PANAS !!! RAKYAT KELANTAN TAK KENYANG MAKAN JANJI

PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN
1. Meneruskan amalan perundangan dan kehakiman yang bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qiyas.
 2. Terus mengkaji meneliti dan membuat pindaan serta menyesuaikan enakmen yang sedang dipakai di samping mengkaji, meneliti dan membuat pindaan serta menyesuaikan segala peraturan pentadbiran supaya tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
 3. Terus berusaha ke arah mempastikan setiap pindaan dan perubahan terhadap enakmen dan peraturan pentadbiran adalah benar-benar memenuhi prinsip keadilan, keharmonian dan saling hormat-menghormati pihak-pihak berkenaan.
KEMUDAHAN AWAM DAN INFRASTRUKTUR
4. Meneruskan program kemudahan asas (infrastruktur) kepada rakyat bagi melicinkan urusan sosial, ekonomi dan komunikasi dan berusaha mendekatkan jurang kemajuan masyarakat bandar dengan luar Bandar.
5. Mempertingkat, memperbanyak dan memperluaskan lagi program Desa Taqwa dengan matlamat membangunkan satu projek di setiap daerah.
6. Mempertingkatkan mutu dan menyediakan bekalan air bersih mencukupi kepada seluruh rakyat Kelantan.
7. Berusaha membina jambatan keempat merentasi Sungai Kelantan bagi mengatasi kesesakan lalu-lintas di Kota Bharu.
8. Mempertingkatkan amalan al-taawun dan kerjasama masyarakat setempat dalam melaksanakan pelbagai program kemudahan asas rakyat tempatan.
 PERTANIAN
Mempertingkatkan keupayaan rancangan pertanian yang telah terbukti berjaya memajukan golongan petani dan penternak:
9. Rancangan industri desa berasaskan pertanian.
10. Pemulihan tanah terbiar.
11. Penanaman sayur dan industri sayur-sayuran.
12. Penanaman secara komersil bawang merah, jagung bijiran dan nenas.
13. Penanaman buah dan industri buah-buahan.
14. Melahirkan usahawan tani (agro-tourism)
15. Penanaman padi.
16. Menampung pemberian subsidi baja padi.
17. Pengeluaran penternakan.
18. Penghasilan ikan air tawar dan udang.
19. Melahirkan petani pelapis.
20. Penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian dengan memberi latihan dan membuka peluang memajukan pertanian tanah tinggi Lojing.
21. Membina pasar borong pertanian.
22. Memajukan Taman Teknologi Pertanian.
PERHUTANAN
Meneruskan usaha menjadikan sektor perhutanan sebagai kegiatan ekonomi penting dengan mengambilkira perkara-perkara berikut:
23. Semua keputusan Majlis Perhutanan Negara dalam mempastikan pengekalan keluasan , pertumbuhan semula hutan dan kawasan hutan simpan, terutama dalam mematuhi kuota penebangan hutan.
24. Tidak berlaku penebangan yang melanggar Akta Perhutanan dan peraturan-peraturan di bawah Akta Perhutanan.
25. Usaha-usaha penanaman semula (reforestration) dan pemulihan hutan melalui rancangan Ladang Hutan.
26. Mengekalkan prinsip mesra alam dan penjagaan alam sekitar.
27. Pengawalan pembalakan dan menyelesaikan masalah pembukaan tanah secara haram.
PERIKANAN
28. Membina lebih banyak prasarana industri perikanan.
29. Menyediakan kemudahan pemasaran
30. Menyediakan latihan perikanan kepada nelayan pelapis.
31. Memajukan Projek Pelabuhan Perikanan dan Taman Industri Marin di Tok Bali.
32. Memajukan projek ternakan air (aquaculture).
PENTERNAKAN
33. Menjadikan Negeri Kelantan sebagai pengeluar dan pembekal hasil ternakan utama seperti daging halal bagi keperluan dalam dan luar negeri.
