Showing posts with label rafizi. Show all posts
Showing posts with label rafizi. Show all posts

Video - Tanya Rafizi ! Kenapa Harga Kereta Tak Turun ? U Darimana ? U Ulang I Saman

Cuba bayangkan kiranya PR berjaya kuasai Putrajaya, dan wartawan Agenda Daily tanya dengan Rafizi Rameli, apsal kereta-kereta mewah jer turun harga, kereta-kereta biasa tak turun harga, apa Rafizi akan jawab ?

Samalah juga dengan soalan wartawan AD yaitu kenapa hanya saman blogger Papagomo sahaja, kenapa tidak saman juga Datuk 'T' ?.

Apakah jawapan yang mempergunakan agama secara salah yaitu tentang firman Allah Taala hendak dijadikan jawapan kepada soalan yang cukup simple itu. Atau relevankah dengan mempersoalkan darimana datangnya wartawan yang bertanya akan soalan itu ?

Rafizi langsung tidak menunjukkan kewarasan berfikir secara matang, jauh berbeza dengan apa yang dilaung-laungkan oleh PR selama ini,

Kedua, dapat juga kita bandingkan antara ketokohan yang ada didalam kepimpinan BN, sistem telus dan 'transparent' yang diamalkan oleh BN selama ini jelas melahirkan pemimpin yang punyai kredibiliti dan bertanggungjawab biarpun berhadapan dengan satu keadaan yang mungkin getir bagi mereka yang tidak telus.

Namun apa yang dapat kita saksikan perbezaan antara dua pemimpin muda Rafizi Rameli yang juga Pengarah Strategi PR dan Tun Faisal Ismail Aziz, Pengerusi Unit Media Baru tentang bagaimana ia menjawab setiap persoalan yang diajukan jauh berbeza.

1.) Kebebasan Media - 50 tahun Umno memerintah, kenapa tidak memberi ruang keadilan kepada pembangkang untuk berhujah di media arus perdana.

2.) Debat - Kenapa Najib tidak berani berdebat dengan Anwar.

3) Pembunuhan Altantuya - Kenapa isu melibatkan pembunuhan Altantuya tidak mendapat keadilan.

Soalan-soalan panas itu bagaimanapun dijawab dengan penuh tanggungjawab tanpa mempertikaikan mahasiswa yang bertanya seperti "U darimana ? Kenapa u tak tanya Anwar ada liwat Saiful ke tidak?

Atau mungkin jika tak bertanggungjawab Tun Faisal boleh mengambil jalan mudah untuk menjawab soalan-soalan itu dengan "U ulang sekali lagi i saman". Maka itulah hakikatnya kepimpinan menerusi tauladan. 

Bagaimana cara Anwar Ibrahim menjawab soalan, begitu jugalah dengan Rafizi, dan begitu jugalah sebaliknya. Anda mampu Mengubahnya.

Rafizi Minta Rakyat Kelantan Jangan Malu Tuntut Hak Depan Pejabat Nik Aziz

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengakui beliau memang tidak rasa malu apabila memperjuangkan isu rakyat dan tidak harus menjadi satu perkara pokok sebagaimana didakwa oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Sebaliknya kata beliau, yang perlu malu adalah menteri-menteri yang menjadi pemimpin rakyat tetapi tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Kata Rafizi, jika Noh mahu menerima pakai konsep malu dan faham tentang maksud perkataan itu, beliau yang perlu meletak jawatan kerana telah gagal memberi jawapan mengenai isu-isu salah guna dana rakyat.

Tambahnya, "sebenarnya ini perkara kecil yang diperbesarkan Umno, Umno yang nampak ketakutan dengan kebangkitan rakyat ini."

"Bagi saya, tak ada yang perlu kita rasa malu, di mana-mana kita boleh bawa isu rakyat, itu tugas kita.

"Yang perlu malu sebenarnya menteri-menteri yang makan duit rakyat dan mereka tak akan cakap pula macam itu. Noh pun patut malu sebab tak mengambil tanggungjawab beliau dalam NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan)," katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, isu rakyat perlu diketengahkan oleh wakil rakyatnya walaupun di mana sahaja dengan niat membantu rakyat.

