam perkembangan sama sembilan ahli mesyuarat kerajaan negeri turut mengangkat sumpah termasuk tiga muka baru.

Antara nama baru yang juga ahli baru ialah Adun Demit, Mumtaz Md Nawi, Adun Bunut Payong,  Dr Ramli Mamat dan Adun Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad serta bekas Speaker Dun, Nasuruddin Daud.

Selain itu, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman;Datuk Fatah Mahmood, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan dikekalkan. Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Pas menguasai 32 kerusi Dun berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Namun agak memeranjatkan apabila Harakah selaku lidah rasmi Pas tidak membuat liputan akan peralihan jawatan orang terpenting ini, sedangkan semalam Nik Aziz yang sedang tidur pun turut diberitakan oleh Harakah dalam usaha merendahkan kemampuan Nik Aziz.

Apa makna semuanya ini, siapa yang kuasai Harakah ? adakah timbulnya isu tidak puashati dikalangan pemimpin Pas Kelantan khasnya Datuk Husam Musa, kerana nama Husam selaku orang paling kuat merancang dan berjanji tidak tersenarai dalam ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Habislah macam ni! bagaimana dengan lebuhraya rakyat, nanti Husam merajuk tak nak sambungkan janjinya itu susahlah, apapun sebelum Husam nak merajuk tu pastikan duit derma tabung lebuhraya rakyat itu diistihar dan diserahkan, lepas tu merajuklah kalau nak merajuk pun. Anda Mampu Mengubahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...