34. Memajukan ternakan susu.
35. Menggalakkan penternakan tradisi dengan cara membekal baka dan khidmat nasihat.
36. Mengekalkan keluasan padang ragut milik kerajaan untuk dimanfaatkan oleh penduduk tempatan.
37. Mewujudkan zon penternakan berkelompok untuk lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan ayam-itik.
38. Mewujudkan zon perusahaan berasaskan binatang ternak seperti makanan, daging, kulit dan penghasilan baka.
PERINDUSTRIAN
39. Meneruskan pembukaan kawasan perindustrian baru di setiap jajahan.
40. Meneruskan usaha menarik pelabur tempatan dan asing menerusi pelbagai perkhidmatan, kemudahan dan galakan insentif.
41. Mempertingkatkan peranan Pusat Serenti Pelaburan bagi menggalakkan aktiviti pelaburan dan perindustrian.
42. Meneruskan usaha-usaha memajukan "œcottage industry" seperti industri makanan.
KEUSAHAWANAN
43. Menyediakan kemudahan dan galakan bagi membantu usahawan-usahawan kecil.
44. Meningkatkan peranan perbadanan kerajaan dalam memajukan bidang usahawan. KRAFTANGAN Memajukan sektor industri tumpuan iaitu:
45. Industri batik, tenunan dan kain songket.
46. Industri kraftangan termasuk ukiran dan perak.
47. Industri barang kemas terutama emas.
48. Berusaha mewujudkan Pusat Reka Cipta bagi melahirkan ramai usahawan kraf.
PELANCONGAN
Meneruskan usaha-usaha menarik pelancong domestik dan antarabangsa melalui:
49. Mewujud dan melebarkan lebih banyak pusat persinggahan/destinasi baru pelancong dengan imej budaya asli tempatan.
50. Menggalakkan reka cipta baru bertaraf antarabangsa sebagai tarikan.
51. Mempromosi peluang-peluang pelancongan.
52. Memasukkan lebih banyak acara tahunan di dalam kalendar pelancongan nasional.
53. Mempopularkan pakej pelancongan berasaskan alam semulajadi (eco-tourism/agro-tourism).
PENTADBIRAN TANAH
54. Menyediakan sistem pendaftaran dan bayaran hasil tanah secara berkomputer.
55. Menyediakan sistem bayaran hasil tanah secara "on-line" yang boleh dibayar dimana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan.
TANAH TERBIAR
56. Mempastikan usaha pemulihan tanah terbiar.
57. Meneruskan usaha pemulihan tanah terbiar dengan aktiviti bercorak komersil di samping menyedia khidmat sokongan kepada mana pengusaha yang memajukannya.
PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN
58. Meningkatkan penguasaan ke atas pencerobohan tanah kerajaan dan hutan simpan.
PERLOMBONGAN DAN KUARI
59. Meningkatkan usaha pengeluaran hasil bumi (batu-batan dan galian) termasuk emas secara lebih efisyen dengan kerjasam PKINK.
KEWANGAN
60. Mempertingkatkan punca-punca hasil baru di samping terus memajukan punca-punca hasil sedia ada berteraskan kaedah Islam.
61. Meningkatkan peranan Tabung Serambi Mekah demi kepentingan rakyat.
62. Mempertingkatkan dana terkumpul Tabung Warisan Tok Kenali.
PERBADANAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI
63. Mempastikan PKINK dan anak syarikatnya menerokai peluang-peluang baru berasaskan sektor ekonomi utama negeri seperti pertanian, hartanah, perhutanan, pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan.
64. Meneruskan amalan tiada campur tangan politik dalam pengurusan dan pentadbiran perbadanan agensi Kerajaan Negeri.
65. Mempastikan PKINK dan anak syarikatnya menjalankan projek yang ekonomik demi mengurangkan pergantungan kepada kerajaan negeri.
MPKB/MAJLIS DAERAH
66. Memajukan Pusat Ekspo Negeri di Tanjong Chat, Kota Bharu.
67. Mewujudkan Taman Rekrasi satu jajahan satu taman seperti Taman Rekreasi Bandar Tanjong Chat Kota Bharu.
68. Meneruskan dasar perlantikan wakil-wakil kaum (Cina, India, Siam dan Orang Asli), kumpulan professional, NGO, ahli Persatuan Bekas Perajurit dan Ahli Persatuan Bekas Polis, belia dan wanita sebagai ahli majlis MPKB dan majlis daerah di seluruh negeri.
