KELANTAN ANTARA NEGERI YANG TURUT TERSENARAI

Sambutan ulang tahun ke-66 Umno yang akan berlangsung pada 11 Mei ini memberikan keyakinan buat BN untuk kembali memperolehi majoriti dua pertiga untuk memerintah Malaysia.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyandarkan keyakinannya itu berdasarkan pemerhatian terhadap gerak kerja dan persediaan BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Saya positif dan optimis BN akan terus perintah Malaysia selepas pilihan raya umum akan datang.

"Saya sudah pergi banyak tempat dan pada firasat saya BN akan menawan Selangor, Kelantan, Kedah dan beri sedikit masa lagi, BN mungkin akan menawan Pulau Pinang dan mendapat majoriti dua pertiga semula," katanya di Kuala Lumpur malam tadi.

BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kalah di lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - pada pilihan raya umum (PRU) 2008.

Bagaimana pun, Perak kembali diperintah BN selepas tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat keluar parti menjadi ADUN bebas mesra BN.

Ahmad Maslan berkata, beliau yakin ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membantu kemenangan BN sebagaimana ia pernah membantu PAS memerintah Kelantan berdasarkan majoriti hanya satu kerusi pada tahun 2004.

Menurutnya PAS kekal memerintah dengan majoriti paling kecil di DUN Kemuning yang dimenangi dengan hanya dua undi.

"Jadi pada tahun 2005 sehingga 2008 (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) memerintah Kelantan dengan hanya satu kerusi dan majoriti paling tipis sejak zaman Nabi Adam.

"Kalau SPR boleh dipengaruhi takkan perdana menteri pada malam itu tak telefon pengerusi SPR (suruh) tambah 20 undi dan menang satu kerusi itu.

"Percayalah SPR telus. Kalau tidak tahun 2004 Umno dah jadi menteri besar Kelantan," katanya.

1 comment:

  1. tu la penyokong pembangkang ni bodoh..kalau tak bersih kenapa PAS boleh menang kat kelantan..kenapa PR boleh menang 5 negeri..???

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...