"Saya boleh nak buat sidang parlimen di mana pun, Parlimen, depan pejabat Noh, depan pejabat Nazri, di mana sahaja saya boleh buat untuk ketengahkan isu rakyat.
"Itu tugas kita untuk membantu rakyat," katanya lagi.

 - Ok tak kenyataan Rafizi tu ? Mungkin ok mungkin songsang..,Kalau Rafizi kata sebagai seorang suami sudah menjadi tangunggjawab untuk menunaikan nafkah zahir dan batin terhadap isterinya  tidak kira dimana, tengah jalan, dekat taman, depan khayalak ramai, dan juga tidak kira saluran mana samada depan ataupun belakang...Ok ke ?

Ataupun disebut meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya, kalaulah amalan Rafizi itu diamalkan oleh rakyat Kelantan, bagaimana agaknya ?, sedangkan kita sendiri mengakui setiap kerajaan punyai kelemahan, namun jika kelemahan itu ditangani dengan tidak menggunakan pendekatan yang betul, ia tentu menjadi masalah.

Jika semua rakyat berfikiran macam Rafizi, kita fikir negara ini boleh jadi rosak dan huru-hara, sebab itulah seramai 222 orang masing-masing mewakili setiap parlimen telah dipilih oleh rakyat untuk membela nasib mereka, kenapa pulak jadi lebih sudu dari kuah ni ? kalau nak soal tu banyaklah...Namun...Anda Mampu Mengubahnya.

Noh: Rafizi Muka Tak Reti Malu

SHAH ALAM - "Dia (Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR) memang tidak tahu malu apabila menggunakan kemudahan disediakan kepada Ahli Parlimen. Dia yang sebenarnya yang menjatuhkan maruah Dewan Rakyat."

Demikian kenyataan sinis Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar ketika mengulas dakwaan Rafizi terhadap keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang penggunaan sudut sidang media di lobi Parlimen oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.

Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan ‘Parlimen Malaysia Sidang Media’ disalahguna oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.

Noh berkata, beliau bersetuju dengan laranganyangdibuat itu kerana sudut sidang media itu adalah satu kawasan khusus untuk Ahli Parlimen tetapi telah dimanipulasi oleh pemimpin parti pembangkang yang bukan Ahli Parlimen untuk membuat sidang media.

"Rafizi bagi saya ahli politik tidak matang, tidak tahu malu dan hanya mengambil kesempatan.

Lebih melucukan apabila dia pula menyalahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kononnya menggunakan kuasa menghalangnya membuat sidang media," katanya, semalam.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, Rafizi perlu cermin diri sendiri sebelum membuat tuduhankerana larangan itu hanya dikenakan kepada orang luar atau pelawat.

"Saya pernah berhadapan situasi ini. Sebagai menteri dan Ahli Parlimen, saya terpaksa menunggu sehingga 40 minit untuk membuat sidang media kerana tempat itu digunakan Rafizi.

Saya hairan, dia buat sidang media atau ceramah politik kerana ambil masa terlalu lama.

"Siapa Rafizi ini? Kalau Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Datuk Saifudin Nasution (Machang) yang mengadakan sidang media tidak mengapalah kerana mereka Ahli Parlimen, tetapi mereka ini hanya menjadi 'pengiring' Rafizi pada hari tersebut," katanya.

Jika Rafizi menghormati martabat Dewan Rakyat, kata Noh, dia tidak akan buat sidang edia di lobi Parlimen, tetapi di tempat lebih sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli politik.

"Dia boleh buat sidang media di ibu pejabat partinya sendiri kalau dia mahu. Tetapi inilah sikap pemimpin pembangkang yang perlu diketahui rakyat. Dia yang buat salah ceroboh hak Ahli Parlimen kemudian salahkan orang lain pula. Kalau dia tahu malu, dia takkan buat begitu," katanya. - Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...