SELAMATKAN BUMI KELANTAN DARI KHAWARIJ

Selamatkan Bumi Kelantan....

Kelantan salah sebuah Negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Negeri Cik Siti Wan Kembang adalah sangat popular dengan masyarakatnya yang suka berniaga.Jolokan serambi mekah juga adalah satu nama kepada Negeri Kelantan.Ini kerana Pondok pengajian agama dan juga Masjid yang banyak merupakan salah satu faktor kepada jolokan tersebut.Kalau anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Kelantan anda boleh melawat link-link yang berkaitan dengannya.

Namun disini apa yang ingin dimulakan adalah pembongkaran mengenai kejahatan Pemimpin yang memerintah Negeri Kelantan selama 20 tahun ini.Sukar untuk diterima oleh segelintir penyokong PAS yang taksub namun hakikat ini patut diterima demi perubahan kepada anak bangsa agama dan Negara.Diketika rakyat negeri lain enak mengecapi kemudahan dan kemodenan, Rakyat Kelantan terus terpinggir dek kerana kesombongan Pemimpin PAS dengan Kerajaan Pusat.

Bilamana tiada pembangunan mereka akan menyalahkan kerjaan Pusat sedangkan mereka yang mendabik dada mampu melaksanakan pembangunan dan menuduh dengan bermacam tuduhan yang tidak betul kepada Kerajaan Pusat.Sayang sekali Rakyat Kelantan yang mempunyai kekuatan agama dan daya fikir yang baik dirosakkan oleh pemimpin PAS yang gilakan kuasa.PAS mampu mengekalkan Kelantan dibawah pemerintahannya hanya disebabkan menggunakan Islam yang sangat diminati oleh Orang Kelantan serta loghat kelate yang baik menyebabkan Belago Anginnya rakyat kelantan dengan pemimpin PAS.

Walaupun begitu mereka sanggup setia dengan PAS berpuluh-puluh tahun,Tiada pekerjaan di Kelantan mereka sanggup berhijrah keluar negeri.Wanita Kelantan bangkit untuk berniaga sendiri demi membantu suami untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.Kerajaan PAS Kelantan hanyalah menghabiskan beras sahaja.Apa perlunya Kerajaan Pas di Kelantan,Tiada keperluan langsung untuk kebaikkan rakyat.Semua kemudahan disediakan oleh kerajaan pusat,Masjid,Sekolah,Universiti,Pusat Latihan Industri dan kemahiran,Hospital,Balai Polis,Balai Bomba,Klinik,Jalanraya dan semuanya dulu dan kini adalah pembangunan dari kerajaan Pusat untuk rakyatnya.

Apa yang Pemimpin PAS buat???Hanyalah tebang balak,jual tanah dan kahwin muda.Untuk pembangunan Rakyat tidaklah seberapa.Sedangkan melalui kutipan derma pun saya ingat PAS kutip dah ber Billion ringgit.Gaji dan elaun Nik Aziz dipotong bukan untuk membantu kebajikan rakyat tapi untuk PARTI PAS.Untuk pergerakkan parti semata-mata.Rakyat dibohongi dengan kezuhudan Nik Aziz yang membawa penampilan Islamik.Kalau potong gaji,potong elaun mampu ke Nik Aziz untuk pergi Haji dan Umrah setiap tahun,Nak beli tanah lagi,harta,Kereta untuk keluarga dan segalanya keperluan untuk keluarga.

Banyak faktor boleh dibangkitkan,Namun pemikiran anda untuk berfikir dengan luas diperlukan untuk anda menilai sendiri disamping bukti-bukti yang anda telah ketahui dan yang akan GK nyatakan nanti.GK sangat bangga dengan kesabaran rakyat Kelantan untuk memelihara toyol-toyol ini.Tapi GK berharap PRU13 nanti akan menguburkan semua toyol ini dari terus menyesatkan akidah rakyat dan menyeleweng harta rakyat.GK juga adalah anak jati Kelantan yang nekad untuk bangun mengubah kerajaan PAS dan menggantikan kerajaan yang sebenarnya lebih layak yaitu BN.

