WAJIB
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan demonstrasi merupakan cara moden yang halal dilakukan, selain pilihan raya untuk menggulingkan sesebuah kerajaan yang mungkar.
Justeru, beliau menegaskan demonstrasi Bersih 3.0 adalah wajib dan akan menyokong penuh jika ia diadakan lagi pada masa akan datang serta sanggup menyediakan sumber kewangan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya.
Beliau turut mendakwa tidak sedikit pun rasa bersalah ketika memberikan wang kepada peserta Bersih 3.0 meskipun demonstrasi itu yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini kononnya aman akhirnya bertukar menjadi rusuhan ganas.
“Jadi cara untuk membuang mungkar sekarang ialah demonstrasi. Sebab itulah saya kata wajib pergi Bersih 3.0, lebih baik kita buat daripada kita khianat cara lain seperti bakar bendera, ini bukan kerja Islam.
“Maka kalau ada Bersih 4.0, 5.0 atau 6.0 siapa pergi saya akan beri sokongan. Salah apa, nak suruh orang ramai, macam kita ada pasukan bola, kalau saya ada perlawanan bola, saya beri RM20,000, RM30,000 tambang bas.
“Salah apa, saya nak suruh nampak ramai demonstrasi, nak suruh ramai menentang mungkar, tolak Islam adalah perkara paling mungkar dan jahat,” katanya.
Pandangan GK - Wajib yang difatwakan Nik Aziz adalah penghukuman politik yang jauh tergelincir dari landasan Islam, ini kerana mewajibkan secara mutlak tindakan diatas perlakuan yang masih samar-samar dan terpimpin pula oleh musuh Islam.
Bersih bukanlah satu gerakan yang secara mutlaknya dinaungi oleh orang Islam, malah dalang utamanya adalah penentang tegar Islam yang juga pendokong murtad, kesamaran mengenai tujuan sebenar gerakan ini dikhuatiri akan mendatangkan mudharat kepada umat Islam diatas hal-hal yang pernah dituntut oleh Ambiga.
HARUS
Ketua penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty berkata keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bertentangan dengan hukum keharusan berdemonstrasi seperti pandangan presiden Persatuan Ulama Sedunia Yusuf Al-Qaradhawi."Beliau berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman," kata Muhammad Nur.
Pandangan GK - Kenyataan Yusuf Al-Qaradhawi mengenai hukum berdemontrasi ini sebenarnya tepat sekali cuma ia bukanlah merujuk khas kepada demontrasi Bersih 3.0 dan belum mengambil kira dalang yang menganjurkan demontrasi tersebut. Hukum tersebut adalah untuk demontrasi umum yang tidak melibatkan keganasan dan kekacauan yang ternyata memudharatkan umat Islam itu sendiri.
Pemerintahan yang zalim dan tidak adil itu tidak merujuk kepada pemerintahan di Malaysia, mungkin ianya merujuk di negara arab seperti Mesir, apakah kerajaan Malaysia zalim ? kalau zalim pastilah rakyat tidak merasa apa yang telah kerajaan sumbangkan selama ini, jauh sekali dengan pentadbiran Hosni Mubarak di Mesir.
HARAM
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.
"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini.
Pandangan GK - Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia itu adalah tepat dan selari dengan ajaran Islam yang sebenar, ini kerana ia merujuk kepada sesebuah perhimpunan yang mendatangkan kacau bilau dan mewujudkan suasana tidak selamat.
Asal bukan Fatwa Nik Aziz yang berkaitan dengan Umno dan politik ianya adalah benar dan tepat, jika fatwa Nik Aziz yang melibatkan Umno dan politik hendaklah terlebih dahulu dirujuk dan jangan ditelan bulat-bulat macam taik kambing jamnapari...Anda Mampu Mengubahnya....- Catatan yang lalu
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.