PEMBANGUNAN WILAYAH/BANDAR BARU
69. Meneruskan pelaksanaan pembangunan Jajahan Kecil Lojing dan Bandar Baru Lojing.
70. Berusaha memajukan Bandar baru berkonsepkan Islam di Pengkalan Kubor Tumpat.
71. Meneruskan semua projek Bandar baru yang telah dirancang:
     a) Bandar Baru Pasir Pekan.
     b) Bandar Industri Perikanan Tok Bali.
      c) Bandar Baru Rantau Panjang.
      d) Bandar Baru Gua Musang.
      e) Bandar Pelabuhan Darat Kuala Krai.Utara.
      f) Bandar Petro-Kimia Senok.
      g) Bandar Ilmu Machang.
72. Meneruskan Rancangan Pembangunan Bersepadu di perkampungan Orang Asli (RPS) dengan pemberian milik lot rumah dan lot dusun seperti di Kampung Jedik, Pos Brooke.
PERUMAHAN
73. Melipatgandakan usaha pembinaan rumah awam kos rendah mengikut prinsip Islam seperti mengandungi tiga bilik sebagai memenuhi keperluan pembeli.
74. Berusaha menyediakan tapak-tapak rumah kepada golongan miskin seperti di Bukit Tok Ali Jeli, Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Alor Pulai Bachok dan Kg. Tok Ewal, Bachok.
75. Mempastikan langkah-langkag prihatin diambil bagi mengatasi masalah perumahan akibat banjir atau ribut sepertimana projek penempatan semula di Batu Jong dan Kuala Nal Kuala Krai.
PENDIDIKAN
76. Memajukan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sebagai universiti Islam ulung di rantau ini yang mampu melahirkan ulamak, intelek dan pendakwah berwibawa. BELIA.
77. Mewujudkan Tabung Belia Usahawan Negeri Kelantan agar lebih banyak modal dapat dialirkan di samping menyediakan bimbingan keusahawanan kepada belia tempatan.
78. Memperbanyakkan pusat latihan dan jaya diri belia di peringkat jajahan bagi melahirkan lebih ramai tenaga belia yang terlatih di bidang pekerjaan.
79. Menubuhkan Pondok Pemulihan Dadah berasaskan pendekatan Islam.
WANITA
80. Mempertingkatkan penglibatan wanita di dalam perlantikan ahli lembaga PKINK, MPKB/Majlis Daerah, Unit Dakwah Halaqat, YIK dan penglibatan agensi berkanun berkaitan.
81. Terus berusaha mewujudkan kumpulan penggiat ekonomi wanita di peringkat kampung menerusi pemupukan budaya keusahawanan secara teratur.
82. Mengenalpasti dan merangka program pembelaan kepada janda, ibu tunggal dan wanita uzur.
WARGA TUA DAN KURANG UPAYA
83. Mewujudkan skim penempatan warga tua yang terabai di Pondok Pengajian Islam yang sedia ada.
PROGRAM AM
84. Mempertingkatkan program keagamaan, ekonomi dan kebajikan kepada saudara baru Islam dengan kerjasama PERKIM.
85. Mempertingkatkan perkhidmatan Pusat Rawatan Islam.
Oleh: Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan
Daripada 85 senarai tersebut agaknya berapa sahaja yang mampu ditunaikan oleh Pas ? Setakat nak cakap kosong semua orang boleh cakap, last sekali tinggal batu asas jerlah, kepimpinan Pas Kelantan adalah yang paling lemah dibawah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, kebajikan pada rakyat hanya diatas kertas semata-mata.

Sampai masa segala alasan akan diberikan, lebih baik Pas fikir macammana nak tadbir negeri dengan sempurna sebelum berangan-angan nak tadbir Putrajaya, kegagalan Pas di Kelantan adalah jelas, walau mentadbir sudah lebih 23 tahun, masalah bekalan air bersih tidak pernah selesai, malah jika Pas kekal berkuasa, difahamkan 27 tahun lagi ianya baru selesai.

85 senarai diatas hanya suku sahaja daripada janji-janji Pas kepada rakyat Kelantan, dan terbaru kerajaan Pas Kelantan telah mengecewakan peminat pasukan bolasepak negeri dengan kegagalan yang mungkir untuk membina sebuah stadium sepertimana yang telah dijanjikan. PRU 13 nanti semestinya rakyat Kelantan akan bangkit mengubah kerajaan jumud yang sediaada ini. Anda mampu mengubahnya....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...