Sedarlah wahai rakyat Kelantan kita semua telah tertipu,Kawe balik di Kelantan sudah 1 tahun namun belum dapat pekerjaan yang sesuai tidak sepertimana Kuala Lumpur yang pernah sebelum ini kawe berniaga.Di Kelantan nak kerja apa?Nak berniaga apa?GK tak nampak langsung.Tak percaya cubalah puok-puok demo tengok saem-saem yang kerja kat KL boleh ke tak diaorang balik kerja sini.Kalau adapun hanyalah sebilangan kecil sahaja.Bayangkanlah kalau kerja di KL,GK ambil contoh kerja kilang,Maintenance,Juruteknik Basic gaji RM750 campur semua sekali dapatlah dalam RM1300-RM1800.

Ok kalau kat Kelantan basic RM450 campur semua sekali dapat dalam Rm700-RM1000 sahaja.Bezanya adalah barang keperluan asas,Petrol sama saja harga dengan KL,Ayam,Beras,sayur,pakaian,Nasi berlauk,Nasi goreng/makanan ala carte,Kalau yang hisap rokok,Rokok pun sama jugak harga.Semua lebih kurang sama,Yang kata Kelantan murah tu MIMPI je sebenarnya.Kalau kat Kota Bharu Nasi pagi RM2 sebungkus kalau Cheras/Ampang pun sama jugak.Tak payah nak kelentonglah.GK rasa perkara ini semua orang dah tahulah kan.Pakaian kalau pergi Uptown atau Nilai negeri Sembilan jauh lebih murah berbanding Kelantan.

Puncanya bukan sebab peniaga sesuka hati nak berniaga jual mahal,Masalahnya adalah pembangunan tidak setara dengan kebajikan rakyat.Maksudnya Pembangunan ni ada,Tapi bukan pembangunan untuk rakyat,Contoh mudah kilang,Kilang ada tapi tidak mampu untuk memberi peluang pekerjaan yang setara dengan keadaan rakyat.Kalau anda pernah singgah di Gua Musang macam mana harga makanan dijual disana,Kalau kira bukanlah kawasan elite untuk menjual harga yang mahal.Bukan peniaga mengambil kesempatan,Tapi kerana pembangunan yang tidak setaralah.Bagi penduduk Gua Musang takperlah diaorang kaya raya.

Jangan ingat penduduk Gua Musang ni miskin,Diaorang lagi kaya kerana bantuan dari kerajaan pusat,(BUKAN KERAJAAN PAS) Penduduknya majoriti peneroka dibawah felda,felcra dan sebagainya.Mereka lagi bernasib baik dari penduduk yang ada dibandar-bandar utama seperti Kota Bharu.PR kata penduduk luar bandar menyokong BN sebab internet tak masuk tempat mereka jadi mereka tak dapat mengetahui maklumat sebenar.Ambil taik kucing bagi suap kat mulut pemimpin yang cakap macam tu,Habis tu anak-anak penduduk luar bandar ni bodoh-bodohkah?Tak masuk universiti,tak ada pelajaran,tak reti guna internet kah?

Bukan sebab itu yang sebenarnya,Ini disebabkan bantuan dari kerajaan pusat dan mereka hidup senang dengan kemudahan yang disediakan oleh BN.Untuk apa mereka nak jadi bodoh nak duduk dalam serban hapak pemimpin PAS tu.Bukan serban sunnah tapi serban cari makan untuk mengelirukan rakyat.Kalau benar serban sunnah dia tak maki hamun oranglah,Tapi yang kelakarnya berkat doa Tok Guru tu dah pecah ke peut Perdana Menteri.GK nak tengoklah jugak macammana powernya Tok Guru ni minta doa.Nak tipu manusia bolehlah,Tapi jangan tipu Allah,Allah maha mengetahui .

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...