PANAS !!! KABINET BAYANGAN - TUNKU AZIZ MULA UJI KESEPAKATAN PR

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) perlu bermuafakat dalam membentuk sebuah Kabinet bayangan sebelum bercakap mengenai cita-cita mahu menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata, PKR, Pas dan DAP perlu mencapai kesepakatan dalam menamakan Kabinet bayangan kerana 'ketika ini mereka tidak pun tahu siapa yang memegang jawatan apa.'

"Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng akan menjadi perdana menteri. Guan Eng berkata beliau tidak layak dan sebagainya," katanya pada sidang media di rumahnya di Bandar Sri Damansara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perdebatan semasa dalam pakatan pembangkang mengenai pemilihan calon perdana menteri dan hak bukan Melayu menjadi perdana menteri.

Sabtu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata soal bangsa tidak perlu dipertikaikan untuk seseorang menjadi perdana menteri asalkan dia beragama Islam.

Semalam, Karpal Singh berkata, Perlembagaan Persekutuan membenarkan seorang bukan Islam menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas naib presiden Transparency International, juga mempersoalkan bagaimana pakatan pembangkang boleh membentuk sebuah kerajaan sekiranya mereka sibuk bertengkar mengenai siapa layak menjadi perdana menteri.

"Jangan sama sekali cakap siapa boleh atau tidak boleh menjadi perdana menteri jika anda tidak mempunyai pelan untuk memerintah negara. Sebaik sahaja anda masuk ke Putrajaya (sekiranya pembangkang menang pilihan raya), anda perlu terus mentadbir," katanya.

"Anda hanya tidak boleh pergi Putrajaya tanpa mengetahui siapa yang akan melakukan tugasan apa. Anda perlu jelas dalam soal ini.

Pertama kali, biar kita lihat barisan pimpinan kerajaan tetapi kini mereka tidak ada sepakat mengenai Kabinet bayangan," katanya.

Tunku Abdul Aziz berkata: "Negara tidak boleh menunggu sementara anda bertengkar di kalangan anda mengenai jawatan mana disandang oleh parti mana."

"Apa akan terjadi kepada negara sementara menunggu (memilih siapa yang akan menerajui pentadbiran negara)," katanya sambil memperjelaskan ia bukan mudah untuk mentadbir negara kerana ia adalah urusan yang kompleks.

Mengenai kenyataan Karpal Singh bahawa bukan Islam boleh menjadi perdana menteri Malaysia, Tunku Abdul Aziz berkata walaupun perlembagaan membenarkannya namum kita tidak dapat mengendahkan konvensyen dan amalan biasa.

"Orang Islam sentiasa menjadi Yang di-Pertuan Agong dan sebagai perdana menteri, jika anda bukan Islam, anda tidak dapat memenuhi tugas dan fungsi sebagai menteri utama kepada Yang di-Pertuan Agong, walaupun tugas pentadbiran boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja," katanya.

Tunku Abdul Aziz berkata, ketika bersembahyang, baginda mahu perdana menteri berada di sisinya tetapi sekiranya perdana menteri adalah seorang bukan Islam, maka beliau perlu berada di luar.

"Ini semua adalah pertimbangan. Kita tidak hanya boleh berkata 'Ya', Perlembagaan berkata boleh, maka anda boleh. Biar lihat pada realiti."

"Adalah amat rumit sekali... terdapat banyak emosi kepadanya... anda menyentuh soal adat, budaya dan banyak benda lagi...adakah ia berbaloi?

"Ya anda boleh mendesak isu itu tetapi adakah rakyat bersedia untuk menerima akibatnya?" tanya beliau. - Bernama

2 comments:

  1. nampak semakin berliku utk DSAI menjadi PM. kalau pun pr menang pd pru 13 kerusi pm bukan hak mutlak dsai.telah nampak musuh dsai bukan datang BN tetapi dalam kelomok pr sendiri.kalau DSAI tewas dalam permainan politok rakan sendiri nampaknya beliau akan terus meroyan utk jadi PM.

    ReplyDelete
  2. Semoga dijauhi Allah,,
    Jika pun meraka menang aku yakin itu hanya ujian Allah kepada rakyat Malaysia...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...