@ahmadmaslan Arahkan Petronas Supaya Terus Bantu Bumiputera! Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit!

Arahan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lebih banyak beriklan di akhbar Utusan Malaysia adalah satu contoh yang harus dipuji.

Biarpun mendapat reaksi negatif dikalangan pemimpin pembangkang dan juga MCA, itu sudah menjadi perkara biasa bila kerajaan ingin membantu kaum Melayu, dan hal itu umum sudah mengetahuinya.

Sikap terbuka Menteri dalam membantu kepentingan Melayu tidak harus terhenti, malah ia perlu diperluaskan lagi, tak mampu membantu dengan peruntukkan kewangan, boleh bantu walau hanya dengan 'arahan', tapi agak sedikit janggal pula kalau semangat membantu Melayu itu hanya tertumpu  kepada sebuah syarikat.

Kerana kita sendiri tahu dimana sebelum ini ramai peniaga Melayu turut berdepan dengan masalah untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat GLC khasnya Petronas, selain syarikat minyak dan gas menghadapi masalah mendapatkan kontrak Petronas, pemilik stesen minyak Petronas juga mendakwa menerima tekanan daripada syarikat GLC itu.

Tambah malang, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah perniagaan milik Petronas Dagangan Bhd (PDB) turut terhakis kerana dasar baru yang mula menular dalam Petronas. Difahamkan Petronas mahu berikan hak membekalkan produk itu kepada sebuah syarikat dari luar negara yang akan bekalkan semua kuih, nasi lemak, roti dan makanan tempatan di stesen Petronas selepas ini, sila rujuk disini.


Melihat keadaan itu selaku Menteri Melayu yang punyai kuasa untuk mengeluarkan 'arahan', kita mengharapkan Menteri akan mengambil pendekatan sama untuk membantu peniaga Melayu ini sebagaimana membantu syarikat akhbar Melayu tersebut. Tambahan, Tun M selaku Penasihat Petronas juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau hanya penasihat dan tidak ada kuasa untuk mengarahkan Petronas.

Sebelum rasa serba salah Petronas makin membarah umpama 'kacang lupakan kulit', Menteri perlu bertindak tegas, jangan sampai satu masa rakyat dapat melihat dengan jelas dimana dasar kerajaan yang dikatakan ingin membantu orang Melayu itu hanya membantu dikalangan Melayu tertentu sahaja....

Bumiputera yang dimaksudkan oleh kerajaan pula adalah bumiputera dikalangan kroni semata-mata, bumiputera dikampung-kampung tetap tidak terbela dengan mana-mana dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.

Kalau GLC yang menjana untung berbillion ringgit pun tak boleh nak membantu bumiputera, apakah GLC yang rugi akan bantu ? GLC untung tak boleh ditumpang, GLC rugi terus membebankan. Anda Mampu Mengubahnya.
KERUGIAN SYARIKAT GLC TAHUN 2008, 2009 DAN 2010 
NAMA SYARIKAT TAHUN

2008 2009 2010

(RM juta) (RM juta) (RM juta)
SEKTOR EKONOMI
Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (13.80) (14.57) (20.50)
MAVCAP (14.12) (21.10) (25.28)
SEKTOR AWAM
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (131.37) (33.35) (168.57)
SEKTOR TEKNOLOGI
Jaring Communications Sdn Bhd (10.95) (9.38) (8.97)
Inno Bio Ventures Sdn Bhd (12.86) (17.63) (35.15)
SEKTOR INFRASTRUKTUR
Jambatan Kedua Sdn Bhd (1.16) (3.88) (9.41)
Asset Global Network Sdn Bhd (17.11) (41.05) (13.13)
Keretapi Tanah Melayu Berhad (84.58) (92.59) (372.01)
Syarikat Prasarana Negara Berhad (214.96) (367.12) (690.90)
Jumlah (500.91) (600.67) (1343.92)
JUMLAH BESAR (2445.50)

3 comments:

  1. Pihab berkuasa melantik GLC kena buat kerja dengan betul supaya perlantikan tidak menjadi duri dalam daging. Kerajaan dan kementerian yang terlibat wajib mengambil tahu masalah yang selalu dikemukakan oleh orang ramai.

    ReplyDelete
  2. http://nasirwise.blogspot.com/2013/08/salam-sejahtera-tan-sri-presiden.html

    ReplyDelete
  3. http://nasirwise.blogspot.com/2013/07/mengapa-petronas-membenarkan-seorang.html

    http://nasirwise.blogspot.com/2013/06/indek-rasuah-di-industri-peladangan.html

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...