HUDUD DAN KEADAAN YANG TIDAK KONDUSIF KEMUNAFIKAN PAS SEMATA-MATA.
Pembohongan demi pembohongan dilakukan oleh pemimpin PAS di Kelantan.Rakyat harus menyedari hakikat bahawasanya PAS hanyalah sebuah Parti yang jumud dan takabbur ingin memerintah Malaysia sehingga sanggup berkongsi kuasa dengan kafir yang menentang Islam.Buat pengetahuan semua sekiranya PAS dan DAP dibandingkan,jauh DAP lebih baik dari PAS.DAP membela bangsanya,Pemimpinnya juga tidak menyesatkan sepertimana pemimpin PAS.
GK menghabiskan masa lebih 6bulan dengan memberi perhatian yang maksimum dan mengkaji serta menganalisa setiap parti politik yang ada di dalam negara ini.6bulan tanpa pekerjaan dan boleh dikatakan hampir 16-18 jam sehari masa dihabiskan dihadapan pc semata-mata ingin mencari kebenaran.Banyak kuliah agama dan ceramah politik GK download bagi membuat kajian Hukum dan kata-kata dulu dan kini setiap pemimpin.Akhirnya apa yang diketemui paling banyak kebohongan dan kesesatan adalah dari Pemimpin PAS.Kalau dalam agama semuanya cenderung ditarik memihak kearah PAS bukannya politik atau tadbir sepertimana yang di war-warkan oleh pimpinannya.
Tokok tambah dalam agama juga seringkali berlaku sehingga boleh menjejaskan akidah umat Islam,Cakap bukan sebarang cakap,cakap GK dengan berbukti.Namun bukti-bukti ini dihimpunkan dalam setiap versi yang akan dikeluarkan nanti.Masalah kewangan kerana terlalu lama menggangur menyebabkan GK terpaksa bergerak perlahan tetapi berjalan menuju pada tujuan untuk menyatakan kebenaran.Kekecewaan GK terhadap Parti yang mencemarkan nama Islam ini membuatkan GK mengambil langkah drastik bagi membolehkan rakyat Kelantan khususnya menilai dan memilih pemimpin mereka dengan bijak dan bertanggungjawab.
Jika dilihat pada himpunan klip video jenayah curi,tipu dan ragut di Kelantan inilah yang dikatakan oleh Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin bahawasanya suasana yang tidak kondusif untuk perlaksanaan Hukum Hudud.Keadilan Islam tidak akan nampak pada tangan pencuri yang dipotong itu.Negara Islam adalah negara yang memberi Hak dan keadilan kepada rakyat dan pencegahan dalam mengatasi jenayah salahsatu dari mekanismanya adalah Hudud.
Sedarlah keadaan Kelantan sekarang ini sangatlah teruk,Sangat teruk dan sangat teruk.Mungkin yang tidak nampak teruknya bila pergaulan terbatas,Jika menggauli dalam pelbagai peringkat masyarakat anda akan tahu apa yang teruknya mengenai muda-mudi Kelantan.Boleh dikatakan majoriti belia terbabit dengan penyalahgunaan Dadah jenis Pil Kuda dan Perjudian.Keadaan ini sangat kritikal sekali dan bukannya tanggungjawab pihak Polis atau AADK semata-mata.Pemimpin dan masyarakat perlulah berkerjasama.
Jika dianalisis punca pembabitan dengan najis Dadah ini disebabkan ruang untuk hidup sihat bermasyarakat tidak disediakan seperti aktiviti sukan,tiada peluang pekerjaan dan pengaruh rakan sebaya.Jika seseorang itu orang Kelantan tapi tidak tahu masalah penularan Dadah Pil Kuda ini GK berani kata potong jerlah... Pemimpin PAS sendiri pun tahu,Tapi apa langkah yang diambil untuk mencegahnya?Pergi mampus jerlah kan..Siapa yang suruh hisap Dadah,Akhirnya masyarakat akan menerima akibatnya.Kalau mampus senang cerita,Kalau diragut atau disamunnya ibu,isteri atau anak kita bagaimana?
Jangan pandang remeh isu ini,Rakyat Kelantan tidak sepatutnya memendam rasa dan membiarkan perkara ini berlanjutan tanpa diadakan pencegahannya,GK yakin pentadbiran BN sedikit sebanyak akan mengubah masalah ini dengan adanya kemudahan awam aktiviti sukan dan peluang pekerjaan.Walau anda fikir sejahat manapun BN demi anak bangsa anda boleh cuba untuk mengubahnya,Jika mengikut teori pada sifat manusia,Sesuatu yang baru diperolehi akan dijaga dan dibelai dengan sangat baik.Asasnya BN telah memegang tampuk pemerintahan negara.Penambahan kemenangan kepada Kelantan tidak mungkin akan menjadikan ianya kelam kabut sepertimana anda bayangkan PR mentadbir negara.
Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang ingin berubah.Usahlah terpedaya dengan dakyah sesat puak-puak Khawarij,Umno pun dah Islam,Kerajaan Kelantan simpan duit kat Bank Islam,Bank Islam tu wujud hasil dari pemerintahan PAS kah,Masjid yang kita duk solat sekarang ni pun semuanya hasil dari pemerintahan Umno-BN.Semakin hari adalah perubahan,Jika anda lihat di stesyen TV dan radio,Program Islam semakin bertambah jika dibandingkan dengan dulu.Program realiti TV bercirikan Islamik pun diwujudkan dan menarik minat belia remaja untuk lebih cenderung kepada Islam.
Apa yang PAS buat bagi menarik minat masyarakat dengan Islam,takder semuanya maki hamun dan sumpah seranah yang membuatkan orang semakin jauh dengan Islam.Bekas Naib Presiden Pas Dato' Nakhaie mengakui bahawa tiada usaha dakwah dilakukan didalam PAS dan ketika beliau bersama Umno dan memegang jawatan YDP Yadim beliau berjaya mengislamkan seramai 7000 orang.Beliau menyatakannya didalam jawapan daripada pertanyaan seorang muslimah dalam satu forum Wacana Perdana yang berlangsung di Kelantan.
Ketahuilah bahawa PAS hanyalah berceramah politik dan mengutip derma sahaja kerjanya.PAS juga adalah satu-satunya Parti kutip derma sepanjang masa.Ingat DERMA ingatlah PAS.Itu adalah hakikat,kalau nak marahpun apa boleh buat...Kena marahlah pada Garu-garu PAS yang masih hidup lagi...Atau tiba PRU13 ni pangkah je BN Insyaallah selamat dunia akhirat,dapat pahala dan boleh juga masuk syurga disamping amalan baik yang lain...
Ya Allah Ya Tuhanku,Tepatkanlah Hatiku Dengan Pilihanku Diatas Kebenaran Hakiki Yang Diredhai Oleh Mu Demi Mengubah Nasib Umat Islam Di Bumi Kelantan Darul Naim Khasnya. Tumbangkanlah Kerajaannya Bagi Kesejahteraan Umat Islam Dan Jadikanlah Pembangkang Dari Yang Lebih Baik Dan Ikhlas Dalam Memperjuangkan Agamamu, Kekalkanlah Pemerintahan Islam Yang Sediaada Di Malaysia Selagimana Pemimpinnya Mampu Untuk Mendaulatkan Agamamu Ya Allah,Ya Rahman Ya Rahim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(93)
-
▼
October
(28)
- PEGGHH KELATE SEMAKIN GEDEBE
- HOT-PELACUR HIDUP,PENIAGA MAUT DI SERAMBI MEKAH
- PAS PELAWOK LAGI DI PENG CHEPA
- TAKSUB TERBURAI NIK AZIZ DIKATA NABI
- PUSAT BANTU MISKIN MACHANG RM 6 JUTA SETAHUN
- MAAFKAN SAYA TOK GURU!!! CUKUPLAH PELAWOK TU...
- LAGI PENEMUAN KEDAIFAN FAKIR DI PUBEL
- HUDUD-PAS KELANTAN BENTUK JAWATANKUASA
- POLIS DITIKAM NYARIS BUTA
- KEBAIKAN Gaddafi lebih Hebat dari Negara Kebajikan...
- PEROMPAK ARAH MANGSA BERSUMPAH GUNA AL-QURAN
- BALA TERKINI DI KELANTAN WANITA PULA TERANCAM
- TANGISAN TERAKHIR ORE KELATE
- CELAKANYA PAS HUDUD DAN MURTAD CELAKANYA...
- REMAJA 24TAHUN DI NEGERI ULAMAK KE TALI GANTUNG
- ANWAR NAIK ANGIN DENGAN DAP
- GEMPAR!!!- ANUGERAH LELAKI TERBAIK DI KELANTAN
- BUKTI PENINDASAN DAN PENIPUAN KEPADA RAKYAT KELANTAN
- KENALI KHAWARIJ DAN ANJING-ANJING NERAKA
- DOKTOR DI KOTA BHARU DITAHAN POSITIF PIL KUDA
- 5KES TERBARU PIL KUDA DI Kelantan
- HUKUMAN MATI DI NEGERI SYURGA PIL KUDA
- PAS KELANTAN TERTEKAN
- PERPADUAN-MB KELANTAN TERDEDAH SIFAT SEBENARNYA
- ALA LA LA LATOK...5 JUTA...
- PEMBONGKARAN PENYELEWENGAN PAS KELANTAN
- KLIPVIDEO JENAYAH -BUKTI PAS GAGAL DIKELANTAN
- SELAMATKAN BUMI KELANTAN DARI KHAWARIJ
-
▼
October
(28)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.