BETULLAH KATA KHAIRY, RAFIZI NI BENGONG !

PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa syor agar kerajaan menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua menandakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah gagal dalam mengawal kos sara hidup rakyat.

"Jika kali kedua BR1M ini diberikan, ia membayangkan kegagalan Perdana Menteri mengawal sara hidup rakyat.

"Pemberian BR1M kali pertama nyata tidak membantu kurangkan beban sara hidup rakyat seperti mana Najib uar-uarkan untuk meringankan beban sara hidup rakyat," kata beliau pada sidang media hari ini.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua.

Malah BR1M, yang diperkenalkan menerusi Bajet 2012, perlu dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain.

Rafizi juga mendakwa BR1M yang diberikan oleh kerajaan pada awal tahun ini adalah satu proses untuk meraih undi daripada rakyat.

"Pemberian BR1M kali kedua berlaku kerana jangkaan tarikh pilihan raya pada awal tahun ini meleset dan ini adalah strategi Umno-BN untuk pancing undi.

"Saya juga tak fikir BR1M kali kedua ini mudah dilaksanakan kerana mereka telah berhutang dan perlu pergi ke Parlimen untuk peroleh bajet untuk tujuan tersebut," tambah Rafizi. - Sinar Harian
 -Negara boleh bankrup kalau ada orang macam Rafizi ni, terlalu pandai sangat mengira itu dan ini, apa hasil dan sumbagannya kepada rakyat Malaysia dengan kebijakan terkonon yang beliau ada itu.

Bukankah bengong dengan mengatakan pemberian BR1M kali ke dua menunjukkan kegagalan Perdana Menteri mengawal sara hidup rakyat ? Maknanya kalau yang berjaya ni Perdana Menteri tak payah bagi, apa punya mentaliti bodoh sampai macam ni sekali.

Sepatutnya usaha membantu rakyat ni mesti diteruskan dan diberi sokongan oleh semua pihak kerana ia melibatkan hak rakyat bukannya menyekat setiap kebajikan itu dari sampai kepada rakyat semata-mata kerana politik.

Andainya sebuah syarikat yang memberi bonus 3 bulan gaji kepada pekerjanya berbanding dengan syarikat yang tidak beri langsung bonus kepada pekerjanya apakah itu menunjukkan syarikat yang tidak bagi bonus itu berjaya menjaga sara hidup pekerja mereka ?

Rafizi tak usahlah nak bermain politik dengan menunjukkan kebodohan terlampau itu, kalau kerajaan nak bagi BR1M RM500 sehari pun apa susahnya, rakyat yang tak mahu tak payah pergi terima, dan kita nak tengok berapa ramai rakyat yang tidak inginkan bantuan ini kerana berfikiran seperti Rafizi.

Atau dengan pemberian BR1M kali kedua ini risau ia akan menggelapkan impian PR untuk mengekalkan kuasa mereka dinegeri yang telah dimenanginya sebelum ini ? Berterus terang jerlah, takkan kerana politik sanggup untuk menafikan HAK rakyat dari diterima dengan jayanya.

Kita sama-sama tengok sejauhmana permainan politik Rafizi ni menguntungkan PR dan Gk cabar dia terus kekalkan kenyataannya ini dan kalau boleh ianya dibuat rakaman supaya dapat diperdengarkan kepada seluruh rakyat bahawa Pakatan Rakyat menghalang dan melarang keras usaha kerajaan memberi kebajikan tersebut kepada rakyat. Anda Mampu Mengubahnya....

2 comments:

  1. Bijak belajar belum tentu bijak berpolitik. Rafizi kena berguru dengan Dr. Chandra Muzaffar. Chandra Muzaffar tersungkur tergolek. Otak nye yg pintar turut sama menyembah bumi.

    Biar Rafizi mendapat sedikit pencerahan dari Chandra Muzaffar itu pun kalau Chandra Muzaffar boleh terima murid yang wayar putus (Pinjam bahas indon jap hahahaha)

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya , mengikut pandangan saya , Khairy jamaluddin ni seorang yang berfikiran cerdik .. Orangnya nampak 'Smart' .. Tetapi apabila dia berdebat dengan rafizi , saya lihat khairy jamaluddin ni seperti orang bodoh .. Ini kerana khairy jamaluddin banyak menyerang keperibadian orang Pr dari menjawab soalan rafizi ..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...