PAS PELAWOK LAGI DI PENG CHEPA

TUNTUTAN JANJI

KOTA BHARU- Penduduk Kampung Pulau Pak Amat, Pengkalan Chepa di sini, menggesa Kerajaan Negeri menyelesaikan bayaran pampasan kepada mereka seperti yang dijanjikan beberapa bulan lalu untuk mengambil alih kawasan terbabit bagi tujuan pembangunan.

Wakil penduduk, Azrai Hamid, 40, berkata, pihak berkenaan pernah datang ke kawasan itu bertemu dengan penduduk kampung sebulan lalu dan berjanji akan membayar pampasan kepada 15 penduduk di kawasan ini, tetapi sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.

“Mereka janji nak bayar wang pampasan kepada kami, tetapi sehingga kini hanya tiga orang sahaja yang menerimanya manakala selebihnya tidak memperoleh apa-apa jawapan dari pihak terbabit.

“Kami mengharapkan agar mereka dapat menyegerakan pembayaran itu kerana kami khuatir akan keselamatan di sini lagipun kawasan ini mengalami hakisan yang teruk sejak 14 tahun lalu,” katanya.

Azrai berkata, sehingga hari ini, lebih lima buah rumah ditelan ombak akibat hakisan pantai yang menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke rumah keluarga terdekat di kawasan berkenaan.

“Lagipun penduduk di sini kebanyakannya hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap di samping terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

“Atas sebab itulah penduduk amat mengharapkan wang pampasan terbabit dapat dibayar dengan segera untuk tujuan pemindahan ke kawasan lain,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rumah Azrai hanya terletak lebih kurang 20 meter dari kawasan pantai dan ia amat berisiko yang boleh membahayakan nyawa keluarga terbabit.

Sementara itu penduduk di kawasan itu, Abdullah Mamat, 63 berkata, kawasan berkenaan juga tidak pernah dibenteng dengan batu walaupun pernah diajukan kepada pihak berwajib.

“Penduduk di sini bukan tidak mahu pindah tetapi tanah di kawasan ini kebanyakannya merupakan tinggalan pusaka keluarga yang menyebabkan mereka mempertahankan hak mereka,” katanya.

Seorang penduduk lagi, Suriati Sulaiman, 36, berkata, jika bayaran terbabit disegerakan ia akan memudahkan urusan pemindahan dan mencari tanah baru kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang lumayan untuk menguruskan perkara itu.

Sehubungan itu mereka amat berharap agar pihak terbabit menyelesaikan masalah berkenaan dengan segera supaya penduduk di kawasan itu tidak dibelenggu ketakutan akibat hakisan serta dapat berpindah dengan segera melalui bayaran pampasan seperti yang dijanjikan.

Februari lalu akhbar tempatan melaporkan mengenai kisah penduduk di kawasan berkenaan yang dilanda kerisauan akibat hakisan di kawasan itu. Sehingga hari ini, pihak PBT masih belum bertindak meletakkan benteng di kawasan berkenaan.

3 comments:

  1. aikkk beli bangunan UMNO ada duit, nak bg pampasan kat rakyat x da duit???.....bg ceramah mintak duit derma, ni rakyat merayu bg pampasan awat x buat derma kilat???

    ReplyDelete
  2. Hadooooooooih... tak leh nak kata apa daaah... menjak dulu sampai ka laaa ni lagu tuu lah..
    demo ni... arap kulit jee... pAs lagu tu lah.. hihihi.... ambo tok say yak dulu kalo lagi..nak gi keleh lembu pade dulu wey.. pi dulu noo

    ReplyDelete
  3. ahhhhhhhhhhhh... ni semua salah bn. mesti punye la. dah tentu camtu jawapan dorang

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...