VIDEO - MUKTAMAD HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANAKAN - PRESIDEN PAS

HULU TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan
negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. - Bernama 

Jika begitu Hudud jelas tidak akan terlaksana, pengangguran tetap berlaku walau di negara maju sekalipun, syarat-syarat untuk laksanakan hudud memang banyak, perlu pastikan suasana betul-betul kondusif.

Secara ringkasnya tanpa berbelit "Hudud tidak akan dilaksanakan", bukan kerana Najib tak bagi, kerana Najib sudah fikir jauh pada itu, samalah juga dengan 'tahaluf siyasi', oleh yang demikian ianya jelas kepada kita bahawa selama ini Hudud hanya dijadikan irama politik kepada Pas...Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. haduh.. jadi ke tak hudud ni? bila nak buat demo hudud 1.0??

    ReplyDelete
  2. Kita hudud mat sabu..anuwar dahulu.. dan yg sama waktu dgn nya!...amacam ?

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...